Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KISAH SUAMI PESERTA PLKN YANG 'TERSEKSA'
Wednesday, July 05, 2006
PULAU PINANG 5 Julai - "Saya terseksa, susah la macam ini, kena berjaga malam, buat susu anak, sayalah ayah, sayalah ibu masa ini, tak boleh tarik balik ke isteri saya tu."

Itulah keluhan seorang suami yang terpaksa menjaga bayinya berseorangan selama kira-kira tiga bulan apabila isterinya terpaksa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3/2006 yang bermula 25 Jun lalu.

Malah, Hafini Bani Amin, 25, kini juga terpaksa menanggung beban apabila anaknya, Mohd. Harish Danial yang baru berusia setahun, mula demam kerana merindui ibunya, Wan Ashikin Talib, 19, yang baru 10 hari mengikuti PLKN.

Bagaimanapun bagi meringankan bebannya, ibu Hafini Bani turut membantu dengan bergilir-gilir menjaga cucunya, bergantung kepada jadual tugas anaknya itu sebagai wadar Penjara Pulau Pinang di sini.

Bagi mengubati rindu Mohd. Harish Danial terhadap Wan Ashikin, Hafini Bani akan memastikan bayinya itu dapat meluangkan masa bersama ibunya pada hujung minggu apabila anggota keluarga dibenarkan mengunjungi peserta PLKN di Kem Sri Impian, Sungai Bakap di Nibong Tebal.

Sehubungan itu, Hafini Bani sangat-sangat berharap agar Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membuat keputusan segera berhubung cadangan mengecualikan wanita berkahwin dan mempunyai anak mengikuti PLKN.

"Saya merasai bagaimana penderitaan suami-suami yang isteri mereka terpaksa mengikuti PLKN walaupun saya merelakan isteri saya menyertainya demi mematuhi undang-undang,"kata Hafini Bani ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Ashikin merupakan antara 666 peserta PLKN Pulau Pinang bagi siri 3/2006 yang mula mengikuti kursus itu sejak 25 Jun lalu, setelah dua kali dia gagal menghadirkan diri sebelum ini.

Pada panggilan pertama, Wan Ashikin gagal dikesan manakala untuk panggilan siri 2/2005, dia terpaksa memohon penangguhan kerana baru bersalin.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Halim Abdul Hamid memaklumkan cadangan Majlis Latihan Khidmat Negara pada mesyuarat 27 Jun lalu untuk memberi pengecualian kepada wanita berkahwin dan mempunyai anak mengikuti PLKN pada masa akan datang.

Bagaimanapun pengecualian itu tidak tertakluk kepada wanita yang mempunyai anak angkat dan yang berkahwin tetapi tidak mempunyai anak.

Menurut Hafini Bani, wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak sememangnya perlu dikecualikan memandangkan mereka telah mempunyai tanggungjawab dan bukannya seperti remaja yang baru habis persekolahan.

"Kalau ikut hukum agama, kalau saya tidak bagi isteri saya pergi macam mana, saya boleh bawa ke Mahkamah Syariah.

"Tetapi saya tidaklah hendak buat sampai macam itu, jadi saya harap sangat kerajaan buat keputusan segera agar masalah macam ini tidak berulang lagi," rayunya.
p/s : Bukan ke bagus jika duit yang digunakan untuk PLKN disalurkan kepada kepada pelajar-pelajar yang belajar di IPT dan juga kepada insan yang tidak berkemampuan. Dalam Bicara Hati ( di TV3 ) tiap2 minggu memberitahu kisah kemiskinan yang melanda rakyat di Malaysia. Apakah usaha kerajaan menangani masalah ni.??. Tiada keistimewaan yang dapat diperolehi dalam PLKN malah mendatangkan kerugian.Bayangkanlah, kos untuk seorang peserta dah mencecah ke angka ribuan ringgit.....lastly, DUIT RAKYAT JUGA JADI MANGSA
posted by jasindaily online @ 4:30 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com