Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PASTIKAN 880 PROJEK TIDAK DISELEWENGKAN
Monday, July 24, 2006
National Implementation Task Force (NITF) bagi Rancangan Malaysia ke-9 mesti bebas dan terdiri daripada profesional yang tidak partisan bagi memastikan 880 projek yang bernilai RM15 bilion diselesaikan mengikut masa, menurut spesifikasi, pada harga yang terbaik bagi semua rakyat Malaysia tanpa apa-apa korupsi dan kesalahan. Kebimbangan telah dinyatakan bahawa RM 220 bilion telah diperuntukan bagi RMK9 mungkin tidak akan bermanfaat kepada negara disebabkan ketirisan daripada korupsi, ketidakcekapan atau tidak efisien.

Contoh pembaziran dan penyalahgunaan kuasa ialah kelewatan 9 tahun dalam pembinaan Matrade Centre di Kuala Lumpur mengakibatkan peningkatan kos sebanyak 72% atau RM 120.5 juta kepada RM 287.5 juta. Lebih dahsyat lagi, usaha mengumpulkan pampasan RM 159.8 juta gagal apabila kontraktor tersebut dengan mudah membiarkan syarikat untuk muflis.

Dengan kumpulan pertama, sebanyak 880 projek yang bernilai RM15 bilion akan dibahagikan kalangan 21 Kementerian, peluang untuk penyelewengan lebih luas. Bagi memastikan pertanggungjawaban dan ketelusan, tidak boleh bergantung kepada Kementerian-kementerian yang berkaitan untuk memastikan projek-projek tersebut disiapkan mengikut peraturan kewangan dan prosedur binaan.

NITF yang bebas dan terdiri daripada individu-individu seperti bekas pengerusi Tranparency International Malaysia, Tunku Aziz tanpa apa-apa kepentingan. NITF juga diperlukan bagi memastikan tender dibuat secara terbuka dan telus.

Selagi NITF diketuai oleh Perdana Menteri, kakitangan kerajaan dan lain-lain ahli politik, masalah yang sama menghantui projek-projek terbengkalai dan projek kerajaan yang gagal akan berterusan. NITF tidak mempunyai keupayaan untuk memantau perkembangan 880 projek sekiranya ia tidak berfungsi sepenuh masa. Untuk NITF berfungsi dengan berkesan, ia perlu memeriksa setiap satu projek bagi memastikan perlaksanaannya mengikut jadual.

Keengganan kerajaan untuk membuka 880 projek tersebut kepada semua kontraktor Malaysia dikesali. Diskriminasi seperti ini bertentangan dengan kata-kata perdagangan bebas dan ia hanya menunjukkan 'double standard' di mana kerajaan mengadakan perdagangan bebas dengan negara-negara luar tetapi tidak dengan rakyatnya sendiri.
posted by jasindaily online @ 2:14 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com