Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
JUMPA DR.MAHATHIR: SAYA FIKIR INI BUKAN SATU MASALAH....
Wednesday, July 19, 2006
Ramai yang merasa masalah antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh segera selesai jika beliau sedia bersemuka dengan bekas Perdana Menteri itu secara empat mata.

Inilah yang menjadi salah satu soalan para wartawan semasa sidang akhbar beliau di pejabatnya di Putrajaya Rabu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir untuk menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat antara mereka,tanpa berfikir panjang Abdullah menjawab, “Saya memang sudah berbuat demikian.Saya fikir ini bukan satu masalah."

Perdana Menteri berkata bahawa semasa di Tokyo menghadiri sidang antarabangsa Nikkei hujung Mei lalu beliau mengambil inisiatif untuk menemui Dr Mahathir di biliknya apabila mengetahui bekas Perdana Menteri itu menginap di hotel yang sama dengan beliau.

Abdullah berkata waktu itu beliau telah menghubungi pegawai Dr Mahathir bertanyakan sama ada Dr Mahathir mempunyai masa untuk berjumpanya.

"Bukan saya suruh dia datang jumpa saya. Saya (pergi) jumpa dia, sebagai siratulrahim, bertanya khabar," katanya.


Abdullah berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Dr Mahathir walaupun bekas perdana menteri itu mengkritik beliau dan pentadbirannya.

Malah, beliau tidak menyimpan perasaan marah terhadap sesiapa saja ekoran kritikan Dr Mahathir itu."Kenapa harus saya marah kepada sesiapa," kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata bahawa apabila berjumpa dengan Dr Mahathir, beliau bertegur sapa,
Mengulas mengenai cadangan melantik orang tengah bagi menyejukkan keadaan antara beliau dan Dr Mahathir, Abdullah berkata ia bukan keputusan parti dan kerajaan.

"Ia merupakan inisiatif bersendirian dan kerajaan tidak melarang apa jua usaha ke arah kebaikan," katanya.

Mengenai kenyataan Dr Mahathir supaya kerajaan membetulkan segala kesilapannya, Abdullah berkata kerajaan sekarang telahpun melakukannya.

"Kerajaan mempunyai persepsinya sendiri. Kerajaan ada maklumat. Hikmah kerajaan tak boleh sama dengan hikmah individu sebab kita melihat dari sudut yang begitu meluas dan menyeluruh.

"Kita buat keputusan yang terbaik berdasarkan situasi, waktu (dan) ketika itu. Situasi perlukan sikap, dasar dan keputusan berdasarkan fakta," katanya.

Abdullah berkata keadaan sentiasa berubah dan tuntutan rakyat juga sentiasa berubah.

Beliau berkata perkara yang bukannya satu masalah dahulu kini sudah menjadi masalah seperti soal kenaikan harga minyak dan kekurangan gula.

"Bila buat keputusan, kita akan tahu reaksi rakyat. Kalau rakyat tak suka, padahlah kita. Kalau kita tak fikir kepentingan rakyat kita akan terima hukum bila datang pilihan raya nanti," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai perjanjian dengan Dr Mahathir untuk meneruskan dasar-dasar pentadbirannya apabila mengambil alih jawatan perdana menteri, Abdullah berkata kerajaan Barisan Nasional selalu bergerak berasaskan "kesinambungan dasar" sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah sekarang.

"Matlamat dasar masih diteruskan, cuma pendekatannya sahaja berubah," kata Abdullah.


Sebagai contoh, katanya, matlamat menstruktur semula masyarakat dan membasmi kemiskinan menerusi Dasar Ekonomi Baru masih diteruskan tetapi terdapat pindaan daripada segi pendekatannya yang memerlukan perubahan berdasarkan keadaan semasa.

"Kerajaan tidak ada agenda lain apabila menggunakan pendekatan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama," katanya.

Mengenai penerangan yang diberikan oleh kerajaan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir, Perdana Menteri berkata kerajaan sudah memberikan penjelasan yang secukup dan setepatnya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan lebih banyak dokumen rahsia kerajaan akan diklasifasikan semula untuk tujuan memberi penjelasan, Abdullah berkata itu tidak akan dilakukan buat masa ini.

Kepada soalan sama ada dokumen kerajaan mengenai Proton akan diklasifikasikan semula, beliau berkata terpulang kepada Proton untuk memberi penjelasan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya
posted by jasindaily online @ 5:48 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com