Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Bina negara sebagai sebuah keluarga -Azizah
Monday, July 17, 2006
PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat berhasrat membina negara ini sebagai sebuah keluarga besar, di mana semua ahli keluarganya yang berbilang kaum berganding bahu secara saksama memacu pembangunan negara, kata Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Melalui konsep parti berbilang kaum, kekayaan negara akan diagih sama rata kepada rakyat tanpa mengira bangsa.

Justeru, beliau mengulangi pendirian parti itu menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana perlaksanaannya hanya menguntungkan segelintir pemimpin, meskipun matlamat asalnya untuk menghapuskan kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana."

Justeru, katanya DEB akan digantikan dengan dasar lain yang lebih memfokuskan agenda ekonomi untuk semua kaum.

"Kita akan bersama-sama membina negara ini dan apa yang penting dalam pembangunan negara ialah kita bersama-sama membanteras rasuah," tegasnya.

Hanya pentadbiran yang telus dan terbuka berupaya menghapuskan korupsi yang semakin membarah di negara ini.

Korupsi, katanya telah menjadi darah daging sebilangan besar pemimpin, akibatnya rakyat terus ditindas dan menderita.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra dan perasmian penubuhan dua cawangan baru Keadilan Permatang Pauh, di sini, semalam.

Ahli dua cawangan tersebut sebahagian besarnya daripada Parti Kongres India (MIC).

Cawangan Berapit diketuai bekas Ketua Pemuda MIC Cawangan Bukit Mertajam M.Pristiraj sementara cawangan Seri Berapit diterajui bekas Ketua Wanita MIC Sungai Rambai, A.S Kusala Kumari Shanmugam.

Pada majlis itu juga, Azizah turut melancarkan jentera pilihan raya Permatang Pauh yang diketuai Pengarahnya, Arifin Yatim.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Datuk Zahrain Mohd Hashim, Timbalannya Mustafa Kamal Yusof, Ahli MPT Dr Mansor Osman, dan bekas Pengerusi MCA Bukit Mertajam Tony Peh.

Menyentuh perbalahan Abdullah-Mahathir, Azizah berkata sebarang penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan, seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat dan negara secara mutlak dan bukannya kerana kepentingan mana-mana individu.

Diklasifikasi dokumen sulit yang didedahkan oleh kerajaan bagi menjawab dakwaan Dr Mahathir sebelum ini, seharusnya menjurus ke arah itu, jelasnya.

Perbalahan antara mereka, katanya mengesahkan pendedahan pembangkang selama ini, bahawa terlalu banyak berlaku kepincangan dalam pentadbiran negara.

"Sekarang ini telah terbukti melalui pendedahan oleh bekas Perdana Menteri.......tetapi apa niat bekas Perdana Menteri itu, tidak samalah dengan niat kita. Kita niatkan untuk negara kita, kita niatkan untuk rakyat,"

"Kita tidak mahu 'Gajah sama gajah bergaduh, kancil (rakyat) mati di tengah-tengah,' " tegasnya.
posted by jasindaily online @ 9:39 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com