Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
JANGAN HALANG FORUM ARTIKEL 11-ANGKATAN MUDA KEADILAN
Thursday, July 20, 2006
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pihak yang membantah forum Artikel 11, tidak menghalang persidangan yang bakal diadakan oleh kumpulan itu di Johor pada hujung minggu ini, kata Naib Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Jelasnya, pihak berkenaan seharusnya menghormati prinsip utama kebebasan bersuara, berhimpun dan berkumpulan serta menghormati hak untuk memberi pendapat dan menghargai perbezaan pandangan.

"Kesemuanya bukan sahaja termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tetapi juga dalam Islam," jelas kenyataannya kepada Malaysia Today.

Menurut Shamsul, walaupun terdapat sebab-sebab yang absah bagi beberapa keluhan yang dibawa oleh Kumpulan Artikel 11, namun tindakan untuk menutupnya dengan menggunakan ugutan serta kekerasan bukan merupakan jalan keluar kepada kekusutan yang ditimbulkan.

Bantahan secara itu katanya tidak menggambarkan kemampuan mereka untuk berdiskusi dengan cara yang beradab dan secara produktif, sekiranya mereka berkeras untuk menyekat pendapat yang berbeza.

Bagi Shamsul kumpulan yang ingin menzahirkan bantahan mereka seharusnya berbuat demikian secara damai dan tidak menganggu keamanan, selaras dengan tuntutan Islam.

Keadilan kata Shamsul sentiasa memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan untuk bersuara serta berhimpun.

Selari itu, pihaknya membantah sekiranya 'alasan permit' digunakan oleh kerajaan atau polis untuk menyekat hak asasi mana-mana pihak.

Beliau turut menyeru semua pihak bersikap tenang dan tidak melakukan sebarang ancaman dan ugutan terhadap penganjur forum.

Tegasnya, walaupun isu itu dianggap sangat sensitif, namun atas ketidakfahaman dan salah faham Islam yang semakin meningkat, maka kewujudan dialog secara jujur perlu digalakkan.

''Kami mencadangkan agar pihak-pihak yang bertentang (dengan kumpulan Artikel 11) supaya menghadirkan diri ke majlis forum tersebut dan memberikan pandangan-pandangan mereka secara ilmiah," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya tradisi berhujah, berdebat dan berdiskusi yang menjadi amalan dalam tamadun Islam hendaklah dikekal dan digalakkan, kerana pendekatan itu bukannya ancaman kepada Islam.

Kumpulan tersebut akan menganjurkan forum bertajuk 'Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua' telah mendapat bantahan masyarakat Islam termasuk daripada kedua-dua Pergerakan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS Johor.
posted by jasindaily online @ 5:39 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com