Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
HUBUNGAN MUBARAK - ANNUAR MUSA DINGIN?
Wednesday, July 12, 2006
Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Cawangan Kelantan, suatu nama baru yang tiba-tiba timbul selepas konflik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diperkata ramai.

Mubarak mulai mendapat perhatian apabila ia dikaitkan dengan majlis dialog bersama bekas Perdana Menteri itu, yang dijangka diadakan di sini pada 27 Julai ini.

Bagaimanapun semalam, Naib Pengerusi Mubarak Kelantan, Dato' Mohd Rozali Isohak mengeluarkan kenyataan media, Mubarak tidak akan menganjurkan sebarang majlis seumpama itu.

Kenyataan terbabit juga menyebut Jawatankuasa Tertinggi Mubarak Malaysia dalam mesyuarat pada 28 Jun lalu telah memutuskan Mubarak peringkat negeri tidak dibenarkan menganjurkan apa-apa majlis bagi memberi platform kepada Dr Mahathir.

Siapa sebenarnya ahli Mubarak. Difahamkan mereka terdiri daripada bekas-bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan tidak terbabit dengan wakil rakyat parti lain termasuk PAS.

Malah alamat Mubarak Cawangan Kelantan adalah di Badan Perhubungan Umno Kelantan, Jalan Tengku Chik, Kota Bharu.

Bekas anggota Parlimen Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood berkata, beliau hanya tahu kewujudan Mubarak selepas badan bukan kerajaan itu mengadakan mesyuarat yang dirasmikan anggota Parlimen Bachok, Dato' Dr Awang Adek Hussin baru-baru ini.

"Berita mengenai Mubarak tersebar lagi apabila ia dikaitkan dengan kedatangan Dr Mahathir ke Kelantan pada 27 Julai ini," katanya di sini.

Bagaimana beliau menyifatkan Mubarak seumpama 'pacat selepas hujan' apabila muncul setelah isu pertelingkahan di antara Dr Mahathir dan Abdullah diperkatakan hangat sekarang.

Lagi pun kata beliau, Mubarak tidak diketahui secara jelas status dan siapa ahlinya, biar pun disebut dianggotai bekas-bekas wakil rakyat Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan hubungan Mubarak dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa dikatakan agak dingin memandangkan sebelum ini pemimpin itu difaham tidak dapat menghalang cadangan Mubarak membawa Dr Mahathir ke Kelantan.

Malah, mesyuarat Mubarak Cawangan Kelantan yang diadakan sebelum ini dirasmikan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Dr Awang Adek dan bukannya Annuar.

Pada mesyuarat berkenaan Timbalan Menteri Kewangan itu dilaporkan meminta kerajaan negeri menaikkan elaun kepada ahli-ahli Mubarak selaras dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.

"Ini secara tidak langsung Mubarak seperti hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Annuar yang dilihat lebih agresif secara tidak bertempat berbanding Awang Adek," kata seorang pemimpin Umno peringkat cawangan.
posted by jasindaily online @ 2:33 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com