Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KANAK-KANAK MATI DILANGGAR PEMANDU MABUK!!
Wednesday, July 12, 2006
BERITA TIDAK RASMI

Seorang kanak-kanak darjah 3 di sebuah sekolah di Kelang telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh seorang pemandu yang di dalam keadaan MABUK. Mangsa itu dikatakan membonceng motor bersama ayahnya kira-kira jam 10 malam berdekatan dengan rumah sebelum perlanggaran berlaku.

Kanak-kanak tersebut TERBURAI ISI PERUTnya, mungkin akibat kesan perlanggaran yang itu. Penduduk berdekatan di kawasan tersebut telah keluar dan memukul pemandu tersebut menyebabkan pemandu itu cedera. Sementara bapa kanak-kanak itu telah patah tangannya akibat kemalangan tersebut.

Berita kematian kanak-kanak tersebut diberitahu kepada semua pelajar dan guru-guru sekolah mangsa, ketika perhimpunan awal pagi.

TERIMA KASIH KEPADA tengku ADENAN

Mungkin inilah impian tengku Adenan Tengku Mansur, Menteri Pelancongan Malaysia di dalam usahanya untuk melanjutkan masa operasi pusat hiburan di Malaysia sehingga awal pagi. Lantas menambahkan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia dan di dalam masa yang sama, menambahkan jumlah pemandu mabuk tempatan. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana, di dalam galakan Menteri itu untuk terus mabuk, penguatkuasa undang-undang juga seperti tidak mampu untuk mengambil tindakan kepada pemandu mabuk yang berada di jalan raya. Maka di antara mereka pastinya terlibat di dalam kemalangan yang mungkin menyebabkan kematian.

Bak kata orang, "SUDAH NGANTUK, DISORONGKAN BANTAL"

Tapi pada Menteri, berlainan pula. "SUDAH MABUK DISURUH MEMANDU". Mereka-mereka yang kaki mabuk tentunya berterima kasih kepada Menteri yang mengaku Islam ini dalam memperjuangkan 'hak-hak asasi manusia mabuk' di MALAYA. Moga-moga ketika sambutan Keputeraan mana-mana Sultan nanti, akan diberikan lagi pingat-pingat untuk menunjukkan rasa terima kasih rakyat atas sokongan Tengku Adenan ini di dalam menyumbang idea dan kerjasama ke arah hidup sempurna dan kemajuan. Usaha pemimpin Islam yang tiada tolok bandingnya.

DI MANA HARGA DIRI PEMIMPIN ISLAM?

Sesungguhnya apabila penulis mendengar akan berita ini, darah penulis tersirap dan jika penulis ada ketika perlanggaran itu, mungkin siPemandu Mabuk itu akan lebih parah kecederaannya dan mungkin juga turut maut.

Penulis menyeru agar pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam supaya bangun membantah hasrat dan permohonan seorang menteri Islam ini. Walaupun permohonan ini ternyata salah, sungguh mendukacitakan apabila TPM hanya berkata ia perlu dipertimbangkan dan tidak ditolak terus. Mungkin kita bertanya, adakah pemimpin kita Islam, atau hanya Islam pada nama?

Sikap kerajaan tidak pernah berubah. Jika tidak terhantuk, mereka tidak akan terngadah. Jika tiada keluarga mereka yang terlibat atau maut, mungkin mereka tidak sedar betapa tindakan mereka menyusahkan rakyat. Sedikit rasa sensitif pun mungkin sudah tiada di hati mereka. Besar sangatkah komisen kelab hiburan, sehinggakan seorang menteri sanggup menggunakan kuasa untuk membantu peniaga pusat hiburan yang ternyata, salah di sisi Islam, menambah masa operasi semata-mata untuk memperolehi untung yang lebih dari biasa?

PESAN PENULIS

Bila lagikah rakyat Malaysia akan sedar akan BODOHnya tingkah laku Menteri dan Kerajaan Malaysia. Celikkan mata dan bukalah minda, jangan terlalu berharap kemajuan sehingga agama dilalai, bangsa terjual, maruah di gadai. Jika pun UMNO itu bersatu, adakah perlu mengetepikan soal HALAL dan HARAM. Sehingga Islam itu dikatakan sebagai agama yang semberono. Tidak beretika dan tidak perlu dianuti kerana mengejar kemajuan ala barat yang satu ketika dahulu dihina dan benci oleh rakyat Tanah Melayu@Malaysia.

UCAPAN TAKZIAH

Ketika ini mungkin keluarga mangsa masih meratapi pemergian kanak-kanak itu. Sebagai tanda simpati kepada keluarga mangsa dan ayahnya yang masih dirawat, sedekahkanlah kepada arwah, ALFATIHAH. InsyaAllah arwah kanak-kanak itu tergolong ke dalam golongan orang-orang yang disayangi dan dicintai Allah. Sementara itu, sekiranya keluarga mangsa ada membaca akan artikel ini, diharap mereka semua bersabar atas ketentuan Allah. Jangan menolak sekiranya ia adalah Qada dan Qadar yang telah ditentukan, namun kita perlu ingat bahawa segala yang buruk itu, datangnya dari kita dan segala baik itu datangnya dari Allah s.w.t.

Tinggal kita yang kerap tidak sedar bahawa perkara ini ada sangkut paut dengan KEBODOHAN kepimpinan yang ada sekarang. Alangkah bagusnya sekiranya yang terlibat itu adalah dari suku sakat pemimpin yang melacurkan Islam di mata masyarakat.

NASIHAT UNTUK tengku ADENAN

Dengan kesempatan ini juga kita berdoa dan berharap agar tengku Adenan Tengku Mansur, Menteri Pelancongan Malaysia terima Hidayah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, dan jika masih tidak mahu berubah, maka kembalikan beliau ke Rahmatullah, semoga rakyat semua terselamat dari segala bentuk DAJJAL yang merosakkan Islam dan umatnya. InsyaAllah.
posted by jasindaily online @ 2:36 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com