Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
JANGAN TERMAKAN KELENTONG MEREKA - ISRAEL YANG MULAKANNYA
Sunday, July 16, 2006
Sejak pertumpahan darah bermula di Lubnan, media perdana barat telah melaungkan propaganda Israel yang berkata mereka mempertahankan hak asasi dengan bersifat mempertahankan martabat bangsa. Mereka berkata "kedaulatan Israel telah dicerobohi'' apabila Hezbollah "menculik askar mereka di "kawasan sempadan"

Apa yang sengaja mereka tidak sebut ialah berita bahawasanya Hezbollah telah bertembung dengan tentera Israel yang menceroboh masuk bumi Lubnan.

Ia bermula pada 12 Julai, ketika askar Israel telah diserang hendap di kawasan Lubnan yang diceroboh oleh tentera Israel. Hezbollah yang beroperasi di kawasan Selatan Lubnan, telah menyerang hendap mereka. Dua orang askar Israel telah ditangkap, dan lapan orang asker telah dibunuh serta 20 orang lagi telah terkena cedera dalam 20 serangan di dalam kawasan Israel. (Asia Times.com)

Ehud Olmert melalak bahawa "Lubnan bertanggungjawab dengan nasib askar Israel yang hilang" yang telah ditangkap dekat Aita al-Shaab DLAM KAWASAN LUBNAN. Ini bererti askar-askar Israel telah menceroboh masuk kawasan Lubnan yang berdaulat. Ini adalah perkara yang biasa mereka lakukan. (Kurt Nimmo)

Malahan 'Israeli News' pernah membuat laporan akan perkara ini pada 12 Julai.

Hezbollah berkata pejuangnya telah memusnahkan sebuah kereta kebal Israel yang cuba menyeberang sempadan Lubnan. Askar Israel telah menceroboh masuk Selatan Lubnan pada hari Rabu mencari dua orang askar yang telah ditangkap pada hari itu oleh Hezbollah. (AP)

Israel Yang Mulakannya
(Israel STARTED IT)


"Kalau ada sesiapa yang mahu membunuh anda dan anda gunakan tipu helah untuk menyelamatkan nyawa sendiri, itu bukan dianggap tidak bermoral."

"If somebody wants to kill you and you use a deception to save your life, it's not immoral." mantan Perdana Menteri Israel Shimon Peres

- Saturday, 15 July 2006
posted by jasindaily online @ 6:02 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com