Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
DR. MAHATHIR BANGKIT MENYUSUN JENTERA LAWAN ABDULLAH
Saturday, July 08, 2006
MAHASISWA sebelum ini telah mengulas berkaitan persengketaan antara Tun Mahathir dan Abdullah Badawi. Ya, sememangnya kisah mereka amat menarik dan juga bakal mengundang bencana yang maha dahsyat kepada negara. Dato’ Dr Hassan Ali dalam ceramahnya di Taman Dahlia, Tampoi tempoh hari telah mengingatkan bahawa krisis Mahathir-Dollah bakal memuncak dan meruncing hingga menyebabkan ramai pelabur asing akan meninggalkan bumi Malaysia.

Manakala yang bakal melabur pula, akan melupakan hasrat mereka untuk berurus niaga di sini. Kehilangan Foreign Direct Investment ini bakal mengundang bencana kepada ekonomi negara. Seharusnya rakyat akan terus menderita akibat ekonomi negara yang semakin merudum setelah kenaikan harga minyak, tarif elektrik, harga barangan keperluan, cukai tanah dan sebagainya sedang menghantui mereka saat ini.

Mahathir berdiri selama 2 jam!

Disaat usia menjangkau 83 tahun, Tun Mahathir masih gagah berdiri untuk menterjemahkan kotak fikirannya kepada rakyat. Jika selalunya andai adapun orang tua yang beraksi, maka mungkin hanya mulut mereka sahaja yang masih kuat dan aktif seperti Dato’ S.M Salim, Syeikh Ahmad Yassin dan sebagainya. Namun, Tun Mahathir bukan setakat mampu mengekalkan kepetahan berucap, namun masih mampu berdiri berjam-jam lamanya dalam menyampaikan ucapan.

Tun sewaktu berucap di hadapan 500 orang hadirin di Century Paradise pada 24 Jun yang lepas kelihatan cukup bertenaga untuk menentang Dolah Badawi. MAHASISWA cukup kagum dengan Tun yang telah berjanji akan menekan kerajaan Pak Lah hingga ke lubang cacing sekalipun. Isu yang dibawa olehnya termasuklah pembatalan Projek Jambatan Bengkok, isu pemberian AP oleh Rafidah Aziz, penjualan saham MV Agusta, krisis Proton, dan isu Khairy Jamaludin yang menjadi think tanker Pak Lah.

Namun, kita tetap tidak akan melupakan kezaliman yang pernah Tun lakukan kepada rakyat dan Islam sepanjang 22 tahun berkuasa. Isu Memali, tahanan ISA, pembunuhan SAR, konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim, merompak wang Tabung Haji dan KWSP untuk menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya, menghina janggut nabi, menolak hukum hudud, menekan Kerajaan Kelantan, menarik balik royalti Kerajaan Terengganu, ISA 7, dan banyak lagi dosa serta noda yang pernah dilakukannya.

Ibrahim Ali dan Road Show

Datuk Paduka Ibrahim Ali telah berkata baru-baru ini bahawa Mahathir sedang menyusun juak-juaknya untuk melakukan Road Show ke semua ibu negeri Malaysia untuk menerangkan perjuangan beliau. Penyusunan jentera beliau dilakukan untuk bertembung dengan kerajaan pimpinan Pak Lah yang mana pada saat ini sedang seronok bermain golf di Australia hingga 15 Julai yang akan datang. Wah, indah sungguh kehidupan seorang perdana menteri. Jika timbul sesuatu masalah yang perlu dijawab ataupun diselesaikan, maka PM akan terbang untuk bercuti di luar negara. Meninggalkan masalah di sini. Itupun menggunakan pesawat kerajaan!

Jika benar dakwaan Ibrahim Ali bahawa Mahathir sedang berstrategi untuk menentang Pak Lah, maka MAHASISWA yakin bahawa Tun bukan sekadar ingin menegur kerajaan Pak Lah ataupun juga sekadar ingin mendapatkan penjelasan daripada Pak Lah tentang semua isu yang dibangkitkan. Namun, beliau sedang cuba menjatuhkan Pak Lah.

Jangan berdada dengan kerajaan

MAHASISWA mengingatkan Tun agar tidak cuba berdada dengan kerajaan. Tun sendiri dahulu pernah melalui saat-saat sebegini. Ku Li sewaktu mengumumkan ingin menentang Mahathir pada tahun 1987 dahulu didokongi hampir separuh daripada anggota kabinet kerajaan hingga UMNO terpecah dua menjadi UMNO Team A dan Team B. Antara yang berada dalam kem Ku Li adalah Pak Lah sendiri sebelum dibawa kembali ke dalam UMNO yang baru didaftarkan semula selepas pengharamannya oleh Mahathir. Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 tetapi tidak berjaya untuk menumbangkan UMNO-BN.

Anwar Ibrahim sendiri yang sememangnya berkarisma dan mempunyai grass root ­serta basement yang kuat di dalam UMNO dan kerajaan tidak mampu untuk berhadapan dengan kerajaan Mahathir. Walaupun undi UMNO-BN merosot dan kekuasaannya tergugat, namun kerajaan tetap di situ. Sukar untuk berdada dengan kerajaan yang memiliki seluruh jentera kerajaan, pihak keselamatan, instrumen media dan sebagainya.

Janganlah Tun…bahaya! Silap haribulan Tun akan di-ISA-kan pula nanti.
posted by jasindaily online @ 9:33 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com