Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KUMPULAN ARTIKEL 11 CUBA CABAR UMAT ISLAM JOHOR
Saturday, July 15, 2006
Kumpulan Artikel 11 sedang mengatur program di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Johor Bahru pada 22 Julai 2006 yang akan datang. Walaupun sudang mendapat tentangan daripada umat Islam ketika mengadakan forum di Pulau Pinang, kumpulan tersebut masih meneruskan roadshow mereka. Tindakan kumpulan tersebut dilihat sebagai tidak langsung menghiraukan sensitiviti majoriti umat Islam di negara ini.

Kumpulan Artikel 11 yang mengandungi 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam Malaysia, telah bergerak ke merata negeri mengadakan program bagi mendapat sokongan, meminda Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Forum Artikel 11 dibantah kerana agenda mereka didakwa mahu meminggirkan Mahkamah Syariah. Dengan menggunakan alasan hak asasi manusia mereka memburuk-burukkan hukum Islam dan Mahkamah Syariah. Mereka mempunyai hasrat tersirat untuk meletakkan undang-undang syariah di bawah undang-undang sivil.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) Khairul Faizi b. Ahmad Kamil
menegaskan bahawa sebarang usaha untuk mengadakan program yang bertujuan menghina Islam dan menghina undang-undang syariah secara langsung atau tidak langsung, perlu dihentikan khususnya di negeri Johor kerana ia bakal mengundang perbalahan dan pertikaian sehingga memungkinkan perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi.

Menurut Khairul Faizi, Jabatan Agama Johor serta Dato’ Nooh Bin Gadut selaku Mufti Negeri Johor perlu menyatakan pendirian mereka dan seterusnya menghalang kumpulan Artikel 11 daripada meneruskan agenda mereka.

Beliau juga meminta pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Negeri Johor mengambil tindakan sewajarnya terhadap program ini. Terbukti ketika program ini diadakan di Pulau Pinang, tiada permit dikeluarkan oleh PDRM.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebelum ini telah menjelaskan mereka tidak menentang hak kumpulan atau orang bukan Islam membincangkan perkara berkaitan Islam tetapi mahu semua perbincangan dibuat secara baik dan dengan rasa saling hormat-menghormati antara agama.

Menurut mereka, perbincangan secara terbuka dan bersifat provokatif mengenai isu-isu sensitif seperti murtad dan bidangkuasa Mahkamah Syariah, perlu dihentikan bagi menjamin keharmornian masyarakat pelbagai agama dan kaum negara ini.

Forum terbuka yang telah dianjurkan sebelum ini, dihadiri oleh ahli panel yang kurang mahir tentang undang-undang Islam serta 'bias' ternyata tidak menyelesaikan masalah dan isu yang dibangkitkan.

Khairul Faizi menyatakan kebimbangannya, sekiranya usaha secara diplomasi gagal untuk dicapai, umat Islam yang selama ini sangat bertolak ansur akan hilang pertimbangan sehingga menimbulkan perkara yang tidak diingini.
posted by jasindaily online @ 5:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com