Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Penyakit Masyarakat - Punca dan Ubatnya
Tuesday, July 04, 2006
Penyakit masyarakat yang kita hadapi sekarang ada puncanya. Ia adalah berpunca daripada apa yang dikatakan satu "RANCANGAN RAKSAKSA" atau "GRAND DESIGN".
Matlamat akhirnya ialah untuk BERKUASA. Ya. untuk mempunyai KUASA DAN PENGUASAAN.Ya, sekali lagi saya menekankan, tiap-taip perkara yang berlaku ada sebab-musabab dan puncanya. Dari sebab-musabab ini lahirlah akibat-akibatnya.Misalnya, apa yang menyebabkan manusia hari ini berjiwa kotor, korup, bersifat durjana, tamak haloba, dan mengerjakan kerja-kerja yang keji? Mengapa? Kerana:
1.Ramai, khususnya orang Islam, tidak ikut lagi ajaran Al-Quranulkarim.
2.Tidak membaca Al-Quranulkarim. Kalau bacapun, tak tahu apa yang dibacanya; tak tahu erti atau maksud yang tersurat dan tersirat di dalamnya.
3.Tidak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, dan,
4.Telah disesat syaitan. (Itulah sumpahnya kepada Allah SWT untuk menyesatkan anak, cucu-cicit Adam a.s.)
5.Terdedah dan mengikut sistem-sistem politik dan falsafah ciptaan manusia, berlandaskan 'akal fikiran mereka semata-mata; bukannya fitrah dan ajaran Allah SWT.
Misalnya, sistem-sistem politik yang berasaskan isme-isme seperti kapitalisme, sosialisme, secularsisme, liberasme, sosio-liberasime, komunisme, dan sebagainya, yang rata-rata bermatalamatkan kebendaan.Diantara sistem-sistem politik ini, yang dianggap paling cangging dan berkesan (jika dilihat dari luarannya, yang berteraskan pembangunan insn dan dunia dari segi kebendaan) tidak semestinya dapt menjamin kesejahtgeraan dan ketengangan jiwa.
Manusia sering bertelagah sesama sendiri; sering tidak merasa kepuasan hidup; sering dalam kebimbangan.
Mereka akan hanya mengingati dan mencari keredhaan Allah SWT dan tuhan masing-masing bila ditimpa bala' dan malapetaka ujianNya.
7. Keperluan hidup yang semakin mencabar dalam dunia penuh persaingan sengit sistem-sistem "demokrasi" dan sistem-sistem politik ciptaan manusia ini, menyebabkan mereka tidak punya masa dan waktu untuk memikirkan hal-hal lain, sebagai alternatif kepada mempastikan ketengangan dan kesejateraan hidup mereka.
Mereka "TERPERANGKAP" dalam sangkar kehidupan harian mereka; terpinga-pinga, tercungap-cungap dalam kelemasan hidup ciptaan manusia ini, dan langsung berserah serta mengikut saja arus yang membawa mereka ke mercu matlamat mereka yang ingin berkuasa dan menguasai mereka.
Demikianlah senario secara ringkas atau birds-eye-view apa yang berlaku sekarang.Penciptaan kehidupan kepura-puraan (artificial creation) manusia ini dengan isme masing-masing telah mengakibatkan berlakunua krisis msyarakat manusia itu sendiri. Termasuklah krisis nilai, krisis budaya, dan bermacam-macam lagi krisis hidup manusia sejagat.Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu (ummat Islam khususnya dan manusia amnya) sehingga mengikut agama (cara hidup) mereka....
Dalam Surah Al-Maidah, ayat 51, Allah SWT berfirman, maksudnya: "Wahai kamu yang percaya (kepada agama Islam) janganlah jadikan kaum Yahudi dan Nasrani sebagai sahabat; (kerana) mereka adalah bersahabat diantara satu sama lain.", dan, Dalam Surah Al-An'Am, ayat 153, bermaksud bahawa Allah SWT meminta kita ikutlah jalanNya yang benar/lurus supaya kita tidak berpecah belah. dan memisahkan kita daripada jalanNya.
mengikut jalanNya (Kalau kita mahu selamat dunia akhirat).Nabi Muhammad SAW pula bersabda, yang bermaksud, diantara lain, secara ringkas:"Ada orang yang tahu, dia tahu; ikutlah dia. Ada orang yang tahu, dia TIDAK tahu, belajarlah daripada mereka . Ada orang yang dia TIDAK TAHU, DIA TIDAK TAHU, tinggalkanlah mereka."Menakala manusia bijak bistrai pula berkata:"Manusia yang berminda "kecil" (cetek fikiran), akan bercakap tentang hal-hal peribadi orang lain; (orang ni begitu, begini, fitnah memfitnah, dsbnya)Manusia berminda sederhana (average mind) akan bercakap tentang susuatu perkara yang berlaku - peristiwa. (Siapa menang-kalah, akan dikeluarkan daripada senarai Akademi Fantasia; pertandingan bola, gempa bumi, dsbnya);Manusia yang "bergeliga" otak atau mindanya, akanbercakap tentang sesuatu idea, wawasan.
(Bagaimana hendak memperbaiki nasib orang kampung, bagaimana hendak memertabatkan bangsa, bagaimana hendak mendaulatkan agama, bagaimana hendak menjayakan Agenda Melayu, bagaimana hendak menegakan keadilan dunia, dsbnya).Saya baru berbual-bual dengan seorang yang berwibawa; seorang yang "apolitical"; seorang yang amat perihatin terhada agama, bangsa dan negaranya, yang berkata bahawa:Agak amat sukar hendak merombak semula apa yang telah menjadi dan dijadikan "darah daging" cara hidup kita yang telah disuntik oleh mereka yang telah menam racunnya dengan menggunakan "jejari" (tantacles)nya dari segenap segi kehidupan kita.Walaupun mereka tidak lagi memerintah kita, tetapi sissa peninggalan mereka terhadap cara hidup mengikut acuan mereka telahpun sebati dengan kita.Tanya saya, apakah cara sebaik-baiknya, dalam konteks negara kita Malaysia ini, untuk menghuraikan masalah-maalah rumit ini? Adakah dengan merombak semula sistem-sistem pemerintahan, falsafah dan politik kita, mengikut falsafah Islam, umpamanya; atau dengan berpegang teguh kepada apa yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan yang berteraskan perjanjian kotrek sosial diantara kita dengan kaum-kaum lain sebelum merdeka?"Beliau menjawab: Merombak pada keseluurhan sistem polotik dan pemerintahan kita agak sukar dilakukan, dan kitapun dan menjadi seperti mereka; (sepertimana yang diingatkan Surah Al-Baqarah tadi). Kalau tak betul caranya, kita akan merempat di dalam negara sendiri.Cara mengikut ajaran Islam pula, dalam masyarakat majmuk ini, agak sukar juga hendak dicapai. Dan Parti-parti yang berteraskan Islam, tidak akan berjaya memerintah seluruh negara, walaupun mereka mengamalakan pemerintah yang "bersih", tidak rasuah, umpamanya.Beliau bersetuju dengan pendapat saya yang terakhir, bahawa cara yang paling sesuai, praktikal, dan mungkin berjaya, ialah dengan kembali berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara. Kuatkuasakan apa yang termaktub di dalamnya, sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat.Kuatkuasa dan gunakan tanah-tanah reserve Melayu; dan perbanyakkannya; jadikan modal kita.
Kaum-kaum asing tidak akan dapat menyentuh hak kita, kerana kita tidak menyentuh hak dan menyakiti hati mereka.Demikian juga dengan wakaf dan Baitul Mal, hendaklah dicari jalan untuk menggunakannya bagi kepentingan umat Islam dan Melayu/Bumiputranya.Adakah ini, Perlembagaan yang berteraskan perjanjian sosial itu, dan segala undang-undang yang ada kaitan dengannya, seperti Undang-undang Hasutan umpamanya, disamping "rombakan" atau "reformasi" kepada sistem politik kita, termasuk sistem-sistem pendidikan, ekonomi, media, perundangan, sosio-budaya, dan sebagainya, dapat mengubati segala "penyakit" masyarakat, krisis-krisis yang kita hadapi sekarang?Marilah kita fikir dan menungkan bersama, dan mintalah restu serta hidyat daripada Allah SWT ajawajallah untuk memperkenankan do'a kita, supaya sebuah pemerintah yang adil yang berlunas dan berpaksikan Melayu-Bumiputra-Islam-Beraja dan berdaulat yang menjadi idaman dan cita-cita kita sebagai yang ampunya Tanah Melayu yang tercinta ini menjadi kenyataan.
Supya Agenda Melayu berpaksikan Islam menjadi realiti.Kalau tidak, seperti kata yang mulia dan arif tadi, campkan saja Perlembagaan kita. Bakar saja Perlembagaan itu kepada kita!Janganlah hendaknya kita sia-siakan aspirasi murni datuk nenek dan noyang kita yang bermati-matian berjuang memerdekakan negara untuk melihat cucu-cicitnya hidu di dalam sebuah Tanah Melayu merdeka yang akan menjamin masa depan hidup mereka.Uncle M (mansal damha)
posted by jasindaily online @ 5:48 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com