Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
AZALINA DAN TIMBALANNYA WAJAR LETAK JAWATAN
Monday, July 17, 2006
Cadangan Kerajaan untuk membelanjakan RM 490 juta bagi membina kompleks sukan yang dipanggil Pusat Latihan Berprestasi Tinggi di Brickendonbury, London adalah pembaziran wang rakyat dan salahguna kuasa, dengan membenarkan pegawai-pegawai Kementerian Sukan makan angin dengan lawatan-lawatan ke luar negara.

Bagi Majlis Sukan Negara (MSN) membelanjakan RM 490 juta untuk membina kompleks di London, jelas bertentangan dengan kepentingan nasional kerana kerugian dari segi pendapatan tukaran asing memihak kepada syarikat asing dalam kos pembinaannya, begitu juga perbelanjaan tambahan dalam membayar tambang kapal terbang dan penginapan bagi ahli sukan ke London. MSN tidak menunjukkan bagaimana ia mampu melahirkan olahragawan cemerlang sedangkan hanya bilangan yang terhad akan menikmati manfaat daripada tinggal di London.

Amat jelas MSN tidak meletakkan kepentingan ahli sukan Malaysia paling utama dengan mengambil pendekatan elitis. Tambahan kepada itu, MSN belum membuktikan rekod yang baik selepas ratusan juta ringgit telah dibelanjakan belum menampakkan hasil dalam pingat emas dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa dan dunia.

MSN patut belajar daripada Korea Selatan yang telah muncul sebagai kuasa sukan dunia walaupun bilangan penduduknya kecil, 47 juta. Bukan saja mereka merupakan pemanah terhandal, taekwondo terhandal, pemain golf wanita mereka juga yang terhandal di dunia. Malah, dalam sukan ping pong dan badminton, sukan bukan tradisi bagi orang Korea, mereka adalah antara pemain yang teratas.

Dalam tahun 1980-an, Malaysia sering mengalahkan Korea Selatan dalam bola sepak, kemuncaknya dalam kemenangan 2-1 bagi layak memasuki Sukan Olimpik di Moskow. Kini, Korea Selatan selalu bermain dalam Piala Dunia malah layak masuk separuh akhir dalam tahun 2002. Kini, mungkin juga pasukan Malaysia tidak mampu mengalahkan pasukan bawah 21, Korea Selatan.

Mengapa prestasi ahli-ahli sukan dan atlit Malaysia menurun dengan mendadak berbanding Korea Selatan?

Apabila persatuan sukan didominasi oleh ahli politik dan bukan profesional sepenuh masa, maka prestasi sukan akan menurun. Perkara tersebut adalah kerana ahli-ahli politik hanya berminat untuk mendapat publisiti murahan.

Terdapat begitu banyak prejudis dan naungan orang berpengaruh sehingga pegawai-pegawai sukan lebih penting daripada ahli-ahli sukan, perbelanjaan melebihi jumlah yang dibelanjakan untuk latihan. Ramai atlit yang berbakat dan berkualiti tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Kini, MSN cuba mengalihkan perhatian daripada kegagalannya dengan menyokong pembinaan pusat latihan bernilai RM 490 juta di London. Perisian fizikal penting tetapi apa gunanya mempunyai peralatan paling canggih jika ahli-ahli sukan yang berkualiti, tiada.

Wang wajar dibelanjakan di dalam Malaysia bagi mengenalpasti, memupuk dan melatih atlit-atlit muda. Bagi Azalina untuk mengakui bahawa RM 490 juta akan dibelanjakan ke atas pusat latihan di London dalam tempoh 10 tahun, adalah pengakuan kepada kegagalan dan kekalahan.

Bagaimana begitu banyak wang wajar dihabiskan dengan alasan bahawa pusat latihan tersebut terletak hampir dengan tapak Sukan Olimpik London 2012. Jika begitu, mengapa tiada pusat seperti itu dibina di Beijing yang akan menjadi tuan rumah kepada Olimpik 2008 nanti?

Azalina menjelaskan bahawa pusat latihan tersebut perlu dibina di London bagi membolehkan para atlit menyesuaikan diri mereka dengan cuaca sejuk. Ini alasan yang bodoh kerana Malaysia tidak mengambil bahagian dalam Olimpik Musim Sejuk. Olimpik Musim Panas akan diadakan pada musim panas yang cuacanya panas seperti di Malaysia. Di manakah keperluannya untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk dengan membelanjakan RM 490 juta?

Kedua-dua Azalina dan timbalannya Datuk Liow Tiong Lai wajar letak jawatan jika mereka masih menyokong untuk membelanjakan RM 490 juta bagi Pusat Latihan Berprestasi Tinggi di London yang akan menghabiskan sumber negara tanpa memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara amnya dan ahli sukan khususnya. Mereka patut belajar daripada orang Afrika dan Korea Selatan, bagaimana kedua-duanya mampu menjadi juara dunia tanpa wang dan sokongan terhad kerajaan.
posted by jasindaily online @ 9:37 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com