Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
HAKIM MEMPERLEKEH AMALAN MEMAKAI SERBAN
Friday, July 14, 2006
Ramai pihak merasa amat kesal dengan kenyataan Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamed di dalam penghakiman bertulisnya yang menyatakan bahawa daripada pandangan Islam, amalan memakai serban bukannya satu perkara besar, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak bawah umur.

Isu pemakaian serban ini dilihat isu yang berkaitan agama dan kenyataan Abdul Hamid sudah pasti ditafsir sebagai menghina agama.

Walaupun pemakaian serban bukan suatu yang diwajibkan tetapi ia mempunyai kelebihan dari sudut agama Islam.

Hakim tersebut bercakap seolah-olah beliau sebagai orang yang kononnya pakar dalam ajaran Islam tanpa mengambilkira bahawa di dalam kes tersebut terdapat keterangan pakar agama yang telah memberikan keterangan berhubung kemuliaan pemakaian serban menurut ajaran Islam.

Hakim tersebut dilaporkan telah berkata:

"Daripada apa yang saya dapat pastikan, al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban. Saya tahu bahawa Rasulullah memakai serban. Tetapi baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.

"Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman baginda?" kata Abdul Hamid dalam penghakimannya yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kamaruddin Kamsun.


"Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam. Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut. Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu, berbuat demikian," kata Abdul Hamid.

Para ulama' perlu meneliti sepenuhnya kenyataan Hakim tersebut dan jika terbukti ianya menghina ajaran Islam tindakan yang sewajarnya perlu diambil ke atas Hakim tersebut demi menjaga kesucian ajaran Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub akan mengarahkan seluruh Dewan Pemuda PAS negeri-negeri untuk membuat laporan polis di atas kenyataan Hakim tersebut dan DPP juga tidak menolak kemungkinan untuk membawa perkara ini ke Majlis Raja-Raja agar tindakan yang sewajarnya diambil berhubung isu ini.
posted by jasindaily online @ 5:13 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com