DEMI MASA |
|
|
JAMBATAN BENGKOK : KTITIKAN PAK DET TELAH TERJAWAB???? |
Sunday, July 16, 2006 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Akhbar arus perdana memberi fokus kepada Pak Lah sekembalinya beliau dari Australia. Maka serentak dengan itu, pendedahan dokumen-dokumen yang diklasifikasikan semula dicanangkan sebagai telah memberikan “jawapan” kepada kritikan Pak Det terhadap kerajaan pimpinan Pak Lah.
Apakah isu kritikan Pak Det mengenai jambatan bengkok ini, semuanya telah benar-benar terjawap? Sekurang-kurangnya itulah keyakinan yang disuarakan oleh Syed Hamid Albar, seolah-olah "jawapan" yang diberikan oleh kerajaan, amat bernas dan munasabah dalam menangkis kritikan Pak Det. Bagi saya ini tidak ternampak semacam jawapan yang tepat kepada persoalan, hanya sekadar pendedahan surat yang telah didedahkan beberapa isu kandungannya lebih awal oleh Pak Det. Kerajaan Pak Lah hanya menari mengikut rentak yang dikehendaki Pak Det iaitu mengklasifikasikan semula dokumen berkaitan, itu pun tidak mencukupi.
Merujuk kepada tulisan Sdr. Roslan SMS di dalam blognya, beliau turut mempertikaikan tujuan sebenar "jawapan" tersebut kerana ia lebih mirip kepada percubaan kerajaan UMNO / BN "menghalakan meriam" kepada pemimpin yang mereka puja-puja sebelum ini, yakni Pak Det.
Di dalam surat Pak Det bertarikh 4 Mac 2002, di para 5, Pak Det ada menyebut Malaysia MUNGKIN mempertimbangkan fasiliti yang sesuai mengenai penggunaan ruang udara. Pekara itu dinyatakan dalam pendekatan berpakej. Walau bagaimanapun, seperti yang diakui sendiri oleh Goh Chok Tong di dalam suratnya, Pak Det telah membatalkan hasrat berbincang melalui pendekatan berpakej sebaliknya menumpukan mengenai isu air sebagai keutamaan tertinggi. Di mana pula timbul, pasir dan ruang udara perlu dirundingkan sekiranya ingin membina jambatan bengkok?
Maka tidak pulak "jawapan" kerajaan tersebut menyangkal dakwaan Pak Det bahawa kerajaan Pak Lah yang bertindak menawarkan semula penjualan pasir dan kebenaran penggunaan ruang udara kepada RSAF. Apakah dengan pendedahan tersebut membuktikan Pak Det yang merundingkan soal ruang udara dan penjualan pasir dalam usahanya membina jambatan bengkok? Seperti yang ditegaskan oleh Pak Det, beliaulah yang bertindak membatalkan penjualan pasir dan kebenaran menggunakan ruang udara oleh RSF sebelum ini.
Ironisnya, Mingguan Meloya menyebut bahawa Pak Det mendakwa kononnya Singapura bersetuju dengan dengan cadangan Malaysia membina jambatan bengkok. Dalam erti kata lain, Pak Det berbohong bahawa Singapura bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk membina jambatan bengkok di wilayah kita sendiri. Akhbar yang sama turut mendedahkan bahawa melalui suratnya, Goh Chok Tong menyebut : "Bagaimanapun, jika tuan berhasrat untuk meneruskan menggantikan Tambak Johor di sebelah pihak tuan dengan jambatan, SAYA AKAN TERIMANYA walaupun saya fikir ini bukanlah sesuatu yang ideal". Apakah "SAYA AKAN TERIMANYA" membawa maksud “SAYA TIDAK BERSETUJU?".
Saya percaya pada waktu itu, Pak Det hanya memerlukan sedikit ayat sahaja bagi membayangkan bahawa Singapura bersetuju (sama ada rela atau terpaksa) dan bukan apa yang difikirkan oleh Singapura kerana Pak Det tidak peduli apa yang Singapura fikir dalam usaha Malaysia membina jambatan bengkok di dalam wilayahnya sendiri! Sebab itu Pak Det pernah berkata, "Saya tidak meminta kebenaran Singapura, cuma bagitau saja''.
Sekali lagi jawapan kerajaan Pak Lah kelihatan dangkal apabila menyebut bahawa isu ruang udara bukannya pekara baru dan ianya tidak dicetuskan oleh pentadbiran Pak Lah. Dalam masa yang sama, menuduh Pak Det yang memulakannya. Ok, betul! Kita faham! Tetapi..........yang Pak Det tanya, kenapa dalam rundingan kerajaan Pak Lah, isu penjualan pasir dan kebenaran mengguna ruang udara ini timbul semula semasa rundingan untuk membina jambatan lurus? Apabila tidak boleh dipersetujui kedua-dua pekara ini, kenapa jambatan bengkok pula yang dibatalkan? Sedangkan kedua-dua isu ini tidak termasuk di dalam usaha pembinaan jambatan bengkok.
Kalau pun betul kedua-dua isu ini termasuk di dalam usaha membina jambatan bengkok, maka dari "suspicious mind'' Pak Det, kerajaan Pak Lah yang menawarkan pasir dan ruang udara, malah ianya bukan dituntut oleh pemerintah Singapura. Mingguan Meloya hanya menyebut isu penjualan pasir dibangkitkan oleh Singapura dalam pertemuan Pak Lah dan Goh Chok Tong pada 1 Mac 2005. Kalau betul, di mana minit mesyuarat atau dokumen sokongan yang diklasifikasikan semula bagi menyokong "jawapan" kerajaan Pak Lah ini? Bukankah Pak Det ada menyebut, boleh diklasifikasikan surat, minit mesyuarat dan draf-draf perjanjian supaya "jawapan" kerajaan Pak Lah dapat dibuktikan tanpa keraguan munasabah?
Di sebalik menumpukan kepada jawapan yang tepat, Mingguan Meloya bertindak lebih jauh lagi dengan melaporkan :"........ini menunjukkan bahawa dalam sepucuk surat kepada Goh Chok Tong bertarikh 7 Oktober 2002, Dr. Mahathir SECARA BERSENDIRIAN menamatkan rundingan yang berdasarkan pakej.......". Tidakkah itu percubaan "menghalakan meriam" kepada Pak Det bagi menunjukkan kediktatoran Pak Det berbanding Pak Lah yang kononnya membuat keputusan secara kolektif atau mendapat "persetujuan" dari kabinet angguk-angguknya?
Andaikata "jawapan" seperti ini didalangi oleh pakar-pakar Tingkat 4 dari Oxford dan Cambridge, maka "confirmed" lah, mereka memang "bijak" dan "layak"! Seterusnya, sesekali tidak layak untuk Pak Det atau rakyat marhaen memanjangkan lagi isu ini.
Sama ada "jawapan" (kalau pun boleh dikatakan jawapan) yang diberikan oleh kerajaan Pak Lah itu, bernas, masuk akal, tepat menyangkal dakwaan dan kritikan Pak Det, terserahlah kepada semua untuk membuat pertimbangan, penilaian atau spekulasi sekali pun. Yang ternampak sekarang ini, seolah-olah kerajaan Pak Lah tersilap bagi "peluru" lagi untuk Pak Det melepaskan tembakan dari "meriam"nya. "Tak kena, orang yang tembak.......ppiii!", itu kata Pak Det. |
posted by jasindaily online @ 5:54 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|