Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
LOMPAT MELAYU LOMPAT, LOMPATLAH TINGGI-TINGGI
Wednesday, July 05, 2006
Rakyat Tanah Melayu tidak ramai yang tahu apa itu politik. Kerana itu apabila British memperolehi kesempatan menjadi penasihat kepada Sultan Tanah Melayu, mereka memasukkan bangsa Cina dan India dalam usaha mereka membongkar khazanah alam Tanah Melayu, BIJIH TIMAH dan GETAH diusahakan pada awal abad ke-19. Mungkin alasan mereka adalah untuk membangunkan Tanah Melayu. Apabila BRITISH dibenarkan menjajah, maka Melayu mula mengejar Kebendaan.

MENGEJAR KEBENDAAN

Ladang getah dillihat tidak memberikan keuntungan yang segera. Selain dari menunggu 8 hingga ke 10 tahun untuk tuaian, bijih timah dilihat alternatif terbaik untuk memperolehi keuntungan dan pendapatan yang secepat kilat. Perlombongan Bijih Timah adalah industri tertua di Malaysia. Usaha perlombongan dijalankan di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka. Kekayaan bijih Timah di Tanah Melayu dikatakan paling hebat dan hasil bumi ini adalah yang TERBAIK. Ini dibuktikan oleh pengembara Arab yang bernama Abud Dulaf yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke 10. Kerana itu BRITISH ke mari dan kerana itu kepada mereka, tanah diberi, dikorek dan ladang getah diusahakan. Siapa yang beri?

SIAPA YANG BERI?

Bijih timah dimonopoli untuk kerabat di RAJA dahulu kala. Sultan Abdul Malik Mansor Shah, Sultan Perak ke 19 untuk perlombongan di Perak dan di Kuala Lumpur, kuasa pada Raja Abdullah dan Raja Juma'at (1857). Manakala lombong di Negri Sembilan, Datuk Kelana Sungai Ujong. Akibat gila kuasa, perbalahan berlaku. Semuanya kerana gila kuasa dan gila mahu kaya. Ketika itu mana rakyat Melayu?

MANA RAKYAT MELAYU?

Jelas kepada kita siapa yang mainkan peranan dalam perlombongan ketika itu. Adakah rakyat Melayu tidak berminat degan perlombongan? Ada pihak yang menyatakan bahawa Hasil Tanah Melayu ini cuba di monopoli oleh keluarga BANGSAWAN, sehinggakan kemasukan Bangsa Asing berlaku di Malaysia. Apa-apa pun penulis percaya, ini muslihat British untuk majmukkan Tanah Melayu ketika itu.

Kita tidak mahu cerita panjang lebar tentang bangsa asing yang memasuki Malaysia. Apa yang penulis mahu ceritakan adalah kerana sikap TAMAK dan HALOBA sesetengah pemimpin sejak dahulu lagi merosakkan Tanah Melayu. Doa British termakbul, peduli apa dengan kehancuran Tanah Melayu kerana ia bukan milik mereka. Pada Melayu kini, Nasi sudah menjadi bubur.

NASI SUDAH MENJADI BUBUR

Mahu disalahkan Melayu lama? Bukan salah mereka kerana pengetahuan bangsa MELAYU ketika itu tidak pada politik dan tidak tahu bagaimana berpolitik serta tidak tahu kesan akibat politik. Walau bagaimana pun, bangsa Melayu TERPAKSA terima kehadiran bangsa lain seperti mana kita TERPAKSA terima Sistem DEMOKRASI. Itu isu dahulu dan kini isu terkini.

ISU TERKINI

Tahun 2006, isu yang amat hangat ketika ini adalah Mahathir berusaha bersungguh-sungguh untuk membongkar kesilapan kerajaan di dalam pembatalan jambatan bengkok, penyingkiran Mahaleel di Proton dan banyak lagi kes yang bersangkutan dengan pemerintahan PAK LAH BADAWI. Adakah setelah 60 tahun baru Melayu bersetuju untuk disedarkan?
Kini kita menunggu jawapan dari Pak Lah yang asyiknya hanya bercuti. Adakah sekembali beliau di sini, akan terjawabnya semua soalan? Jika menurut Nujum Pak Belalang, soalan tidak akan diberi jawapan. Kerana pada Pak Lah, jika dilayan, beliau akan terjerumus ke dalam PERMAINAN Mahathir.

Namun sekiranya ia dijawab, ia akan membongkar banyak cerita di sebalik TABIR pemerintahan UMNO yang selama ini wanginya hanya di luar dan busuknya KEKAL di dalam. Busuk yang selama ini sering kali cuba keluar, berjaya ditutupkan. Ia usaha yang tidak mudah kerana sentiasa ada isu yang mencelah.

ISU YANG MENCELAH?

Di dalam rakyat rancak menanti jawapan dari Pak Lah, tiba-tiba 1 tajuk pun tiba-tiba timbul, yakni isu 'AGAMA KAMI DI TINDAS'. Isu yang berkaitan dengan anutan 3 bangsa tadi. Berkaitan dengan pengkebumian HERO MOORTHY (penakluk gunung Everest), KES MURTAD LINA JOY dan lain-lain lagi. Apa yang mereka sebenarnya mahu katakan adalah Islam menindas agama lain. Itu sahaja.

Secara tiba-tiba isu itu disebut kembali. Agenda siapa dan untuk apa? Apakah rakyat tidak menjadikan sejarah sebagai pengajaran?

SEJARAH SEBAGAI PENGAJARAN

'13 Mei'. Satu tarikh yang menjadi peringatan untuk semua bangsa. Pada 10hb Mei 1969, tarikh Pilihan raya yang menyaksikan kekalahan besar Parti PERIKATAN (Sekarang BN), yang berakhir dengan pertumpahan darah.

Di dalam keseronokan Parti Pembangkang meraikan kemenangan dengan meraikannya dijalan-jalanraya. Pada masa yang sama, penyokong PERIKATAN berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Idris, yang ketika itu terletak di Kampung Baru, di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Adakah mereka berkumpul kesedihan atau berkumpul untuk merancang? Apa-apa pun 3 hari selepas kekalahan PERIKATAN, insiden 13 Mei pun berlaku. Apakah ini Impak pada Kekalahan UMNO?

Penulis tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang punca perbalahan kerana tiada bukti yang boleh dipercayai, Namun yang pasti jika UMNO kalah, perbalahan akan membawa kepada pergaduhan dan akhirnya dianggarkan 1,500 ke 2,000 orang telah MATI. Sejauh mana rakyat mengambil iktibar dari sejarah ini?

IKTIBAR DARI SEJARAH

Kaitkan semua cerita sejarah di atas dan anda akan tahu semua masalah yang timbul adalah kerana politik. Perlulah diingat, pertikaian agama yang cuba diapi-apikan oleh segelintir ini adalah kaedah yang juga digunakan oleh UMNO seperti yang berlaku pada 13 Mei. Adakah isu ini timbul sendiri atau sengaja ditimbulkan ketika ini? Maka rakyat perlu berhati-hati kerana bukan semua cahaya itu SYURGA dan bukan semua api itu NERAKA. Bijakkah Melayu?

BIJAKKAH MELAYU?

UMNO akan cuba pendam kesalahan mereka melalui ORANG TENGAH dan ALIH FOKUS. Bijak bukan bermakna tidak boleh dikelirukan.

1. Kerana bijak Melayulah, lombong dan ladang diusahakan oleh orang lain.
2. Kerana bijak Melayulah, maka kuasa dan kepercayaan diberikan kepada British.
3. Kerana bijak Melayulah, adanya
4 bangsa di Tanah Melayu.
5. Kerana bijak Melayulah, bangsa lain boleh pertikaikan kepimpinan Melayu.
6. Kerana bijak Melayulah, undang-undang Islam tidak dihormati oleh agama lain.
7. Kerana bijak Melayulah, sehingga kini fakta 13 Mei diputar belitkan.
8. Kerana bijak Melayulah, Melayu masih di sini, melihatkan tanah, harta, peluang diambil oleh orang, dan
9. Kerana bijak Melayulah, maka fokus Melayu berubah-ubah.

Kita selalu berkata 10 perkara di dalam masa yang sama. Sehinggakan fokus kita tidak menentu. Persetankan tentang isu 'tindas agama'. Kekalkan fokus pada membongkar 'pengkhianatan'.
Kita masih di sini kerana Melayu asyik beralih arah. Sikap yang diambil kesempatan oleh pemimpin, memandangkan Melayu semangatnya sentiasa MEMBARA. Sentuh sikit, lonjaknya sampai ke langit. Kerja belum selesai dah cuba untuk melakukan kerja lain. Akhirnya Melayu umpama katak, disentuh sahaja ia melompat. Tidak sedar lompat untuk berjaya atau lompat untuk terus kecewa.
posted by jasindaily online @ 5:36 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com