Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
MAMPUKAH SEJARAH BERULANG?
Sunday, July 09, 2006
Artikel yang disiarkan oleh Agendadaily ini sangat menarik untuk diberi perhatian terhadap apa yang dibangkitkan oleh Idris Tulis, seorang activist UMNO dan seorang ahli perniagaan yang berjaya yang sudah tentunya di'patronage'kan oleh UMNO. Ada 4 perkara yang dibangkitkan oleh Idris yang patut menjadi perbincangan awam.


Pertama, ada sebab-sebab tertentu kenapa Mahathir bangkit menentang Abdullah yang merupakan pilihannya sendiri. Kedua, Abdullah perlu menjawabnya sendiri apa yang ditimbulkan oleh Mahathir dengan kadar yang segera, tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada juak-juaknya. Ketiga, agihan peluang-peluang perniagaan kini tertutup hanya tertumpu orang-orang tertentu sahaja dan keempat pemimpin dan ahli-ahli UMNO 'penakut dan dayus' untuk menyelesaikan krisis ini hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh menunggu keadaan tenang akan tiba tanpa perlu berusaha. Ikuti sepenuhnya tulisan:

11 November 1989.....tempatnya di rumah bekas Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman di Jalan Tunku, Kuala Lumpur. Mungkin tak ramai yang ingat apa istimewanya tarikh itu tetapi ia terus segar dalam ingatan Datuk Idris Tulis lebih-lebih lagi dalam senario politik semasa negara.

Ahli perniagaan inilah orangnya yang main peranan one man show terlari ke sana ke mari selama beberapa bulan sehingga berjaya mendamaikan Tunku dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum itu beliau ada menjalankan usaha menerusi Tunku untuk memujuk Tengku Razaleigh Hamzah yang mengepalai Team B agar tidak bertanding menentang Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO tahun 1987 tetapi tidak berjaya.

Sejarah pertikaian Tunku-Dr Mahathir bermula selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Dr Mahathir mengkritik secara terbuka dasar-dasar Tunku. Akhirnya Dr Mahathir dipecat dari UMNO. Buku Malay Dilema karyanya terbit rentetan dari krisis ini.

Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak membawa masuk semula Dr Mahathir ke dalam UMNO di mana kemudiannya beliau menjadi Menteri Pelajaran dan seterusnya sampai ke Perdana Menteri bila Tun Hussein Onn melepaskan jawatan pada tahun 1981.

Perang dingin Tunku-Dr Mahathir berterusan sehinggalah Idris yang kini berusia 65 tahun memainkan peranan solonya memujuk kedua mereka bersemuka. Sudah lebih 15 tahun berlalu ketika Idris duduk bersama wartawan Agendadaily di anjung rumah banglonya di sebuah kawasan perumahan eksklusif di pinggir ibu kota Rabu malam mengimbas kembali bagaimana beliau merasa sungguh terharu hasil dari usahanya pada jam 11 pagi hari berkenaan Dr Mahathir tiba di rumah Tunku dan kemudian mencium tangan bekas Perdana Menteri itu.

Panjang ceritanya kalau hendak dicatatkan modus operandi beliau secara terperinci hingga kedua-dua Tunku dan Dr Mahathir setuju bersemuka. "Walaupun Tunku meninggal dunia di luar UMNO kerana ketika itu masih jadi Penasihat Parti Semangat 46 (pimpinan Tengku Razaleigh) tetapi sekurang-kurangnya saya berjaya menemukan mereka berdua," katanya.

Selain bercerita tentang hari bersejarah itu dan kemudiannya berjaya pula membawa rombongan Pemuda UMNO dan Wanita UMNO menemui Tunku…Idris banyak mengeluh mengenangkan pertikaian Dr Mahathir dengan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi sekarang.

Beliau memang lama rapat dengan Dr Mahathir dan kenal baik Abdullah.

Kata Idris beliau kini hanya pemerhati sahaja. "I wish I can do something," katanya.

"Sebagai ahli UMNO saya ingin melihat kepimpinan Pak Lah teguh dan tidak tercalar. Di masa yang sama saya melihat Dr Mahathir tidak akan bertindak begini tanpa sebab. Saya tidak fikir beliau suka-suka mahu menggugat kepimpinan negara dan porak perandakan parti. Itu tak masuk akal," katanya.

Beliau bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak keadaan ketika ini sudah sampai peringkat agak rumit.

"Tetapi kita selalu kena berpegang kepada tekad tidak ada yang mustahil," katanya.

Baginya kalangan pimpinan UMNO tidak boleh bersikap hendak 'tolak sebelah' Dr Mahathir begitu sahaja tanpa mahu menjalankan usaha yang bersepadu mencari penyelesaian segera ke atasnya.

"Isu-isu semasa pertikaian antara Dr Mahathir-Tunku dan Dr Mahathir-Pak Lah adalah berbeza....tambah pula kali ini melibatkan dakwaan serius ada pihak lain yang menguasai Pak Lah. Semua ini harus dijawab hingga memuaskan hati bukan sahaja Dr Mahathir tetapi rakyat keseluruhannya.

"Kita tidak boleh ambil sikap aku dah jawab…sudah. Terus terang saya sendiri masih blur dan tak faham dari jawapan yang diberi setakat ini. Kalau saya sendiri tidak faham bagaimana pula orang ramai.

"Contohnya isu AP, Dr Mahathir nak tahu kenapa bagi begitu banyak kepada satu dua individu. Itu belum dijawab sampai sekarang. Rafidah pula kata itu saja…tak ada lagi penjelasan lanjut. Jadi bagaimana sekarang?", ujarnya. Menurut Idris sebagai ahli perniagaan dalam berbagai bidang termasuk dalam bidang jualan kereta beliau tahu bagaimana situasi semasa sekarang akibat dari kebanjiran AP.
"Ramai kawan-kawan bisnes saya yang turut merungut. This is a fact. Bukan sahaja dalam bisnes kereta tetapi bidang-bidang lain,"katanya. Idris merasakan adalah satu kesilapan jika kalangan pimpinan UMNO duduk berdiam diri menunggu dan menunggu begitu sahaja.

"Kalau kerajaan ada jawapannya terus berikan sekarang. Jangan biarkan sampai wujud krisis keyakinan. Parti harus utuh...........kedudukan Pak Lah perlu mantap.

Suka tak suka selama ini UMNOlah yang menjadi payung kepada orang-orang Melayu di negara ini. Jangan kita bohongi diri kita dalam soal ini," kata Idris.

Katanya beliau ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin yang mengambil inisiatif sendirian mendapatkan 'orang tengah' dalam usahanya untuk mendamaikan Dr Mahathir dan Pak Lah. "Saya pernah buat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Memang tough,"katanya.

Beliau berpendapat di sini apa yang penting sekali ialah bagaimana hendak menemukan kedua Dr Mahathir - Pak Lah agar mereka boleh duduk berbincang secara baik dan meredakan krisis ini.

Dari satu segi lain, Idris berkata beliau juga tidak nampak keperluan 'orang tengah' dalam soal ini kerana Dr Mahathir hanya mengemukakan beberapa isu yang beliau minta dijawab oleh Perdana Menteri.

"Lagi pun ia sudah dibuat secara terbuka. Semua orang sudah tahu apa yang Dr Mahathir tak puas hati. Bukan saja Dr Mahathir.......semua orang nak tahu juga apa jawapannya.

Beliau merasa cubaan untuk cungkil kisah-kisah lama untuk discredit Dr Mahathir lebih membawa keburukan dari kebaikan. "Lagi tak jawab nak selesai macam mana. Di sini nampaknya jika dijawab seperti yang dipinta oleh Dr Mahathir ........habis cerita,"katanya.

Idris berharap sekembalinya Pak Lah dari percutiannya di Perth nanti dan begitu juga Dr Mahathir sesuatu yang positif akan menjelma. "Kalau tidak...entahlah," ujarnya.
posted by jasindaily online @ 5:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com