Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BUKU TEKS MENGGALAKKAN POLARISASI KAUM
Wednesday, July 19, 2006
Jika universiti-universiti awam menjadi tempat mengagung-agungkan Umno dan meracuni minda generasi baru terhadap pembangkang dan perbezaan, IPTA tersebut akan memburukkan lagi polarisasi kaum dan menggagalkan segala usaha untuk memupuk perpaduan nasional dan mencapai Wawasan 2020 sebuah Bangsa Malaysa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kabinet wajar memberi perhatian serius kepada perkembangan merbahaya di universiti-universiti awam, dalam perlaksanaan Laporan Pengajian Tinggi Zahid - menukarkan universiti-universiti awam daripada institusi perpaduan nasional kepada institusi pecah-belah nasional.Mata pelajaran Hubungan Etnik diwajibkan ke atas pelajar universiti bagi sesi baru ini, dan buku teks yang digunakan adalah yang telah digunakan di UPM.

Buku teks yang telah ditulis oleh pensyarah-pensyarah UPM, Jayum Anak Jawan dan Zaid Ahmad telah memalukan komuniti akademik, mempamerkan pensyarah sendiri wajar belajar kursus hubungan etnik yang seimbang sebelum mereka mahu mengajar pelajar universiti mata pelajaran tersebut, kerana mereka bukan menggalakkan hubungan etnik tetapi akan merenggangkan lagi hubungan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed, berkata kerajaan bersedia membuat pindaan jika terdapat kesilapan fakta dalam buku tersebut.Bagaimanapun, katanya, kandungan buku adalah berdasarkan fakta. Buku teks Hubungan Etnik telah digunapakai oleh Universiti Putra Malaysia sejak awal tahun ini. Didapati ada antara kandungannya tidak sesuai untuk membawa perpaduan nasional jika menuduh satu kaum sebab berlaku rusuhan dan insiden pergaduhan.Antara bahagian yang dibantah adalah:

Mengecam sebagai "extremist" Rayuan Pilihan Raya 1999 oleh Suqiu, yang telah diluluskan secara prinsip oleh parti-parti Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya umum;

Menyalahkan belia India di atas insiden Kampung Medan, 2001;

Menuduh DAP menyebabkan rusuhan 13 Mei, 1969


Semasa dalam Parlimen, Mustapa memberitahu bahawa kementeriannya tiada rancangan untuk menggantung matapelajaran atau menarik balik buku teks tersebut dan mempertahankan bahawa segala insiden yang disenaraikan dalam buku tersebut adalah benar.
posted by jasindaily online @ 5:51 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com