Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
ANANDA KRISHNAN PENDAMAI ABDULLAH-MAHATHIR ???
Thursday, July 13, 2006
Tokoh perniagaan ke-2 terkaya di Asia Tenggara, yang memiliki aset bernilai kira-kira RM16.88 bilion (2004), dikatakan adalah pendamai yang 'dihormati' oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ‘disayangi’ Tun Dr Mahathir.

Dengan sikapnya yang low profile, anak kelahiran Brickfields, Kuala Lumpur ini, dikatakan mampu menjernihkan hubungan kedua-dua pemimpin terbabit, ekoran hubungan rapat beliau dengan kedua-dua mereka.

Malaysia Today dimaklumkan tokoh konglomerat Tan Seri Ananda Krishnan akan menggalas misi tersebut.

Bapa tiga anak yang dilahirkan pada tahun 1938 ini, pernah tersenarai pada 'ranking' ke-147 terkaya di dunia oleh majalah perniagaan antarabangsa-Forbes.

Lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Harvard (1964) memiliki empayar perniagaan yang merangkumi bidang telekomunikasi, tenaga, hartanah, perfileman, minyak, perkapalan, pelaburan dan perjudian.

Tatparanandam Ananda Krishnan adalah pemilik syarikat telekomunikasi Maxis dan Astro serta industri satelit negara, MEASAT.

Limpahan kekayaannya juga dikumpul melalui syarikat Tanjong Public Ltd, yang beroperasi dalam pelbagai industri, termasuk perjudian lumba kuda melalui anak syarikatnya Pan Malaysian Pool Sdn Bhd.

Sebahagian hasil tangan beliau ialah membina Menara Berkembar Petronas iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia, yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara.

Dikatakan hubungan beliau dengan Abdullah dan Mahathir begitu intim.

Menurut sumber, beliau ikut bersama Dr Mahathir bercuti di Greek, di dalam kapal mewah milik tokoh konglomerat itu.

Abdullah yang sedang bercuti di Australia juga dikatakan pernah menghabiskan cutinya di luar negara bersama Ananda.

Sebagai tokoh yang berpengaruh serta berjasa kepada kedua-dua pemimpin terbabit, tidak hairanlah sekiranya beliau 'pilihan terbaik' Zainudin Maidin (Zam) yang berusaha menjernihkan semula hubungan Abdullah-Mahathir.

Tambahan pula, menurut penulis Ahmad Lutfi Othman, Zam dan seorang lagi bekas orang kuat Dr Mahathir, Abdul Aziz Shamsudin, yang mula menimbulkan 'isu pihak ketiga', tidak senang sekiranya Anwar Ibrahim menjadi faktor penting dalam krisis terbaru Umno ini.

Sejak berzaman, katanya, sebelum Anwar menyertai Umno 1982, mereka berdua adalah musuh ketat Anwar.

Menurut Lutfi, tidak berbangkit soal sama ada Anwar mengintai peluang atau tidak, yang penting namanya sudah dikaitkan dengan 'pemain gantian' yang akan dibawa masuk sekiranya timbalan Abdullah, Najib Razak 'cedera'.

Lebih-lebih lagi, kata Lutfi, gosip bertiup kencang mengatakan Anwar ada hubungan baik dengan Khairy Jamaluddin, seteru No. 1 Dr Mahathir kerana beliau didakwa lebih berkuasa daripada Perdana Menteri.

Dan Dr Mahathir pula mahu Abdullah menyingkirkan Khairy, sebagai syarat memulakan proses damai seperti didedahkan Tian Chua kepada Malaysia Today.

Soalnya, mampukah Ananda menarik rambut dalam tepung - rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
posted by jasindaily online @ 4:24 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com