Assalamualaikum..
Umur saya 42 tahun dan berbangsa Melayu. Sepanjang usia ini, dapatlah saya mencari pengalaman dan pengamatan tentang bangsa saya. Secara tegas, saya berani nyatakan Bangsa Melayu Malaysia merupakan bangsa yang paling 'tak kisah' di dunia. Khususnya yang cenderung kepada parti-parti politik (khususnya UMNO). Saya lihat pengikut-pengikut parti ini sememangnya bertambah menurun daya fikirnya. Ini disebabkan pemimpinnya pun begitu. Cuba lihat gaya dan mutu ucapan dan perwatakan pemimpin-pemimpin di Sidang Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Saya memang selalu ikutinya.
Mungkin disebabkan terlalu 'rendah kualiti', sehingga sekarang pihak RTM 'tak berani' menyiarkan secara langsung sidang-sidang tersebut. Sehinggakan ayah saya yang tak bersekolahpun boleh memberi pandangan betapa lekehnya pemimpin-pemimpin bercakap bila diberi peluang melihat rakaman yang dibuat oleh pihak-pihak lain.
Berbalik kepada maksud konservatif ala Melayu Malaysia.....ialah bangsa ini telah menjadi seperti lembu kenyang. Asal dapat makan sudah. Prinsip kebenaran wahyu dan sunnah sudah terlalu jauh dibuang. Begitu juga dengan prinsip-prinsip kebenaran yang lain sudah tiada nilainya dalam bangsa ini. Kebenaran yang diterima oleh bangsa ini ialah 'siapa yang boleh memberi sesuatu'. Penyakit ini telah diamalkan secara menyeluruh oleh sebahagian besar bangsa Melayu. Dari orang kampung sehingga para ahli akademik dan golongan profesional.Adakah masih ada orang Melayu sanggup menggadai jiwa dan raga 'mati' dalam berjihad dan perjuangan?
|