Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PM WAJAR TOLAK PROJEK MEGA
Tuesday, July 18, 2006
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan perincian projek-projek dan mekanisme perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 hari ini.

Abdullah wajar menolak cadangan membina Pusat Latihan Sukan di luar London, bernilai RM490 juta, apabila dia mengumumkan perincian perlaksanaan RMK9 nanti. Perkara tersebut adalah bagi menunjukkan dengan jelas bahawa sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan membenarkan projek-projek mega atau perbelanjaan besar-besaran wang pembayar cukai yang tidak telus dan tiada pertanggungjawaban.

Cadangan pembinaan Pusat Latihan tersebut akan menjadi ujian kepada pentadbiran Abdullah sama ada akan terlibat dalam projek mega tanpa apa-apa pertanggungjawaban dan ketelusan, menggunakan majoriti dalam parlimen bagi memaksa kehendak Eksekutif, seperti yang berlaku semasa era Mahathir, dengan jambatan bengkok bernilai RM1.1 bilion.

Pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan telah membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan bercanggah mengenai Pusat Latihan di London, yang hanya menunjukkan segelintir individu sahaja yang tahu perkara sebenar..

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai memberitahu Parlimen bahawa "tiada peruntukan telah dibuat bagi pembangunan pusat latihan sukan di Brickendonbury" tetapi ini bercanggah dengan apa yang Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman Said maklumkan, bahawa 14 pemain skuash dan 10 pemanah sudah dihantar ke Brickendonbury, memberi gambaran yang skim tersebut telah dilancarkan.

Temubual bersama pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz telah menyingkap sedikit daripada kegelapan yang menyelubungi projek tersebut.

Ramlan, yang mengetuai pasukan khas untuk menukarkan sebahagian daripada Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC) di Brickendonbury kepada sebuah Pusat Latihan Sukan, memberitahu bahawa secara purata Kementerian Sukan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk pertandingan-pertandingan luar negara.

Menurut Ramlan, dia "cenderung jika sebahagian daripada penjimatan kos tersebut dipindahkan kepada membangunkan pusat tersebut".

Jika cadangan tersebut diterima - RM490 juta akan menyamai perbelanjaan bagi 163 tahun jika RM3 juta setahun dibelanjakan untuk pertandingan luar negara – hal ini amat pelik.

Ramlan mengakui bahawa TARRC, merupakan penempatan orang Rom, 2,000 tahun dahulu, ia adalah kawasan warisan yang dilindungi dan peraturan tempatan mensyaratkan "struktur tidak boleh melebihi tinggi pokok" dan "menyamai dengan bangunan utama yang sedia ada dan struktur di sekitarnya".

Dengan itu, bagaimana Pusat Latihan Sukan tersebut dapat dibina dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan British? Begitu juga, bagaimana Kementerian Sukan sudah mula menggunakan TARRC di Brickendonbury dengan menghantar 14 pemain skuash dan 10 pemanah tanpa mengemukakan apa-apa pelan binaan bagi cadangan Pusat Latihan Sukan tersebut - sebelum mendapat kebenaran daripada Parlimen?
posted by jasindaily online @ 5:46 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com