DEMI MASA |
|
|
PLKN SYARAT KE IPTA? |
Thursday, July 20, 2006 |
Pelbagai usaha dilakukan oleh KRONI-KRONI DS Najib untuk menggalakkan remaja Malaysia menyertai PLKN. Walaupun sejak rancangan ini dijalankan pada tahun 2004, terdapat pelbagai masalah yang timbul seperti Pergaduhan, Keracunan Makanan, Penyebaran Virus, Penggunaan dadah, Mati lemas, Rogol oleh Pelatih PLKN dan pastinya yang terbaharu sekali adalah GAMBAR CURI remaja perempuan mandi, yang kini hebat diedarkan seluruh Malaysia. Banyak lagi perkara yang berlaku namun usaha kerajaan untuk menutup kesemua tembelang di dalam usaha menCANTIKkan PLKN itu. Kerana ini semua, maka sambutan dingin diberikan oleh rakyat, sementara itu ada juga rakyat yang tidak mahu membazirkan masa selama 3 bulan untuk PLKN yang dilihat hanya membuang masa di sebalik melahirkan generasi berSOSIAL. Di mana dalam tempoh ini sepatutnya anak membantu kehidupan keluarga dan ketika itu juga ibu-bapa cuba untuk merencanakan kehidupan anak mereka.
Walau bagaimana pun, pihak yang bersekutu dengan DS Najib sedang berikhtiar untuk mengenal pasti 'jalan selamat' untuk memaksa setiap penyertaan sebagai satu perkara WAJIB dan tidak boleh dielakkan lagi. Kerana itu maka ada individu yang sudah disaman dan dihadapkan ke Mahkamah atas kesalahan tidak hadir PLKN. Namun menjadi persoalan ialah banyak lagi yang tidak hadir, gagal dibawa ke mahkamah kerana mereka sedar banyak lagi kelemahan untuk negara memaksa rakyat ikut telunjuk kerajaan yang membabi buta.
Pada tahun lepas sahaja terdapat 5,494 peserta yang tidak menghadirkan diri dan hanya seorang dibawa ke Mahkamah.
Pada tahun 2003 kerajaan berjaya mencipta akta dan undang-undang ke atas mereka yang tidak dapat menghadirkan diri di dalam kursus tersebut. Apa-apa pun ini semua adalah usaha bersama AHLI PARLIMEN yang bersetuju secara majoriti dan terdesak untuk menggunakan undang-undang di dalam penyertaan tersebut. Jika tidak boleh dipujuk, rakyat akan dipaksa, begitulah hakikatnya.
"Mengikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003, seseorang boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-dua sekali, jika gagal menghadiri program latihan PLKN."
TAMBAH BAJET
Apabila penyertaan bertambah, maka bertambahlah bajet perbelanjaan PLKN, yang bakal membawa pulangan yang lumayan kepada pengusaha dan KRONI Dato' Seri Najib Tun Razak. Malangnya rakyat tidak boleh digula-gulakan dengan hanya temubual kepada beberapa kerat manusia yang menyebelahi kerajaan di dalam usaha PLKN ini melalui media-media aliran perdana. Rakyat lebih jauh berakal dari dulu, dalam menyatakan bahawa Projek PLKN sebenarnya adalah usaha untuk MENJANA pendapatan Menteri dan Kroni sahaja, tidak lebih dari itu.
Berikutan usaha memohon bajet yang lebih dari kerajaan, bermula pada sesi yang akan datang, peserta PLKN akan diajar menggunakan senjata M16. Maka sebanyak 27,089 calon PLKN siri 9/2006 di 77 (16 September 2006) pusat latihan seluruh negara akan mula menjalani latihan menembak menggunakan M16. Senjata yang sudah sampai masanya dipupus oleh ATM dan digantikan dengan senjata baru COLT buatan Amerika.
SANDIWARA NAJIB
Maka tidak hairan jika Najib mengatakan bahawa M16 tidak lagi canggih digunakan oleh ATM kerana di kepala otak beliau, ATM akan dibekalkan dengan senjata baru yang lebih canggih manakala di dalam masa yang sama memberikan peluang kepada KRONI beliau untuk membekalkan peluru ke PLKN untuk sesi latihan peserta PLKN. Adalah tidak mustahil terdapat banyak senjata M16 yang tidak pernah digunakan ATM mahupun untuk tembak musuh, sejak ia dibeli.
Jika satu sesi latihan setiap individu pelatih menggunakan 50 biji peluru M16 dan peluru M16 jika kita anggarkan bernilai RM1 setiap biji, maka keseluruhan perbelanjaan sudah semestinya mencapai RM1,354,450 (27,089 peserta x 50 butir x RM1). Berapakah pula jumlah perbelanjaan jika, penggunaan setiap pelatih melebihi 50 butir peluru dan berapa jumlah belanja jika harga sebutir peluru melebihi RM1/sebutir? Kiralah sendiri.
USAHA BERTERUSAN
Berikut adalah usaha seterus mereka:
"KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Pelajar yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mempunyai kelebihan untuk dipilih ke institusi pengajian tinggi awam kerana markah merit bagi program itu adalah paling tinggi dalam peratusan kokurikulum yang ditetapkan untuk mendapat tempat di IPTA."
Usaha masih diteruskan untuk memaksa remaja menyertai PLKN dan ibu bapa tidak langsung diberikan pilihan selain menyerahkan anak mereka ke pusat latihan itu. Ramai peserta menyatakan kekecewaan setelah menyertainya kerana ketiadaan apa-apa kebaikan selain diberikan RM300 sebulan sebagai elaun. Ditelan mati mak dan diluah mati bapa. Mereka hanya mampu berdoa, supaya anak mereka selamat pergi dan pulang.
Di dalam kenyataan akhbar berkenaan mengatakan bahawa kerajaan cuba mengambil langkah seterusnya untuk menjadikan PLK sebagai satu SYARAT menyertai Institut Pengajian Tinggi. Pelajar yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara mempunyai kelebihan untuk dipilih ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Ini adalah kerana markah merit program berkenaan dikatakan paling tinggi dalam peratus kokurikulum yang ditetapkan untuk mendapatkan tempat di IPTA.
Menurut S/Parlimen Kem. Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham Baba lagi, dalam 4 komponen untuk memenuhi peratus syarat kokurikulum itu, seorang pelajar yang menyertai PLKN akan mendapat 6 markah.
BERNASNYA OTAK PEMIMPIN?
Nah, begitulah bernasnya akal para pemimpin negara di dalam menghabiskan wang kerajaan dan rakyat. Tidak fikir implikasi dan akibat yang bakal dan sudah terjadi, tetapi yang penting adalah kantung sendiri. Manakala pemimpin bawahan sanggup bersetuju mengorbankan masa depan remaja dan negara demi untuk SOKONG para kepimpinan KORUP negara.
Kepada Najib Tun Razak, wang adalah segala-galanya. Baik ke kroni atau syarikat yang membekal senjata mahupun syarikat yang menyediakan KEM LATIHAN, yang penting bahagiannya tentunya LUMAYAN. Masa beliau sebagai pemimpin, dihabiskan untuk berbelanja SAKAN. Maka dengan penglibatan beliau di dalam setiap usaha pembelian senjata dan alatan perang, PLKN juga merupakan sumber kekayaan beliau.
Kerana itu, belum pun pelaksanaan RMK 9, dijalankan, beliau adalah satu-satunya Menteri yang serius mencari senjata dan peralatan perang baru. Maka, bajet yang diberikan di dalam RMK9 itu nanti, tidak sampai setahun sudah habis digunakan. Lalu permohonan peruntukan baru akan dipohon setiap hujung tahun. Meningkat dan meningkat. Ini bukan cerita dongeng kerana semakin lama pemimpin itu, sikap mereka semakin jelas. Cuma ada ramai rakyat dan pemimpin yang sengaja membiarkan ini semua berlaku.
Rakyat yang hanya melihat akan karenah Najib ini seperti sudah tidak boleh mengelak. Dielak akan dikejar, apabila Penulis bertanya kepada penduduk kampung yang menyerahkan anak mereka kepada PLKN, masing-masing seperti tidak mahu lagi hendak memberi komen, kerana mereka tahu komen mereka tidak membawa apa-apa faedah. Apa yang pasti, Najib terus berbelanja kerana rakyat terus disuruh bayar. Rakyat kalau tiada pemimpin, tidak sebimbang Pemimpin kalau tiada rakyat, pasti gila dan meracau, kerana tidak tahu mana wang mahu dicekau.
Apa-apa pun, kita sedekahkan AL FATIHAH kepada adik Haziq Jaafar yang meninggal dunia di KEM PADANG HIJAU pada 23/4/2006 akibat pergaduhan. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas beliau.
Soalan untuk anda, apakah masa depan PLKN jika yang mati adalah anak Najib Tun Razak atau Anak Pak Lah atau Anak Nazri atau Anak Rafidah atau semua anak pemimpin negara? Kerana itu mereka tidak benarkan anak mereka terlibat dengan PLKN dan PLKN juga bukanlah syarat kepada anak mereka untuk ke IPTA. Mengapa? Tak Percaya?
|
posted by jasindaily online @ 5:44 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|