DEMI MASA |
|
|
ISLAM HADHARI AKAN MELANJUTKAN WAKTU OPERASI KELAB MALAM SEHINGGA 5 PAGI? |
Tuesday, July 11, 2006 |
Cadangan ini datangnya dari Menteri Pelancongan, Tengku Adnan Mansor ketika beliau mengetuai rombongan lawatan rasmi kementerian beliau ke Vietnem baru-baru ini bagi mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007.
Dari Ho Chi Minh City beliau dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan Malaysia akan menimbangkan untuk melanjutkan waktu operasi kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan dalam negara kepada jam 5 pagi kerana terdapat rungutan para pelancong yang kononnya mengatakan NIGHTLIFE ataupun kehidupan malam termasuklah di KL dan Pulau Pinang membosankan kerana NIGHTSPOTS nya ataupun pusat-pusat hiburan ini tutup terlalu awal iaitu jam 1 pagi.
Malah kata Tengku Adnan suatu kertas kerja telah pun dimajukan kepada Datuk Bandar KL dan Kementerian Wilayah agar kawasan-kawasan tertentu di KL khasnya di sekitar Bintang Walk, Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee diberikan kebenaran beroperasi sehingga jam 5 pagi demi menarik minat dan perhatian para pelacong ke negara kita.
Kemudian Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharom (hairan kertas kerja Tengku Adnan tak pula dimajukan ke kementerian ini) dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata bahawa Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan lanjutan waktu operasi ini atas alasan ianya akan menggalakkan pengedaran dan penggunaan dadah jenis sintetik dikalangan para pengunjungnya yang kini merupakan masalah besar kepada pihak berkuasa.
Dan Johari menambah malah di Thailand pun (yang dikenali dengan pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malanya itu) operasi mereka ditutup sekitar jam 2 pagi.
Kita menyangkakan dengan kenyataan Johari itu yang bunyinya macam mewakili pandangan kerajaan, tamatlah disitu cadangan BERNAS Menteri Pelancongan itu, rupa-rupanya tidak.
Semalam apabila para pemberita bertanya kepada Timbalan Perdana Mneteri Najib Tun Razak berkenaan isu yang sama Najib mengatakan kerajaan masih belum menimbang dan membuat keputusan. Mana satu yang betul ni?
Sebagaimana dilaporkan oleh UTUSAN Najib berkata:
Kerajaan masih perlu mendengar pandangan serta pendapat daripada pelbagai pihak sebab kita perlu mencari satu pendekatan yang dapat mengimbangi antara keperluan pelancongan dan kebimbangan dari segi masalah sosial dalam negara kita.
Bagi saya isu ini cukup jelas, Menteri Pelancongan membuat cadangan berdasarkan kehendak kementerian beliau, namun ianya perlu dipadankan dengan kesesuaian dan suasana dalam negara. Berdasarkan penjelasan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, cadangan lanjutan waktu operasi tersebut akan mengakibatkan negara menjadi SYURGA kepada pengedar dan pengguna dadah jenis sentitik yang kini popular di tempat-tempat seumpama ini.
Janganlah kerana mahu mengejar keuntungan maka maruah dan harga diri bangsa dan negara digadaikan.
Takkanlah Najib tak jelas dalam hal ini. Apakah sebagai seorang Timbalan PM yang sepatutnya turut mendokong Prinsip Islam Hadhari yang dicipta oleh ketua beliau, Najib tak boleh potong isu ini terus. Katakan sahaja yang ianya tidak sesuai dan menjadi ancaman kepada rakyat. (Tambahan Najib dikira yang paling berkuasa dalam negara dalam ketiadaan PM).
Mengapa perlu Najib mencari alasan untuk menangguhkan keputusan? Kalau ya katakan ya kalau tidak katakana tidak! Dalam hal ini seorang yang berjawatan Timbalan Menteri kelihatan lebih tegas dan cergas dari beliau.
Kalau beginilah kedudukan Najib, maka gelaplah masa depan agama , bangsa dan negara kiranya jawatan PM diserahkan kepada beliau nanti. |
posted by jasindaily online @ 5:59 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|