DEMI MASA |
|
|
KUASA ASING - AIRASIA SASARAN TERBARU? |
Monday, July 17, 2006 |
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah selamat kembali selepas bercuti rehat selama 15 hari di Perth, Australia. Beliau disambut penuh gilang gemilang bagaikan seorang 'pahlawan terbilang' oleh pencacai-cacai politik UMNO di Lapangan terbang Subang pada hari Sabtu, 15.7.2006 lepas.
Sambutan bagai 'nak rak' Malaysia dibuatnya. Abdullah dijulang bagaikan wira baru balik berjuang menentang musuh membawa kemenangan untuk agama, bangsa dan negara. Tetapi hakikatnya, Abdullah membawa mala petaka kepada masa depan Negara ini. Beliau sebagai Pengerusi OIC tergamak memejamkan mata dan memekakkan telinga membiarkan umat Islam di Palestin dan Lubnan dizalimi oleh regim zionis Israel, tanpa membuat sebarang langkah untuk menghentikan serangan Israel ke atas ke dua-dua Negara tersebut.
Saya terkenang kembali peristiwa di kala Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada tahun 1982, 1993 dan 1998. Ketika itu, tercetus peristiwa krisis Perlembagaan (1982 dan 1993) yang mana Mahathir telah berkelahi dengan Raja-raja Melayu dan peristiwa penyingkiran Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan (1998). Barua-barua dan anjing-anjing [maaf terpaksa menggunakan perkataan biadap ini kerana sifat dan perangai mereka serupa binatang ini] inilah juga yang berjuang dan mempertahankan Mahathir menentang Raja-raja dan haiwan-haiwan politik inilah juga menyokong Mahathir membuang Anwar secara keji dan paling hina di kaca mata seorang Insan Muslim sejati. Mahathir menjelajah seluruh Negara bertemu rakyat [haiwan-haiwan di kalangan UMNO sahaja] memohon sokongan dan beliau disambut penuh gilang gemilang seperti mana yang Abdullah terima pada hari Sabtu lalu.
Ingat Abdullah, roda kehidupan sering bertukar. Sekejap di atas dan sekejap di bawah. Kini, Mahathir telah merasai apa yang dikatakan 'hidup ini umpama mimpi di siang hari', tidak berkekalan selama-lamanya.
Pemerintahan Abdullah nampaknya tidak mempedulikan nasib masa depan bangsa dan Negara. Anak-menantu dan kawan karibnya (3K) menguasai ekonomi dan politik Negara (dakwaan Mahathir). Anaknya, Kamaluddin melalui Scomi Group Berhad membolot kekayaan Negara dan menantunya, Khairy Jamaludin [bersama Kalimullah Hassan] melalui ECM Libra Berhad menjual/melelong harta rakyat khususnya kepada firma pelaburan yang berpusat di Singapura bernama Temasek Holdings. Banyak sudah harta rakyat Malaysia terlepas ke tangan Temasek Holdings ini.
Terbaru Utusan Malaysia, 7.7.2006, telah menyiarkan ulasan Presiden Transparency International of Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai penjualan asset strategik Negara kepada Singapura melalui Temasek Holdings.http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm Wahai rakyat Malaysia yang ada mata dan hati yang masih bercahaya, baca dan amatilah, apa akan terjadi kepada Negara ini pada suatu hari nanti. Di tangan kitalah, jatuh-bangunnya Negara ini. Kita tidak boleh harapkan barua dan anjing-anjing UMNO untuk memperjuangkan kedaulatan Negara ini untuk anak cucu kita di hari muka. Kita amat bimbang, Negara kita yang kita cintai ini akan menjadi Negara Palestin kedua. Kita akan dihambat, dikejar, dibunuh seperti binatang dan anak bini kita dirogol di depan mata kita. Perkara ini bukan mustahil terjadi ke atas kita semua. Dalam laporan tersebut agak memeranjatkan juga, walaupun hanya di muka surat 26, UM berani memberikan sedikit ruang terhadap keluh kesah anak bangsa mengenai penjualan kedaulatan oleh pihak tertentu kepada Malaysia. Paling memeranjatkan apabila UM berani memberikan liputan seterusnya pada ?9.7.2006 di muka surat dua, Najib Tun Razak, TPM menyuarakan kerisauannya terhadap fenomena ini. Ironinya secara kebetulan ulasan mengenai perkara tersebut, hanya bersebelahan dengan berita bergambar Abdullah sedang bersiar-siar di Perth Australia. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm
Kita semua sedia maklum bahawa sekarang Singapura sibuk mengambil alih aset-aset strategik negara mulai tahun 2004 selepas beberapa bulan berlakunya pertukaran kepimpinan negara dari Mahathir kepada Abdullah. Tahun 2004 menyaksikan Singapura melalui Temasek dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya berjaya mendapatkan: 1. 5 peratus saham Telekom Malaysia 2. 5 peratus saham Proton Holdings Berhad. 3. Membeli melebihi 30% saham Pantai Holding yang mempunyai kepentingan tidak langsung terhadap Avenue serta Pos holdings yang kedua-duanya merupakan syarikat berkaitan kerajaan. 4. Berjaya mencatat sejarah apabila berjaya menjadi satu satunya negara asing yang berjaya membeli sebuah bank tempatan, iaitu Alliance Bank melalui kepentingan terhadap Malaysian Plantation. 5. Mempunyai kepentingan strategik di dalam Westport, melalui kepentingan di dalam Hutchison Whampoa 6. Terbaru Temasek sedang menggasak AirAsia, yang mana Temasek sudah mempunyai kepentingan sebanyak 6%. Agak menjadi kemusykilan ini berlaku apabila hak MAS terhadap laluan domestik telah diberikan kepada AirAsia, secara tidak langsung, Singapura telah mempunyai kepentingan terhadap 99 laluan domestik di Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Pemimpin UMNO Zaman Pak Lah Dipetik dari:-
Menteri zaman Pak Lah sukar dijangka Apabila ditanya mereka melenting Apabila tersepit mereka melatah Lain yang disoal, lain yang dijawab
Menteri zaman Pak Lah Apabila bercakap tiada asas Apabila dikritik, sibuk menunjuk sokongan Apabila diasak mereka lupa adab dan budaya Apabila tersepit terkinja-kinja
Menteri zaman Pak Lah Dengan orang tua mereka tunjuk lagak Merekalah hero, merekalah pahlawan Mereka berkokok sahut menyahut Telur sebiji pun haram
Menteri zaman Pak Lah Tak ubah macam Pak Kaduk dan Lebai Malang Menang sorak kampung tergadai berperang dengan rakan bukan main sakan lupa negeri sudah terjual
Menteri zaman Pak Lah Berani menuding kepada pemimpin lama Tapi menikus bila melihat Kalimullah Gelaran Tun tiada erti buat mereka Gelaran menantu juga dipuja dan di takhta
Menteri zaman Pak Lah bercakap soal parti dan bangsa bercakap soal taat dan setia Kalimullah batu api tetap dijaga takut nanti NST tunjuk kuasa hilang imej, hilang suara sedang itu punca aura
Pemimpin UMNO Zaman Pak Lah Bila ada masalah pergi bercuti Bila mahu rombak kabinet pergi bercuti Bila mahu bercuti Down Under jadi pilihan Patutlah negara tidak bermaya
Pemimpin zaman Pak Lah bila ditanya jawabnya I Don’t Know bila diasak jawabnya I'm Not Involve Bila digasak jawabnya Enough!
Pemimpin zaman Pak Lah Bersara sahajalah Jangan malukan bangsa dan parti apatah lagi maruah negara
Akhir kata, marilah sama-sama kita berfikir. Golongan mana (Mahathir atau Abdullah) yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Gunakanlah aqal yang waras, bukan menggunakan kepala lutut seperti pemimpin dan ahli-ahli UMNO untuk berfikir. Negara Malaysia adalah Negara tumpah darah kita semua. Tidak ada Negara lain lagi untuk kita tumpang berteduh. Menjadi tanggungjawab setiap rakyat yang mengaku dirinya rakyat Malaysia mempertahankan maruah dan kedaulatan Negara dari tergadai ke Negara luar.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA" "PROTES SAMPAI TURUN"
|
posted by jasindaily online @ 9:41 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|