Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KEGANASAN UPM ADALAH HASIL AUKU
Monday, July 24, 2006
Kejadian keganasan terhadap mahasiswa yang berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini, di mana berlaku kes mahasiswa diugut oleh sekumpulan pimpinan mahasiswa yang mengelar dirinya kumpulan Aspirasi ketika membuka kaunter perkhidmatan dalam kampus.

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah berpandangan kejadian ini adalah kesan langsung akibat kongkongan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, di mana mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) telah dinafikan hak mereka untuk berpersatuan, berhimpun dan bersuara.

Hak dan kebebasan mahasiswa sentiasa terhakis di bawah naungan AUKU 1971. Mereka bukan sahaja tidak dibenarkan untuk bergiat dalam kesatuan, organisasi dan parti politik di luar universiti, malah mereka juga tidak memiliki persatuan mahasiswa yang melantik pimpinan sendiri dan mentadbir sendiri.

AUKU 1971 juga memperuntukkan kuasa penuh kepada pentadbir universiti iaitu Naib Canselor, di mana Naib Canselor berkuasa membubar sebarang pertubuhan, badan dan kumpulan mahasiswa.

Menurut Azizah, universiti sepatutnya menjadi tempat mahasiswa belajar untuk memimpin, menguruskan pertubuhan serta menimba pelbagai ilmu. Malangnya AUKU 1971 telah menghalang mahasiswa daripada melalui segala proses pembelajaran tersebut.

Beliau menambah bahawa kejadian keganasan di UPM adalah satu bukti kegagalan IPTA, di bawah sekatan AUKU 1971, untuk melahirkan mahasiswa yang dapat berfikir secara terbuka dan matang serta bertindak secara rasional.

Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya memberi prihatin yang secukupnya terhadap kes keganasan kampus ini dan mengambil kes ini sebagai satu indikasi untuk mengkaji semula kelemahan AUKU 1971 berlandaskan implikasi negatifnya yang merugikan seluruh bangsa Malaysia dalam jangka masa panjang.
posted by jasindaily online @ 2:19 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com