DEMI MASA |
|
|
LINA JOY BERSENJATAKAN SURAH AL-BAQARAH? |
Thursday, July 20, 2006 |
Di dalam usaha Lina Joy menukar agama dan menukar status dirinya, perdebatan berlaku di antara peguam dan kehakiman di Malaysia. Yang menyedihkan apabila peguam beliau juga terdiri dari orang Islam. Semua mereka ini buta hati dan jiwa di dalam mengejar keduniaan, wang dan harta. Tidak mustahil dunia kafir akan bersekongkol dengan Lina Joy untuk memenangi kes ini kerana untuk masa depan Kristian keseluruhannya. Satu Kemenangan ini akan membawa kepada kecemerlangan usaha MURTAD. Tidak mustahil, selepas ini angka 100,000 orang yang MURTAD akan melonjak ke angka yang lebih besar sekiranya keputusan Mahkamah menyebelahi LINA JOY.
Di dalam sesuatu perdebatan, perkara yang tidak boleh dipertikaikan adalah penggunaan AL-QURAN. Kerana itu UMNO cukup bimbang berdebat dengan PAS kerana mereka tidak tahu terjemahan dan tidak tahu penggunaan ayat Al-Quran. Sepotong ayat sahaja mampu menutup semua mulut. Begitulah besarnya Mukjizat Al-Quran itu.
MEMPERGUNAKAN
Surah Al-Baqarah ayat 256, digunakan dalam usaha memenangi kes MURTAD LINA JOY. Adalah menjadi perkara yang PELIK apabila ayat Kitab Islam digunakan untuk menolak Islam itu sendiri, manakala peguam yang juga Islam digunakan untuk menolak ISLAM itu. Beginilah akhir zaman dan tidak mustahil segalanya berlaku kerana umat dan pemimpin Islam sendiri tidak mendalami Islam. Maka terjadilah perkara-perkara yang bakal membunuh ISLAM, tanpa kita sedari.
Mari kita lihat kepelbagaian tafsiran surah Al-Baqarah yang dijadikan sandaran kepada Anti Islam untuk menyerang dan memperlekehkan Islam. Kenapa Surah Al-Baqarah dipilih untuk merealisasikan kemenangan Lina Joy?
TERJEMAHAN AYAT
Di bawah ada 3 terjemahan. Di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Jika kita cukup bijak di dalam berbahasa, mungkin ia jelas nampak bezanya.
Terjemahan di dalam bahasa Inggeris Surah Al-Baqarah (Ayat 256)
There is no compulsion in religion. Verily, the Right Path has become distinct from the wrong path. Whoever disbelieves in Taghut and believes in Allah, then he has grasped the most trustworthy handhold that will never break. And Allah is All-Hearer, All-Knower."
Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia Surah Al-Baqarah (Ayat 256)
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Terjemahan di dalam Bahasa Indonesia
Surat Al-Baqoroh (2): 256
Tidak ada paksaan untuk MEMASUKI agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Di dalam 3 terjemahan di atas, terdapat perbezaan yang sedikit, membawa makna yang besar. Lihat terjemahan di dalam Bahasa Indonesia, perkataan MEMASUKI itu seperti kecil tetapi sangat besar ertinya. Ia menjelaskan bahawa ISLAM tidak pernah mengajak penganut agama lain di dalam menyertai Islam, ia lebih bersikap terbuka, tidak memaksa, redha, rela dan bersetuju. Manakala LARANGAN sebenarnya adalah kerana meninggalkan Islam, yakni MURTAD. Lantas adanya HUKUM BUNUH dan sebagainya. Itu kita WAJIB tahu.
Nampak mudah, tetapi sebenarnya sepotong ayat membawa makna yang berlainan MEMASUKI di dalam terjemahan Bahasa Malaysia dan Inggeris, secara tidal langsung bermaksud keluar Islam pun boleh.
Begitulah bahayanya jika AL-Quran diterjemahkan oleh orang yang ingin mengambil kesempatan atau tidak sedar akan kesilapan.
INJIL BERUBAH KE BIBLE
Kita semua tahu bahawa Bible adalah merupakan larutan dari Kitab Injil. Berita-berita memberitahu bahawa Injil Sebenar disimpan dan dielak dari dibaca oleh penganut Kristian sendiri.
Ini adalah kerana pada zaman King Arthur banyak bahasa dan pengertian INJIL diubah dari Bahasa Arab kepada bahasa Inggeris. Hanya dengan salah menggunakan bahasa dan terjemahan, kita melihat penganut Kristian tersasar jauh dari INJIL sebenar.
Perubahan terjemahan boleh salah ertikan dan diperdebatkan seperti yang berlaku sekarang. Lantas Penganut Kristian menjadi ragu-ragu akan INJIL itu sendiri lantas merosakkan kehidupan penganut Kristian mereka seperti mereka itu bersikap seperti tiada agama. Arak, pelacuran, judi dan pelbagai lagi perkara munkar berlaku kerana mereka hilang percaya.
USAHA PENTERJEMAHAN
Menterjemah merupakan salah satu kerja dan punca pendapatan. Namun jangan sekali-kali terlibat sama di dalam menyalah-tafsirkan Al-Quran. Implikasinya mungkin bukan sekarang tetapi akan datang dan membawa memudaratkan kepada Islam seluruhnya.
Terjemahan Al-Quran ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris sudah lama dilakukan. Tetapi kesempatan ini baru sekarang digunakan oleh mereka yang anti Islam. Manakala orang Islam seperti terdiam tidak berkata apabila musuh Islam datang menyerang dengan menggunakan Al-Quran.
Malah memalukan apabila, keadaan sekarang ini melihatkan Islam diserang oleh Orang Islam yang ingin murtad, dibantukan oleh Peguam Islam yang menggunakan Kitab Islam sendiri. Kafir dan laknat hanya memerhatikan di luar sambil memberikan sokong padu di dalam bentuk wang dan semangat. Entah berapa juta yang sudah dilaburkan, kita sendiri tidak tahu. Tapi penulis yakin ianya angka yang besar.
BAGAIMANA DENGAN TERJEMAHAN AYAT YANG LAIN?
Mungkin ini hanya berlaku pada satu ayat ketika ini dan tidak mustahil akan ada terjemahan lain yang boleh diselewengkan mengikut rentak hati dan tujuan masing-masing.
Manusia sememangnya terdorong untuk melakukan perkara yang dilarang. Sikap kita masih seperti anak-anak. "Jangan memanjat" tetapi itulah yang kita mahu. Sentiasa mencari ruang untuk mengejar keduniaan. Tidak fikirkan dengan siapa kita bersekongkol dan untuk apa kita sekongkolkan. Hanya mengikut nafsu supaya orang lihat kita kaya, berduit dan berharta.
ISLAM DAN KEMENANGAN
Dahulu Islam mempunyai ahli debat yang HEBAT, Allahyarham AHMAD DEEDAT. Selepas kematian beliau, kita terasa seperti kehilangan taring. Musuh Islam bukan sahaja menyerang terang-terangan dalam menghantar bom dan askar, mereka semakin bijak menyerang menggunakan ayat dan cara Islam sendiri.
Islam dibiarkan kalah dalam keliru. Itulah hakikatnya yang berlaku pada Islam sekarang dan masa akan datang, ia mungkin lebih teruk lagi. Islam diserang menggunakan AL-QURAN kerana Islam sendiri menjauhi AL-QURAN.
Sudah banyak terjemahan dilakukan di Malaysia, begitu juga yang telah diedarkan. Adakah kita bersubahat melakukannya? Kita sebenarnya tidak sedar jika sehari 1 perkataan diubah, kerana kita tidak pernah pun MENGAMBIL BERAT.
|
posted by jasindaily online @ 5:36 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|