Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PUSINGAN KE 2 PERGELUTAN POLITIK MAHATHIR-ABDULLAH
Monday, July 24, 2006
Kepulangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dari percutian 22 hari di luar negara menandakan permulaan pusingan kedua pergelutan politik Mahathir-Abdullah.

Pembukaan Mahathir setibanya di lapangan terbang Subang didedahkan bahawa, dia telah dihalang daripada bercakap dengan Kelab-kelab Umno di England.

Mahathir menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak bersikap terbuka kepada kritikan seperti mana ketika dia (Mahathir) menjadi perdana menteri - memberi contoh kes Bapa Malaysia iaitu Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, telah menulis kepada akhbar, menulis buku dan berbagai perkara yang ditulis, menyokong mereka yang mahu menjatuhkan dia (Mahathir), tetapi dia tidak lakukan apa-apa ke atas Tunku.

Bekas perdana menteri tersebut menuduh kerajaan tidak memberi jawapan yang memuaskan kepada dakwaannya mengenai pembatalan jambatan bengkok yang bernilai RM1.1 bilion, khususnya mengenai penjualan pasir kepada Singapura. Tiada daripada dokumen yang deklasifikasi yang mengandungi empat pucuk surat antara Mahathir dan pihak Singapura, dikeluarkan minggu lalu yang memberi maklumat baru. Mahathir berkata bahawa, "mereka keluarkan surat-surat lama yang Singapura sudah lama terbitkan sebelum ini".

Mahathir juga menuduh Abdullah memilih menteri luar (Datuk Syed Hamid Albar) yang tidak tahu membaca surat.

Bagaimanapun, Mahathir lupa semasa dia menjadi PM, penangkapan besar-besaran dibuat terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang, aktivis sosial dan penutupan penerbitan akhbar, khususnya pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang, yang telah menyebabkan Tunku Abdul Rahman "disenyapkan" dalam media arus perdana.

Namun, aduan Mahathir bahawa kerajaan Abdullah telah gagal untuk memberi jawapan memuaskan mengenai berbagai isu yang dia telah bangkitkan adalah wajar. Tetapi bukan saja Abdullah yang perlu memberi jawapan tetapi Mahathir juga tidak terlepas daripada pertanggungajawaban.

Pusingan kedua pergelutan politik antara Mahathir-Abdullah, mungkin juga akan menjadi penentu kepada tempoh kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana, isunya ialah perbalahan bagi memenangi hati dan minda ahli-ahli Umno yang akan menentukan hayat kepimpinan Abdullah dan dengan itu, jawatan perdana menteri. Mahathir dikatakan telah menerima jemputan daripada beberapa bahagian Umno untuk merasmikan mesyuarat agung mereka pada bulan hadapan.

Abdullah telah menang besar dalam pilihan raya umum lepas tetapi dia gagal membuktikan apa yang dikatakan semasa PRU lepas.

Oleh sebab itu juga, pada September 2004 semasa pemilihan Umno, Abdullah menghadapi halangan apabila calon-calon pilihannya ditewaskan sementara pemimpin-pemimpin yang mahu dipencenkan menang besar.

Cara paling berkesan bagi Abdullah menjawab cabaran Mahathir ialah untuk sentiasa berlaku benar kepada janji-janji semasa pilihan raya dan melaksanakan segala yang diikrarkan ketika itu, terutama sekali dalam isu memerangi rasuah.
posted by jasindaily online @ 2:08 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com