Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
LAGI SOALAN BAGI SAMY
Wednesday, July 12, 2006
KUALA LUMPUR: 6 Julai, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, berkata Menteri Kerja Raya, Samy Vellu masih perlu menjawab soalan berkaitan percanggahan kepentingan berhubung pembinaan Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

Azizah telah menyatakan demikian selepas menerima memorandum daripada penduduk Kampung Puah Seberang, di mana rumah-rumah mereka telah dipaksa roboh oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kuala Lumpur City Council (DBKL).

"Pemilik tanah tradisi Tanah Rezab Melayu di Kuala Lumpur telah terus-menerus dipinggirkan di mana tanah mereka telah diambil tanpa melalui proses yang wajar dan tanpa perbincangan.

"Pokok kepada masalah tersebut ialah kerana konsesi DUKE telah dianugerahkan dengan cara yang paling tidak telus."

Azizah juga menyatakan rasa tidak puashatinya dengan jawapan lisan yang telah diberikan oleh Menteri Kerja Raya, di Parlimen pada 26 Jun lalu, mengenai projek DUKE yang bernilai RM1.17 bilion diberikan kepada Kesturi, yang ada kaitan dengan Harris Tun Hussein Onn.

"Amat jelas terdapat percanggahan kepentingan dalam kes ini terutama ia merupakan konsesi 34 tahun.

"Kementerian tersebut sehingga ke hari ini belum menetapkan lagi kadar tol dan dia (Samy) tidak menyatakan berapa banyak keuntungan Kesturi akan dapat daripada projek tersebut."

Azizah menggesa kerajaan bersikap terbuka dan telus kerana ia akan menjadi tambahan beban kewangan kepada orang ramai.

Beliau memberitahu 30 orang wakil penduduk kampung yang hadir di Parlimen bahawa beliau akan membangkitkan isu tersebut kepada Kementerian Kerja Raya di Parlimen.
posted by jasindaily online @ 2:30 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com