Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PAS HARUS MINTA MAAF DR MAHATHIR DULU, SEBELUM BERSAMA
Friday, July 07, 2006
Kuala Lumpur - Kesediaan Pas yang sanggup untuk memaafkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahahthir Mohamad kononnya atas salah laku beliau sebelum ini membuktikan parti itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempertaruhkan maruah demi survival parti.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kenyataan Pas itu jelas membuktikan parti itu sememangnya cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh.Tegas beliau dalam hal ini bukannya Pas sedia memaafkan Tun Dr Mahathir sebaliknya Pas sepatutnya memohon Pas atas segala tindakan yang telah dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.
"Apa tindakan atau serangan yang tidak dilakukan Pas terhadap Dr Mahathir sebelum ini. Mereka bukan sahaja memfitnah malah mencaci, menghina dan memberikan gelaran-gelaran buruk kepada Dr Mahathir seperti Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya.
"Apakah Pas sudah lupa dengan perbuatan yang telah mereka lakukan selama ini. Jelas dalam keadaan sekarang mereka cuba mencuri kesempatan dan sememangnya inilah wajah politik Pas yang sentiasa berpegang kepada prinsip matlamat menghalalkan cara", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kesediaan pucuk pimpinan Pas untuk memaafkan Dr Mahathir kononnya atas salah laku beliau sebelum ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai berkata, bahawa Dr Mahathir banyak melakukan kesalahan terutamanya terhadap parti-parti pembangkang dalam tempoh lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri.Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai wayang politik terbaru Pas, Rahman yang juga Ketua Pemuda Tuaran seterusnya menegaskan isu yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah dan Dr Mahathir ketika ini lebih bersifat salah faham dalam keluarga.
"Kita yakin percubaan Pas untuk menangguk keuntungan politik akan menjadi sia-sia."
Malah tindak-tanduk Pas ini akan menjadi bukti kepada rakyat bahawa parti ini sememangnya tidak mempunyai prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik mereka yang ketika ini jelas ditolak rakyat", ujarnya
posted by jasindaily online @ 7:47 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com