Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
JANGAN GUNA SEMULA BOTOL AIR MINERAL
Sunday, July 09, 2006
KOTA BAHARU 9 Julai - Jabatan Kesihatan memberi ingatan kepada para pengilang dan peniaga supaya tidak menggunakan semula botol air minuman atau air mineral untuk mengisi produk minuman mereka kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nazri Sulaiman berkata, arahan tidak membenarkan penggunaan semula botol air sudah dikeluarkan sejak tahun lepas mengikut Peraturan Makanan 1985 dan pengilang dikehendaki mengguna botol baru untuk memasarkan air minuman yang diproses.

Beliau berkata, syarat di bawah Peraturan Makanan 1985 itu hanya membenarkan botol bersaiz 20 liter ke atas sahaja yang boleh digunakan berulang kali.

"Botol yang isiannya kurang daripada 20 liter tidak dibenarkan sama sekali diguna semula kerana ia merupakan satu kesalahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat pemeriksaan sebuah kilang memproses air minuman di Lundang di sini.

Beliau yang mengetuai operasi ke kilang-kilang memproses air minuman dan air meneral di Kelantan bagi tujuan pemantauan hari ini berkata, sebanyak 14 premis memproses air minuman di Kelantan yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu mengamal sistem guna semula sebahagian botol tersebut.

Katanya, mengikut Peraturan Makanan 1985, premis dan peniaga yang didapati menggunakan botol yang sama untuk mengisi air boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
posted by jasindaily online @ 5:46 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com