Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
MENGAPA ISLAM HADHARI PILIH ARAK, UNTUK TARIK PELANCONG
Saturday, July 08, 2006

Mengurangkan harga arak dan melanjutkan operasi pusat hiburan sehingga pukul 5 pagi, antara cadangan Kementerian Pelancongan untuk menarik pelancong ke negara ini.

Bernama menyebut, Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dua perkara berkenaan dicadangkan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat, sekiranya mendapat persetujuan pihak-pihak yang terlibat.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melancarkan promosi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007, di Vietnam.

Mengulas perkara itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Keadilan Ustaz Dr Badrul Amin Bahrom berkata, inilah bukti jelas betapa Islam Hadhari semakin jauh daripada ajaran Islam sebenarnya.

Kerajaan katanya, semakin tidak peka dengan hukum Islam dan nilai-nilai murni masyarakat.

"Ketika kita hendak mengembangkan nilai murni, berakhlak, sopan santun dan berbudi bahasa di kalangan rakyat, kenapa pula arak dijadikan sebagai bahan utama untuk menarik pelancong,"

Padahal, katanya arak adalah ibu segala kejahatan.

Secara sinis, ujarnya adakah kerana kita hendak mengekalkan Malaysia sebagai pengeluar arak terbesar di Asia.

Badrul turut mempersoalkan keikhlasan kerajaan untuk membina generasi bersahsiah, berkeperibadian luhur dan murni.

"Ataupun kerajaan sekadar bersandiwara dan sememangnya berniat untuk merosakkan akhlak generasi akan datang, supaya anak-anak muda dilalaikan dengan arak dan hiburan, agar mereka tidak memikirkan masalah negara,"

Dengan cara itu, katanya pemimpin yang rendah akhlak dan korup akan terus menerajui negara ini.

Berhubung lanjutan tempoh operasi pusat hiburan, beliau mendakwa, pihak berkenaan berselindung atas alasan untuk menarik pelancong, semata-mata bagi melanjutkan tempoh operasinya.

"Sebenarnya bukan untuk pelancong…tetapi untuk mereka yang suka berhibur di kalangan rakyat kita sendiri, termasuk para pemimpin," jelasnya kepada Malaysia Today.


Kerajaan sepatutnya mencari alternatif lain bagi menarik kedatangan pelancong, tanpa melibatkan arak dan melanjutkan tempoh operasi premis hiburan, ujarnya.

Badrul berkata pelancong berhak memberi sebarang pandangan terhadap negara kita, tetapi yang menentukan halatuju negara ini ialah kita sendiri.

"Pelancong datang dan pergi, tetapi yang akan menerima kesan buruk daripada arak dan premis hiburan yang semakin menjadi-jadi ini ialah anak bangsa kita,generasi akan datang."

posted by jasindaily online @ 5:06 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com