DEMI MASA |
|
|
PUBLISITI MELAMPAU MEDIA TERHADAP SITI - DATO' K DIKESALI |
Friday, July 21, 2006 |
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Sikap media yang keterlaluan dalam memberikan publisiti melampau terhadap pengumuman rasmi penyanyi nombor satu negara, Siti Norhaliza dengan ahli korporat, Dato' Khalid Mohd Jiwa atau yang dikenali Dato' K mengenai tarikh perkahwinan mereka pada 18 Julai lalu amatlah dikesali.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya kepada Harakahdaily menjelaskan tindakan media yang terlalu ghairah terhadap artis yang ingin melangsungkan perkahwinan ataupun gosip-gosip yang berkaitan dengan kehidupan mereka tidak harus menjadi berita utama yang keterlaluan untuk ditonjolkan kepada masyarakat.
"Apakah media tempatan ingin meniru budaya memberi liputan mengenai hal ehwal kehidupan artis seperti di Barat?" soalnya.
Selasa lalu, penyanyi tersebut secara rasminya mengumumkan bakal suaminya serta tarikh perkahwinannya kepada media di sebuah restoran di ibu kota.
Pengumuman tersebut disiarkan secara langsung oleh beberapa buah stesen TV negara serta mendapat liputan meluas media tempatan dan media asing.
Sehubungan itu Azmi berkata, apakah negara ini mahu memenuhi fikiran rakyat berita-berita sensasi para artis yang tidak ada kena mengena dengan nasib umum rakyat di negara ini.
"Atau adakah tindakan media elekronik yang ghairah menyiarkan berita Siti boleh menghilangkan penderitaan rakyat Palestin dan Lebanon yang sedang bergelut oleh kekejaman Israel," katanya.
Katanya, tidakkah pihak media memikirkan berita tersebut sesuai ataupun tidak untuk disirkan secara langsung sedangkan membangunkan pemikiran rakyat dengan nilai yang berkualiti lebih wajar sebagai budaya pemikiran rakyat.
"Teras kesal terhadap liputan yang keterlaluan mengenai pengumuman itu sedangkan kita mempunyai informasi mengenai masalah rakyat dalam dan luar negara yang mana jauh lebih penting dari berita itu," katanya lagi.
Beliau berkata, tindakan media kerajaan sendiri yang diguna untuk menyiarkan secara berlebihan berita seumpama itu menggambarkan seolah-olah pihak kerajaan sendiri mahu menerapkan etika media yang menumpukan kepada dunia artis.
"Kita tidak mungkin boleh menjadikan Malaysia sebagai negara yang memberi kepentingan kepada pembinaan modal insan jika budaya berfikir sebegini dijadikan keutamaan dalam masyarakat," dakwanya lagi |
posted by jasindaily online @ 8:23 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|