Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
AKTIVITI PERDAGANGAN MATAWANG BANK NEGARA DIGERUNI
Saturday, July 15, 2006
Kerugian besar Bank Negara dalam tukaran asing tidak selesai walaupun sudah berbelas tahun lamanya. Siapa yang perlu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan terhadap kerugian paling besar dalam sejarah negara.

Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Muhamad dengan lantang menyalahkan krisis yang melanda negara disebabkan penyangak matawang George Soros.

Rakyat pada ketika itu tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya, mempercayai dakwaan Tun Mahathir pada ketika itu.

Namun, sejarah keterlibatan Bank Negara dalam perdagangan matawang mungkin tidak diketahui oleh rakyat tetapi sudah diketahui di pentas antarabangsa.

Kegiatan perdagangan matawang oleh Bank Negara (BN) sudah diketahui di peringkat antarabangsa dalam kewangan tinggi. Perkara ini telah ditulis dalam sebuah buku "The Vandal’s Crown" oleh Gregory J. Millman, 1995 mengenai kewangan tinggi antarabangsa.

Menurut Millman, Bank Negara merupakan pedagang matawang yang paling digeruni - menggunakan segala sumber yang ada bagi sebuah bank pusat – akses kepada maklumat, kredit tiada had, kuasa kawalan dan lain-lain.

"Dengan urusan perdagangan bank untuk keuntungan, Bank Negara telah melanggar prinsip perbankan pusat. Sepatutnya ia berusaha memastikan kestabilan kewangan global, tetapi BN berkali-kali melambakkan jumlah wang yang besar ke dalam situasi pasaran yang paling lemah bagi mengubah kadar pertukaran untuk mengaut keuntungan.

"Walaupun Bank Negara tidak bercakap mengenai aktiviti-aktiviti perdagangannya yang kontroversi, namun ia kian jelas kepada pedagang tukaran asing bahawa penglibatan Bank Negara dalam pasaran forex melampaui batas menjaga kepentingan.

Pada pemerhatian Millman, manipulasi pasaran oleh Bank Negara begitu berani sehingga salah seorang pegawai bank pusat Amerika berkata, 'If they tried this on any organized exchange in the world, they’d go to jail.'

"Walau bagaimanapun, dalam pasaran matawang antarabangsa yang tidak dikawal, tiada polis dan pegawai penjara. Peraturan yang ada hanya keadilan oleh penyangak-penyangak, dan peraturan itu akhirnya menjatuhkan Bank Negara.

"Dalam tahun 1992, Bank Negara telah mengambil jumlah pound sterling yang besar, mungkin menyangka Britain mengekalkan amalan yang diperlukan oleh European Exchange Rate Mechanism. Ia merupakan telahan ekonomi dan politik yang meleset.

“Bank Negara kerugian kira-kira $3.6 bilion apabila Britain keluar daripada ERM, membiarkan sterling jatuh. Tahun selepas itu, Bank Negara kerugian lagi $2.2 bilion. Sehingga 1994, Bank Negara secara teknikalnya sudah muflis dan terpaksa dibantu oleh kemasukan wang baru daripada kementerian kewangan Malaysia.
posted by jasindaily online @ 5:42 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com