Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
LANGKAH JIHAD AHLI-AHLI PAS
Friday, July 21, 2006
Assalammualaikum, Saudara PengarangTujuan saya menulis ini adalah untuk memberi cadangan tindakan yang harus diambil oleh kita yang mengaku sebagai pencinta dan pejuang Islam.

Dari pengalaman dan pemerhatian saya, kebanyakan ahli PAS hanya berkeluh kesah atau merungut dengan nada yang marah-marah apabila timbul sesuatu isu, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan selain bercerita sesama sendiri. Kemudian menghadiri ceramah dan mendengar ulasan isu-isu sensitif tersebut dari pemimpin PAS.

Adakalanya isu hangat yang timbul itu tidak diketahui oleh orang terdekat dengan kita hatta mungkin anak isteri kita sendiri pun tidak tahu, kerana hanya kita yang hadir ceramah atau mendapat maklumat dan kita pula tidak pandai untuk mengulasnya pada mereka.

Sebagai contoh dalam isu IFC beserta tuntutannya. Dari pengalaman saya sendiri, hampir semua penyokong UMNO dan kumpulan "atas pagar" pernah saya temui dimana sebahagian besar mereka ini bekerja di Kuala Lumpur yang tentunya terdedah dengan pelbagai sumber maklumat tidak mengetahui apakah isu IFC atau Artikel 11.

Maka bayangkanlah bagi Pak Mat, Pak Long, Mak Ngah yang berada dikampung-kampung, yang setiap hari hanya membaca Utusan, Metro dan Berita Hairan. Nak harapkan mereka menghadiri ceramah PAS, samalah umpama mengharap UMNO laksanakan Islam.

Kita sendiri maklum bahawa akhbar-akbar perdana ini tidak pernah mendedahkan secara ditil apakah tuntutan-tuntutan IFC atau kumpulan Artikel 11. Jadi saya rasa kita semua adalah berdosa besar kepada Allah kerana tidak mendedahkan kepada mereka ahli-ahli UMNO dan golongan atas pagar ini akan ancaman atau bahaya yang mereka hadapi. Kita setakat bertempik dan bersorak digelanggang sendiri dan mengganggap mereka dalam UMNO tidak sensitif walaupun pada isu yang membabaitkan akidah.

Oleh itu saya menyeru kepada setiap ahli PAS agar mencetak dan mengedarkan risalah isu-isu berkaitan Islam khususnya tentang IFC dan tuntutan-tuntutan mereka dimasjid-masjid dikawasan masing masing. Ia boleh dilakukan secara individu atau secara berorganisasi di cawangan masing-masing.

Kita wajib mengorbankan sedikit wang untuk mencetak juga tenaga untuk mengedar risalah-risalah tersebut.Yakinlah ini adalah sebahagian dari jihad kita yang akan dikira Allah.

Insyaallah dengan usaha ini orang islam di Malaysia tahu apakah ancaman bakal dihadapi mereka dan yang lebih penting ialah kita mempunyai jawaban kepada Allah di Padang Masyar kelak
posted by jasindaily online @ 7:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com