Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PERCAYALAH, AKHIRNYA KITA NAMPAK HIKMAH PAS DEKAT DENGAN DR.M
Saturday, July 08, 2006
Ramai juga saya tengok yang tidak setuju dengan tindakan pemimpin PAS hadir di majlis Dr Mahathir 24 Jun lalu, termasuk rakan-rakan dalam KeADILan, sehingga ada yang mengingatkan dosa-dosa Mahathir kepada PAS.
Saya dapat memahami perasaan mereka yang tidak boleh terima sikap PAS itu. Selama 22 tahun memerintah Malaysia, tentu banyak sekali kesalahan Mahathir kepada bangsa Melayu, negara Malaysia dan agama Islam.
Dan kita selama ini sudahpun berjuang bersungguh-sungguh untuk menentang kemungkaran Mahathir selama dia berkuasa itu.Sekarang zaman Pak Lah memerintah, Mahathir sudah bersara, tidak berkuasa lagi. Pak Lah berjanji macam-macam perkara, seperti nak banteras rasuah, tidak lagi pilih kasih, bersederhana, amalkan Islam hadhari dan sebagainya.Tapi, cakap memang senang. Pak Lah hanya bercakap dan bermain slogan demi slogan seperti "bekerjalah bersama saya, bukan bekerja kerana saya".
Slogan nampak indah dan cantik, dan cuba perhatikan apa yang Pak Lah lakukan. Rasuah terus berleluasa, maksiat tidak kurang juga, pembaziran di sana-sini, anak menantunya menguasai ekonomi negara, kronisme makin tebal.Saya tidak nampak kelebihan Pak Lah berbanding Mahathir dulu kecuali dia pandai jaga mulut.
Memang Pak Lah tidak celupar kerana dia tak kata kat orang kerana memang dengan sesiapa pun dia tak kata, lihat saja kesnya dengan Mahathir. Walaupun Mahathir tuduh dia macam-macam, tapi Pak Lah tak jawab pun.Nampak macam Pak Lah tawaduk, tak mahu cabar mencabar, tapi dalam masa sama Pak Lah arah orang lain tolong jawab bagi pihaknya. Tindakan Pak Lah umpama "baling batu sembunyi tangan".
Pak Lah tak jawab kerana memang dia tak pandai jawab, apatah lagi untuk berdepan Mahathir yang pandai cakap. Cuba kita bayangkan bagaimana kalau Pak Lah berdebat terbuka dengan Mahathir, kasihan Pak Lah. Dia tak tahu nak berhujah kerana memang Pak Lah bukan di pihak yang benar.
Kalau Pak Lah benar, segala tuduhan Mahathir itu boleh dijawab dengan mudah, tak perlu berselindung dan takut-takut.Saya cuba nak sebut di sini bahawa sekarang yang paling hebat berperanan sebagai pembangkang adalah Mahathir. Dia pun banyak peluru hidup yang boleh sengsarakan Umno. Segala dakwaan Mahathir tak boleh dipandang ringan, dia ada bukti dan fakta. Jadi, apa salahnya kita letakkan Mahathir di depan untuk bertembung dengan Pak Lah?Tidak bermakna PAS melupakan segala dosa Mahathir seperti juga PAS tidak melupakan apa yang dibuat oleh Ku Li dan Anwar Ibrahim kepada PAS dulu. Kalau nak ikutkan hati, dengan siapa pun PAS tak boleh kawan kerana masing-masing pernah memusuhi PAS.
Terbukanya PAS jangan dianggap PAS kemaruk kuasa yang sanggup berbuat apa saja. Saya yakin, di akhir kisah ini nanti, orang ramai akan nampak kebaikan dan hikmah mengapa PAS mendekati Mahathir.Percayalah.
harakahdaily
posted by jasindaily online @ 10:10 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com