Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SELEPAS 6 TAHUN, MANGSA KG MEDAN BELUM DIBELA
Monday, July 24, 2006
Peristiwa pergaduhan di Kampung Medan sudah enam tahun berlalu, tetapi kerajaan Malaysia masih gagal melantik Suruhanjaya DiRaja Inkuiri bagi menyiasat serangan perkauman sedangkan ia telah membentuk Suruhanjaya DiRaja bagi insiden wanita yang kena ketok ketampi semasa tahanan polis.

Surahanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) pula enggan mengadakan inkuiri atas alasan bahawa terdapat Saman Sivil menanti terhadap mereka.

Malah, Mahkamah Malaysia juga tidak mengadakan inkues terhadap enam yang terbunuh dalam tragedi tersebut dan begitu juga Peguam Negara tidak mendakwa sesiapa atas semua pembunuhan dan kecederaan serius yang berlaku. Kertas Putih Parlimen mengenai tragedi tersebut juga tidak diumumkan.

Banyak laporan polis telah dibuat termasuk satu daripada penasihat undang-undang.P.Uthayakumar terhadap pada ketika itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, kerana antara lain, kegagalan polis melindungi kaum minoriti India di Kg Medan.

Mangsa-mangsa mengesahkan bahawa tiada ketegangan kaum di Kg.Medan dan sehingga hari ini mereka tidak faham mengapa berlaku serangan terhadap etnik India. Mereka tidak tahu jika ada serangan dibuat oleh kaum India terhadap orang Melayu tetapi apa yang pasti, telah berlaku serangan terhadap penduduk India di situ oleh orang Melayu dari luar kampung tersebut.

Namun, tragedi ini disebarkan sebagai pergaduhan kaum Kg Medan, di mana yang sebenarnya ialah serangan kaum. Setengah daripada mangsa masih tidak bekerja kerana kecederaan yang dialami dan sehingga kini masih menanti apa-apa pampasan daripada kerajaan.

Dalam isu berkaitan, kerajaan wajar membentuk Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat perkara sebenar, begitu juga Suhakam patut mengadakan Inkuiri Terbuka.

Kertas Putih Parlimen yang telah disiapkan, wajar diumumkan kepada awam.

Bagi memberikan keadilan kepada mangsa insiden di Kg Medan, sama ada yang terbunuh dan yang cedera, mahkamah perlu mengadakan inkues bagi enam orang yang terbunuh dan menghukum mereka yang bersalah.

Sikap polis yang lambat mengambil tindakan juga menjadi satu tanda tanya. Bagaimana pasukan polis hanya membiarkan jenayah dilakukan terhadap kaum India di hadapan mata mereka.

Ketidakadilan terhadap etnik India di Kg Medan perlu dipulihkan dan memastikan tragedi yang serupa tidak berlaku di masa hadapan.
posted by jasindaily online @ 2:17 AM  
1 Comments:
  • At 7:02 AM, Blogger pendekar said…

    apasal kalau ada masalah kaum sekarang nak disalahkan kepada kerajaan, dah tu nak tuduh orang melayu luar bunuh orang india situ,
    aku tak sanka web pas sendiri tergamak nak tudduh Orang Islam yang mula dulu, kau orang tak tau ke yang hindu paria tu yang serang rumah kenduri orang Islam dulu, aku rasa orang yang dok buat web ni tak pernah duduk dengan kawasan hindu gangster ni kot, sbb tu dok rasa puak india ni mangsa, paahal hangpa tak tau yang sebelum tu berapa banyak melayu dok kena rompak , rogol samun dgn bunuh dgn paria paria mabuk ni

     
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com