Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KENYATAAN MEDIA MENGENAI ISU JAMBATAN BENGKOK: BANYAK TERSIRAT DARIPADA TERSURAT
Tuesday, July 18, 2006
Laman blogspot Sang Kelembai [Zaharin Mohd Yasin, bekas Setiausaha UMNO, Bahagian Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur] pada minggu ini sangat menarik untuk berkongsi pandangan.

Kata beliau : "Jawapan pembelaan itu tidak mengikut standard Islam Hadhari, sebaliknya digunakan oleh Policy Centre Tingkat 4 untuk membelasah Tun Dr Mahathir Mohamed bagi kepentingan bossnya di Tingkat 5. Cara menjawabnya langsung tidak ada budi bahasa dan kalau tengok lengok ayat dan bahasanya jelaslah ini dibuat oleh budak-budak kerana jika dia dibuat oleh orang dewasa, sudah pasti dia tidak menjawab dengan memfokuskan kepada persoalan yang ditanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, sebaliknya mereka sepatutnya menjawab tanpa menyentuh nama Tun Dr Mahathir Mohamed, sungguhpun orang akan tahu ianya dituju kepada Tun Mahathir".

Sambung beliau lagi : "Apabila JPM menjawab secara begitu, jelaslah memang ada niat Abdullah Ahmad Badawi dan budak-budaknya (dahulu di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed, budak-budak macam ini dipanggil Leftenant) cuba nak mengikis nama Tun Dr Mahathir Mohamed dalam persada politik tanah air dan menimbulkan nama baru yang lebih hebat dan gah seolah-olah slogan Tradisi Membela Rakyat tidak membawa apa-apa erti sebaliknya yang penting Cemerlang, Gemilang dan Terbilang".

Saudara-saudara boleh mengikuti sepenuhnya komen beliau melalui link ini pada siaran 15.7.2006 :http://www.sangkelembai2006.blogspot.com/

Dalam pada itu, saudara-saudara juga perlu membaca kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh JPM, di Putrajaya pada Jumaat lalu, 14.7.2006 untuk menjelaskan mengenai isu pembatalan projek jambatan bengkok bagi mengantikan Tambak Johor, ikuti link ini.

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_77e981fe-3132372e-fe30af00-39fbe769

Selepas itu, baca kenyataan balas yang buat oleh Mathias Chang, bekas Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga adalah seorang peguam bela dengan 30 tahun pengalaman dalam bidang perundangan. Sila ikuti link ini pula :

http://www.kmu.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5265&mode=flat&order=0&thold=-1

Kesimpulannya, serangan Mahathir terhadap Abdullah ada kebenaran dan asasnya. Jadi, apa tindakan kita sebagai rakyat Malaysia. Adakah kita hendak tunggu dan lihat sahaja apa yang sedang dan akan berlaku pada masa depan? Apakah kita hendak berpeluk tubuh sahaja dengan membiarkan Abdullah dengan golongannya berterusan menghancurkan kedaulatan rakyat dan masa depan Negara yang kita cintai ini?

Marilah kita sama-sama insaf bahawa selama ini kita telah tersalah langkah memberi kuasa kepada UMNO memerintah selama setengah abad. UMNO gagal membela nasib rakyat semua keturunan dari kalangan orang-orang Melayu, Cina, India, Dayak, Iban dan lain-lain bangsa yang hidup di Semenanjung dan juga di Sabah dan di Sarawak.

UMNO hanya berjaya memperkayakan elit-elit politik dan kroni-kroninya sahaja. Mereka ada kuasa dan dengan kekuasaan tersebut, mereka mencipta peluang-peluang untuk menjadi kaya-raya, hidup dengan penuh kemewahan. Mereka? memfaraidkan harta rakyat sesama mereka dan membiarkan sebahagian besar rakyat hidup penuh kedaifan dan menderita kemiskinan. Sekali lagi saya ulangi cabaran Anwar Ibrahim, pemimpin UMNO manakah yang hidup serba sederhana seperti rakyat biasa, tolonglah tunjukkan, selama ini saya puas mencari serata tempat tidak menjumpainya. Apa yang saya didapati rumah banglo tersergam indah jutaan ringgit mengalahkan Raja-raja, di halaman rumah tersadai berbagai jenis model kereta dan kedudukannya pula begitu privacy serta pintu pagarnya senantiasa tertutup 24 jam lengkap dengan pengawalnya sekali menakutkan rakyat untuk datang mengadu hal.

Pemimpin UMNO kini adalah raja dan rakyat adalah hamba. Rakyat akan dipergunakan 5 tahun sekali untuk meraih undi dengan slogan 'Cemerlang, Gemilang dan Temberang'. Sudah sampai masanya untuk kita sama-sama tinggalkan UMNO yang sudah tidak lagi memperdulikan nasib rakyat. Ubahlah nasib kita pada pilihan raya akan dating.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
posted by jasindaily online @ 6:11 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com