Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
REBUTAN KUASA TELAH MENYINGKAP KEBENARAN
Wednesday, July 19, 2006
Bercakap tentang politik, tidak boleh tidak akan tersentuh isu pergelutan antara bekas PM dan PM negara ini.

Ia suatu pergelutan kerana semuanya berlegar mengenai pergelutan kuasa antara kedua-dua pihak dalam Umno. (image placeholder)

Kedua-duanya yang dikatakan telah/sedang bercuti di luar negara, mungkin sebenarnya sedang merancang langkah seterusnya bersama pasukan penasihat-penasihat masing-masing.

Rakyat Malaysia perlu melihatnya sebagai pergelutan bukan sahaja mengenai Umno tetapi mengenai siapa yang mengawal kuasa dalam negara ini. Adakah anak muda bernama Khairy yang mengatur segalanya seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir dan ramai penganalisa politik? Adakah dia seorang agen Singapura seperti yang didakwa oleh musuh-musuhnya dalam partinya sendiri?

Isu-isu yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir adalah sangat serius dan penting dan pastinya perlu dijawab dan diselesaikan segera oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah tidak boleh bersembunyi di sebalik "elegant silence" kerana para menteri dan timbalan menteri yang cuba memberikan jawapan kepada tuduhan-tuduhan tersebut, setakat ini, tidak meyakinkan malah mengelirukan lagi mereka yang di bawah.

Jika Abdullah berterusan membisu dan para jeneral di bawahnya terus membuat kesilapan atau bertindak seperti budak kecil, Abdullah akan pantas kehilangan kewibawaannya dan akhirnya mewujudkan kekeliruan dan ketidaktentuan dalam negara.

Itu sudah tentu tidak baik untuk negara, yang sedang mengalami ekonomi yang lesu, dengan kos kehidupan serta inflasi yang semakin tinggi setiap hari.

Abdullah mesti cuba menjawab sedaya upayanya dan menangani isu-isu dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir terlalu marah kerana Abdullah meleraikan satu persatu daripada warisan peninggalannya dan pada masa yang sama menghentikan banyak projek yang dimulakan olehnya. Mahathir sedang mengalami penderitaan ego dan kepentingan kewangan yang amat sangat.

Kini, rakyat berpeluang tahu perkara sebenar di sebalik banyak skandal dan salahguna kuasa kerajaan Barisan Nasional.

Ramai personaliti yang telah ke depan, seorang demi seorang, mendedahkan kebenaran dan lebih ramai akan muncul untuk berkongsi kisah mereka dengan seluruh rakyat Malaysia.

Situasi ini memberi peluang bagi rakyat dan pihak yang berwajib memperbetulkan kesilapan kerajaan BN, bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak.

Tun Mahathir tidak wajar disokong kerana kesalahannya yang terlalu banyak. Begitu juga, rakyat tidak patut menyokong Abdullah kerana banyak perkara yang tidak dilakukannya. Walaupun dia pernah berkata,
"Kerjalah bersama saya, bukan untuk saya"......."Jangan beritahu saya selain yang benar"......."Saya pemimpin seluruh rakyat Malaysia".........."Saya mahu Malaysia bebas rasuah"...Tetapi Abdullah perlu kotakan kata-katanya. (image placeholder)

Abdullah ialah pemimpin yang lemah. Dia sepatutnya menggunakan mandat besar yang diberikan kepadanya untuk menukar Kabinetnya. Begitu ramai menteri yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir tidak layak dan memang patut ditukar.

Malah, rakyat sendiri dapat lihat yang para menteri tidak mengambil Abdullah dengan serius. Lihat saja sikap mereka terhadap segala seruan Abdullah, sama ada seruan memerangi rasuah atau perubahan dalam pentadbiran agensi-agensi kerajaan.

Rakyat Malaysia kini dalam situasi yang kritikal kerana tiada pemimpin yang berwibawa untuk mengambilalih daripada Abdullah. Hanya satu cara, iaitu menukar kerajaan dan membenarkan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang berwibawa daripada pembangkang untuk selamatkan Malaysia.
posted by jasindaily online @ 5:41 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com