DEMI MASA |
|
|
DR MAHATHIR - PAK LAH : SOALAN VS SOALAN |
Tuesday, July 11, 2006 |
Debat Perdana dikalangan orangramai mengenai kes Tan Sri Tajuddin Ramli dakwa dipaksa ambilalih kepentingan kerajaan dalam MAS oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin sedang berlangsung dimana-mana sekarang.
Dalam dokumen saman RM13 billion terhadap Danaharta dan kerajaan,bekas tokoh korprat yang satu ketika begitu harum namanya antara lain mendakwa dipaksa oleh bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan membeli 32 peratus saham MAS pada tahun 1994 sebagai satu 'khidmat negara'.
Langkah sulit yang bersandarkan janji sesama mereka itu dikatakan untuk menyelamat keadaan di Bank Negara yang mengalami kerugian berbillion ringgit akibat perniagaan tukaran asing.
Tajuddin,bekas pengerusi syarikat penerbangan itu mengemukakan saman itu kerana dakwanya janji Dr Mahathir dan Daim beliau tidak akan rugi apa-apa tidak dikota.
Ini bila Danaharta sekarang saman menuntut RM589 juta darinya pada bulan Mei tahun ini.
Dalam senario politik semasa mahu tak mahu pasti ada yang mendakwa ia salah satu bom yang diletupkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk gam mulut Dr Mahathir yang lantang mengkritik pentabirannya.
Apa lagi Dr Mahathir sendiri yang awal-awal sudah berkata beliau menduga banyak lagi 'kesilapan' semasa era pentabirannya akan keluar.
Mengikut desas desus yang berlegar lojiknya Danaharta tidak akan saman menuntut RM 589 juta dari Tajuddin tanpa lampu hijau Abdullah.
Ini bukan kes sejuta dua juta dimana Danaharta berani membuat keputusan sendiri dan mereka yang terlibat dalam urusan ' khidmat negara' itu bukan ahli korprat biasa atau mana-mana Ketua UMNO Bahagian.
Tajuddin mengambil pinjaman RM1.8 billion ketika 'dipaksa' mengambilalih MAS pada tahun 1994.
Kerajaan menjual satu unit saham MAS kepadanya pada harga RM8 sedangkan harganya ketika itu RM3.50.
Pada hujung tahun 2000 ramai yang bertanya bagaimana kerajaan boleh membeli balik MAS dari Tajuddin pada harga RM8 sesaham.
Jeritan meluas yang kedengaran ketika itu ia satu lagi bailout kroni kerana harga saham MAS ketika itu RM3.60.
Sekurang-kurangnya soalan bab yang kontrovesial itu sudah terjawab dengan sendirinya melalui dokumen saman Tajuddin.Beli pada RM8.........bayar balik RM8 sesaham.
Dari kaca mata umum bukan saja Tajuddin tetapi siapa saja akan melompat jika sudah dijamin beres tidak terjejas kerana tujuan 'khidmat negara' untuk menyelamat keadaan tiba-tiba kini berdepan tuntutan RM 589 juta dari Danaharta.
Tiada siapa yang berani mengambil risiko kewangan sebesar itu tanpa satu sandaran yang meyakinkan.
Tersepit begini...........Tajuddin membalasnya menerusi tuntutan saman RM13 billion kepada Danaharta dan kerajaan yang difailkan menerusi peguamnya pada 29 Jun lalu.
Masalahnya sekarang undang-undang adalah jelas menetapkan siapa pun tak boleh membahaskan secara terbuka sesuatu kes yang difailkan ke mahkamah.
Ini kerana ia melanggar peraturan yang dikenali sebagai subjudice.
Sebab itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata tiada Suruhanjaya Diraja siasatan akan dibentuk keatas perkara ini.
Dalam keadaan ini mungkinkah Dr Mahathir ataupun Daim dapat cerita versi mereka mengenai kes ini sesegera yang semua orang nak tahu.
Begitu juga versi kerajaan sekarang dan Danaharta.
Jawabnya mungkin kena tunggu sehinggalah ia dibicarakan di mahkamah yang juga mungkin mengambil masa yang lama lagi.
Banyak lagi rangkaian soalan orangramai kepada kes ini.Antaranya siapa punya angkara hingga menyebabkan Bank Negara kerugian berbillion ringgit tu dalam perniagaan tukaran wang asing? Siapa Menteri Kewangan waktu itu? Kenapa Dr Mahathir dan Daim terdorong menjadikan Tajuddin pak sanggup ? Kenapa kerajaan sekarang dan Danaharta tidak boleh bertolak ansur jika benar ia satu langkah ' khidmat negara' ?
Ada juga yang berkata ia satu langkah bijak Dr Mahathir untuk menyelamatkan keadaan jika tidak disebabkan segalanya dihancurkan oleh krisis kewangan 1997.
Ada pula yang melihat ia perbuatan yang melanggar semua norma ketelusan dalam pentabiran negara.
Juga soalan popular yang turut kedengaran.............apakah banyak lagi bom akan meletup selepas ini?
Jangan lupa ada juga yang bertanya apakah kes Tajuddin ini antara janji-janji yang didakwa oleh Dr Mahathir dimungkiri oleh Abdullah.
'Saya tahu…dia tahu'.........itu saja kata Dr Mahathir bila wartawan bertanya mengenai janji-janji yang masih menjadi misteri bagi semua orang.
Bagaimana pula dengan pihak-pihak yang mengandaikan ini semua bibit-bibit petanda bahawa isu Dr Mahathir - Pak Lah sebenarnya adalah jauh lebih dalam dan isu AP,MV Agusta,Proton,Tengku Mahaleel dan jambatan bengkok hanyalah sebagai 'starter' saja?
|
posted by jasindaily online @ 6:08 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|