Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
JANGAN MASUKAN PASIR DALAM HIDUP SAYA......
Friday, July 14, 2006
Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar menjawab desas desus yang hangat berlegar kebelakangan ini mengatakan beliau mempunyai kepentingan dalam sebuah syarikat yang menjual pasir kepada Singapura.

Beliau ditanya mengenai hal itu dalam sidang akhbar selepas menerima sumbangan bernilai RM1.7 juta daripada Kementerian Penerangan bagi membantu mangsa gempa bumi di Yogyakarta, Indonesia,di Putrajaya Khamis.

Syarikat yang dikatakan dikendalikan oleh seorang anggota keluarganya itu akan 'makan besar' jika tiada halangan dalam menjual pasir kepada Singapura.

Syed Hamid ialah ketua perunding Malaysia dalam berbagai isu tertunggak dengan Singapura termasuk pembinaan jambatan bengkok yang dibatalkan.

Malah desas desus itu mengaitkan pembatalan projek jambatan bengkok itu secara mendadak kerana syarikat itu hilang kepentingan bila timbulnya bantahan terhadap tawar menawar penjualan pasir dan pembukaan ruangan udara Johor kepada republik itu.

Menteri Luar itu menegaskan beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat sama ada ia melibatkan perniagaan pasir atau perkara lain.

Katanya berkata beliau suka mempunyai wang yang banyak tetapi mahu ia datang dari sumber yang bersih agar dapat hidup tenang.

"Saya tidak hidup dengan pasir dan saya harap orang tidak masukkan pasir dalam hidup saya,'' katanya.

Beliau menambah ‘‘Saya suka mempunyai wang yang banyak tetapi saya akan pastikan wang berkenaan adalah sah dan tidak melibatkan perkara buruk atau bertentangan dengan undang-undang atau rasuah, jadi kita boleh hidup tenang.”

Syed Hamid meminta para wartawan tidak turut terpengaruh dengan khabar angin mengenai hal itu yang disebarkan menerusi internet.

"Ia dalam internet,semua benda boleh masuk dalam inernet,"ujarnya.

Beliau sebaliknya meminta mereka berpandukan kepada maklumat yang ada pada media arus perdana.

Disamping itu Syed Hamid juga memberitahu pihaknya akan memanggil sidang akhbar untuk memberi penjelasan lanjut mengenai pembatalan projek jambatan bengkok bila tiba masanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya sama ada Kabinet yang bersidang Rabu ada membincangkan mengenai mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen berkaitan rundingan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek berkenaan.

Katanya kerajaan berhasrat untuk menerangkan fakta sebenar mengenai hal itu dan terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya .- 13/72006
posted by jasindaily online @ 5:16 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com