DEMI MASA |
|
|
BANGSA DAN AGAMA UMNO |
Tuesday, July 11, 2006 |
Sementara kita menunggu jawapan Pak Lah yang sedang bercuti, mari kita bincangkan sedikit tentang UMNO. Sejak UMNO ditubuhkan, ramai rakyat yang musykil dan mempertikaikan perjuangan UMNO, namun demokrasi membenarkan penipuan undi untuk menyambung penjajahan Tanah Melayu melalui balaci mereka, Bangsa Melayu.
UMNO tidak akan menang jika undi telus dan suci. Kerana itu, maka pada pilihan raya pada tahun 1969, UMNO kalah pada tangan pembangkang, lantas menyedarkan mereka bahawa TIPU itu PERLU.
Apa yang penulis ingin bercerita kali ini adalah tentang "PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI" ungkapan pemimpin-pemimpin bergenerasi UMNO. Bermula dari zaman Mahathir dan membawa kepada Abdullah Badawi, istilah ini disebut hari-hari untuk mendapat simpati bangsa Melayu yang setiap hari ditipu. Tidak mustahil ungkapan yang sama diluahkan oleh UMNO walau 1000 tahun sekali pun kerana 'Malays WILL never learn'.
Rakyat terlalu percaya bila UMNO berjuang untuk bangsa dan agama. Setiap pertuturan disusun untuk menyatakan itulah perjuangan mereka. Dengan modal yang besar, dibantu oleh menteri yang berkaliber serta para intelek bijak pandai, Melayu masih di sini, dan Islam semakin Malap. Di mana silapnya dan apakah ini sebenarnya perjuangan yang UMNO laungkan?
PERJUANGAN BANGSA?
Penulis ingin kembali merujuk kepada isu bangsa. Sejak Merdeka sehingga kini, berapa ramaikah di antara kita yang kekurangan wang dan terpaksa menggadaikan tanah lantas kehilangan harta? Berapa ramai Melayu yang diusir dari rumah dan rumahnya dirobohkan, semata-mata untuk menjadikan Malaysia negara maju? Berapa ramai peniaga Melayu yang dibantu oleh kerajaan sehingga boleh digelar jutawan? Berapa ramai Melayu yang benar-benar hidup bergaya di bawah payung UMNO? Berapa peratuskah kejayaan individu Melayu yang bergelar jutawan semenjak UMNO memerintah?
Setiap tahun kita diberikan data bancian yang tidak tahu di mana datangnya. Satu soroton nombor yang disusun mengikut gerak hati pemimpin. Mahu menunjukkan bahawa Melayu itu maju di bawah kepimpinan UMNO. Benar atau TIPU?
PERJUANGAN AGAMA?
Kini kita beralih kepada persoalan seterusnya. Perjuangan agama UMNO. Apakah agama yang dimaksudkan oleh UMNO? Adakah ianya Islam Azali atau Islam Liberal Atau Islam Hadhari? Jika mengikut tindakan menteri dan kerajaan kini, ia lebih kepada kehancuran Islam itu sendiri. Ini berikutan pendedahan jumlah MELAYU MURTAD yang diberikan, atas tindakan kerajaan yang melewa-lewakan tindakan dan susulan. Tiada usaha untuk mencegah dari menjadi parah. Cuma jika diungkit, kerajaan marah.
Tindakan Menteri sendiri sering dipertikaikan, contohnya Nazri Aziz yang menyokong penuh IFC dan Islam Liberal. Kita bernasib baik kerana beliau adalah LELAKI dan jika PEREMPUAN sudah pasti beliau merupakan Presiden Sisters In Islam, di mana ketika ini pertubuhan tersebut dimonopoli oleh anak-anak pemimpin UMNO.
Adakah logik seorang yang berbicara tentang Islam Hadhari yang kononnya Islam yang seperti asalnya, tidak menegah anak mereka dari menganggotai persatuan yang membenarkan wanita menjadi IMAM. Mungkin mereka sendiri bersetuju untuk diimamkan oleh anak gadis mereka? Allahualam.
APA KOMEN MENTERI?
Tindakan para menteri dan pemimpin Melayu Islam Malaysia dalam mempermainkan hukum Islam, hanya dibantah oleh barisan pembangkang dan rakyat. Perkara ini perlu disedari oleh rakyat dan perbuatan mereka tidak pernah ditentang di antara pemimpin UMNO yang ada sekarang. Mereka hanya mendiamkan diri bagaikan bersetuju, meredhai sistem Islam diubah suai mengikut citarasa kepimpinan.
Malah mereka tidak langsung memberikan komen atau bantah atas setiap perilaku di antara mereka yang jelas ingin mengubah Islam itu kepada Islam yang lebih moden. Moden yang bererti, halalkan rasuah, halalkan arak serta halalkan judi. Jika tidak kerana pembangkang, rakyat dan mufti yang prihatin membantah perancangan kerajaan, mungkin semua perkara mungkar sudah berada di Malaysia. Tidak mustahil jika kita bisa melihat orang Melayu mabuk di tepi jalan, rasuah terang-terangan dan pasangan bersetubuh di ruang legar pusat beli belah untuk tatapan. Kerana Malaysia mahu lebih maju dari Amerika.
Kini ada pula menteri yang tunjuk bijak mahu benarkan pusat hiburan dibuka sehingga 5 pagi dan seperti kebiasaan, menteri lain buat bodoh. Malah TPM juga bertindak tidak menolak dan memberi alasan, ianya PERLU DITELITI. Satu jawapan yang pernah Abdullah Ahmad Badwi berikan ketika isu penubuhan IFC. Dibiarkan bergantung dan mungkin dilaksanakan apabila semua umat Islam di Malaysia berjaya DILIBERALKAN.
PERJUANGAN UMNO SEBENARNYA?
Perjuangan yang belum selesai. Apakah maksud sebenar ungkapan ini? Mungkinkah ungkapan ini dibuat kerana masih ada Islam dan Melayu yang membantah setiap usaha kerajaan untuk membunuh Melayu dan meliberalkan Islam?
Perjuangan untuk bangsa, jika mahu di usaha dan dijayakan mungkin sudah berlaku 10 tahun yang lalu kerana bukan sedikit jumlah pelaburannya dan jika mahu Islam dijuangkan, mungkin ketika ini sudah tiada lagi PUB, DISKO, RUMAH URUT dan KEDAI JUDI. Hidup berbilang kaum bukan alasan untuk tidak membenteras semua ini kerana perkara-perkara yang dilarang Islam juga adalah larangan agama lain. Soalnya di sini, mahu atau tidak atau apa sebenarnya muslihat yang UMNO sedang perjuangkan?
KREDIBILITI KEPIMPINAN KERAJAAN
Kita tidak perlu mengukur bijaknya barisan menteri-menteri kerana tonggak merupakan seorang individu yang seharusnya mampu untuk memacu kejayaan setiap orang bawahannya. Tidak layak, diusir. Jika menteri ternyata tidak bagus, maka seharusnya mereka semua sudah ditendang keluar. Tapi apa yang kita lihat ketika ini, Menteri yang mentaliti mereka masih kelas ke10, masih lagi dikekalkan. Apakah agenda sebenar kerajaan?
Mahathir bukan calang-calang orangnya. Selain ditakuti oleh menteri yang ada, beliau juga mampu bertindak menjayakan sesuatu perancangan dan perjuangan. Ilmunya tidak rendah dan kini Pak Lah yang menggantikan beliau kini diberitakan bijak dalam soal agama. Agama apa? Katanya agama Islam. Modal untuk berjuang sudah banyak di dalam simpanan? Menteri bersedia kerana menteri itu lalang yang tumbuh melata bersedia untuk ditiup angin. Maka mahu apa lagi? Rakyat tunggu dan menurut arahan. Apa lagi alasan?
RAHSIA PERJUANGAN UMNO
Bila merujuk kepada semua alat dan jentera ke arah perjuangan bangsa dan agama, semuanya sudah tersedia. Tetapi semakin hari kita melihat ada yang tidak kena. Hukum agama dilanggar, Mufti nasihat tidak didengar. Ulama yang dilantik seperti makan gaji buta. Maksiat, rasuah, judi, murtad seperti dibiarkan bergolek gelantang di depan mata. Mungkin dalam hati mereka berkata, "PERGI MAMPUS LAH, BUKAN ANAK AKU." Yang penting gaji diberi boleh untuk terus hidup dan terus boleh memberi harta untuk peninggalan anak, isteri dan janda.
Keadaan seperti sudah tiba penghujungnya. Kebodohan menteri-menteri terbuka dengan sendiri. Masing-masing membuka pekung yang sekian lama tersembunyi. Sopak bernanah dan lendir keputihan sudah mengalir keluar tanpa boleh dielak. Kalau bisul, merahnya sudah seperti saga. Tunggu masa untuk meletup dan mengalirkan lahar yang busuk dan meloyakan.
Memberi isyarat kepada rakyat, PERJUANGAN UMNO, memang TULEN. Untuk bangsa dan agama. Cuma bangsanya bukanlah Melayu dan agamanya bukanlah ISLAM. |
posted by jasindaily online @ 6:04 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|