Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BONGKAR SAID, JANGAN TAK BONGKAR
Wednesday, July 05, 2006
KUALA LUMPUR 4 Julai - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti Parlimen akan memanggil Ketua Pengarah Kastam Selasa depan bagi menjelaskan dakwaan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof berhubung kontroversi lelongan kereta mewah yang telah dilucutkan hak.

Mohd Said berkata, "Saya lihat dengan mata saya sendiri bahawa kereta-kereta mewah ini dah diperuntukkan untuk orang tertentu. Dan beliau menyambung "Saya diminta menengok (kereta) yang berlambak, yang dah tak guna. Saya tanya kenapa orang tu belum ambil lagi (kereta), jawapannya kerana kes belum selesai," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusi oleh Tan Sri Bernard Dompok berkata, mereka mengambil keputusan untuk memanggil Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid (Ketua Pengarah Kastam) untuk disoal siasat tentang pertuduhan yang dilemparkan oleh Mohd Said (Pemilik syarikat Binyu Sof Enterprise merangkap Ahli Majlis, Jasin Melaka)Tindakan Mohd Said ini dikatakan berikutan dengan tindakan Kastam pada beliau yang menyebabkan beliau dihadapkan ke Lembaga Siasatan di atas tuduhan yang melibatkan IMPORT KAYU BERGERGAJI YANG MELEBIHI SAIZ. Lembaga siasatan itu dianggotai oleh 4 orang menteri yang paling bersih rekod penyelewengannya, yakni: -

1. Samy Vellu
2. Nazri Aziz
3. Najib Razak
4. Chan Kong Choy
Ulasan

Dalam UMNO kecoh dengan perbalahan antara Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Mohd Said sebok dengan tuduhannya pada Kastam Diraja Malaysia. Perbalahan antara mereka sebenarnya berpandu kepada kategori LIGA MASING-MASING.

Di dalam menjawab soalan wartawan di TV3, minggu lepas, beliau menafikan serangan beliau ini berdasarkan kepada 'DENDAM', lalu beliau berkata, ia semata mata kerana pembaziran wang rakyat. Nah... akhirnya Mohd Said sudah mula berjuang untuk rakyat dan bukan lagi berjuang untuk BINYU SOF ENTERPRISEnya.

Walau apa pun tahniahlah diucapkan kepada Mohd Said kerana sekurang-kurangnya beliau turut memberikan pendedahan penyelewengan yang berlaku di Kastam. Dan biarkan Kastam menjawab dan bongkar pula penyelewengan Mohd Said. Lantas semua rakyat tahu semua Jabatan dan Pemimpin UMNO di Malaysia ini penuh dengan penyelewengan yang tidak pernah reda.

Persoalan

Dalam sibuk ahli Parlimen Jasin menjalankan tanggung-jawab kepada rakyat, rupanya beliau menumpukan lebih perhatian kepada KASTAM yang telah memalukan dirinya. Jika hendak bercerita tentang penyelewengan wang rakyat, maka lebih baik pertanyaan dibuat terhadap 4 orang anggota siasatan tadi.

Kepada parti pembangkang, dunia sekarang sudah berubah. Jika dahulu Pembangkang berhempas pulas untuk membawa penyelewengan ini ke mahkamah, sering dihalang dan diperbodohkan, kini mereka sendiri akan membuka tembelang masing-masing. BONUS kepada Pembangkang semua dan sesungguhnya Allah s.w.t. telah memakbulkan doa rakyat yang teraniaya.

Kita tidak perlu menokok tambahkan lagi aib pemimpin dan ia akan terbongkar dan terbongkar dengan sendirinya. Bertanyalah pada diri kita sendiri apakah ini bentuk pemimpin-pemimpin dan kerajaan yang ada kini? Wassalam.
posted by jasindaily online @ 5:45 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com