Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
AZIZAH ALU-ALU AUKU DIKAJI SEMULA
Thursday, July 13, 2006
KUALA LUMPUR: 12 Julai, Presiden Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, mengalu-alukan usaha Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Menurut Azizah, ia merupakan tindakan yang sudah begitu lama ditangguhkan. Kajian semula tersebut memang wajar bagi difahami mengapa akta tersebut diadakan sama sekali.

AUKU telah diperkenalkan dalam tahun 1971 dan dipinda dalam tahun 1975. Sejak itu, ia telah menjadi alat bagi mengekang kebebasan akademik dan melenyapkan gerakan kebangkitan pelajar.

Keadaan penindasan yang wujud disebabkan oleh AUKU telah menjadi penghalang kepada kreativiti dan kesedaran politik Malaysia kalangan pelajar. Pada ketika ini, pelajar dan para akademik tidak mempunyai kebebasan untuk berpersatuan, berkumpul dan menyatakkan pandangan mereka.

Kerajaan patut bersikap terbuka dan boleh menerima pandangan dari berbagai pihak dalam masyarakat, terutama daripada kumpulan pelajar dan ahli akademik.

Mengamalkan proses musyawarah, Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil akademik, kumpulan pelajar, badan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja dengan tujuan mendapat maklum balas mengenai perkara berkaitan. Seramai 40 orang wakil dari berbagai kumpulan telah hadir. Perbincangan seperti itu akan diadakan lagi oleh keADILan, bagi membolehkan lebih ramai kumpulan dan individu-individu untuk terlibat dan memberi pandangan terhadap isu berkaitan.

Daripada perbincangan yang telah diadakan, adalah dipersetujui bahawa sudah tiba masa untuk memansuhkan AUKU kerana ia bercanggah dengan rukun asas mana-mana sistem politik yang demokratik.

Para peserta juga menegaskan bahawa AUKU bukan saja terkesan ke atas badan pelajar dan akademia; ia juga melampaui kampus dan dewan-dewan kuliah. Bukan saja parti-parti politik yang tidak mendapat penglibatan para pelajar dan intelek, malah pertubuhan sosial - sama ada golongan muda, wanita, alam sekitar atau pertubuhan kebajikan - dihalang dari mengambil mereka yang muda dari kalangan pelajar dan juga ahli akademik. Mereka telah dihalang untuk terlibat dalam gerakan sosial bagi perubahan.

Maklumbalas yang diterima, bahawa pindaan kecil atau dengan mengubah Akta tanpa menangani perkara pokok mengenai isu kebebasan pelajar dan akademik, akan hanya menjadi usaha yang sia-sia.

Perbincangan tersebut telah merumuskan bahawa jika terdapat apa-apa pindaan ia perlu memenuhi tiga prinsip utama, kebebasan institusi pelajaran, kebebasan akademia dan autonomi aktivisme pelajar

Azizah berharap, kerajaan akan benar-benar komited untuk merubah undang-undang mengikut prinsip-prinsip hak asasi manusia, hak kepada ilmu pengetahuan, kebebasan dan autonomi kepada institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, keADILan akan bertemu Menteri Pengajian Tinggi bagi menyampaikan dan menegaskan lagi perkara tersebut.

Selama berdekad, AUKU telah membantutkan kreativiti dan intelektual para pelajar dan juga ahli akademik. Akta tersebut sudah tidak sesuai lagi dalam dunia yang menekankan hak asasi manusia.

Azizah menggesa agar universiti-universiti dibebaskan dan kembalikan autonomi kepada pelajar-pelajar dan ahli akademik. Beliau yakin ia mampu membawa institusi akademik negara ini ke arah kecemerlangan.
posted by jasindaily online @ 4:23 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com