Tidak ada yang dapat menipu bekas juruterbang Tentera Udara dan pesawat komersial Russ Wittenberg pada pagi insiden 9/11 yang dipentaskan anasir hitam rejim Bush. Beliau tahu yang ianya adalah kerja orang dalam serta menyedari yang 'golongan berkuasa tertentu' telah merancangkan helah kotor sama seperti yang pernah mereka lakukan dalam pembunuhan Presiden Kennedy dan kecelakaan Pearl Harbour. Kerajaan mungkin telah berjaya memperbodohkan jutaan rakyat Amerika dengan cerita rasmi itu, namun mantan juruterbang pejuang itu yang berpengalaman menerbangkan 100 misi kombat di Vietnam dan mengendali kokpit Pan Am dan United selama 35 tahun bukanlah mangsa penipuan sebegitu.
Kini, walau setelah hampir empat tahun, Wittenberg masih lagi menggeleng-gelengkan kepalanya dek rasa tidak percaya dengan berkata betapa negara yang dicintainya dan telah berjuang untuknya selama 40 tahun kini telah jatuh ke dalam tangan pemimpin fascist berhati jahat yang menukar Amerika kepada sebuah negara tentera.
Walaupun ketika ia mula terjadi beliau berasa terasing seperti seekor serigala dalam reban ayam, beliau menyedari kini terutamanya bagi enam bulan terakhir lebih banyak rakyat Amerika tersedar akan hakikat yang menakutkan betapa kerajaan Amerika sendiri yang mementaskan 9/11, memulakan perang haram di Iraq dan secara asasnya bertanggungjawab akan jenayah pembunuhan ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa di sini dan luar Negara.
Walaupun ianya pahit untuk ditelan, Wittenberg berkata yang rakyat Amerika perlu ''bangun dengan kadar segera,'' menangkap mereka yang bertanggungjawab dalam kerajaan sekali pun ia mungkin bermakna perubahan sepenuhnya system politik Amerika.
Dan bagi tindakan jijik yang sedang berlaku atas nama kebebasan, mantan juruterbang pesawat F-100 di Vietnam yang tahu bagaimana rasanya berada dalam bahaya, telah membalun Ketua Turus Tentera (Commander-in-Chief, Bush) dengan berkata : ''Oh, kenapalah beliau tidak bangun dan jatuh tertancap di muncung pedangnya sendiri.''
Bercakap tentang kebencian ketara beliau akan pentadbiran Bush, beliau merumuskan 9/11 ke dalam ''pakej perang terancang yang teliti'' sogokan neokons, dengan berkata yang ianya amat perlu untuk menanam suasana ketakutan yang berterusan, iklim peperangan serta pentas sempurna bagi Akta Patriotik sundal serta akhirnya undang-undang tentera.
''Sekiranya kamu memberitahu saya dalam tahun 1970an yang perkara ini akan berlaku kepada Amerika, saya mungkin tidak dapat membayangkannya. Ianya bukan lagi negara sama yang saya telah dibesarkan kerana kesemua kebebasan Perlembagaan kita telah dilondehkan di hadapan mata kita,'' kata Wittenberg dalam perbualan telefon dari rumahnya di Carefree Az., suatu tempat yang damai serta menarik berhampiran Scottsdale.
''Cerita kerajaan yang disampaikan kepada kita berkenaan 9/11 memang suatu yang bahlul dan tidak masuk akal. Saya juga telah meneliti laporan Jawatankuasa 9/11 baru-baru ini, dan mendapati sekitar 110 pembohongan dan pelbagai kenyataan separuh benar serta pembuangan sebahagian bukti yang jelas merupakan satu usaha menutupi cerita sebenar bahkan juga penyelewengan dalam penyiasatan jenayah.
''Condoleeza Rice secara terang-terangan berbohong apabila memberi kesaksian dan sekiranya saya boleh menyoal beliau selama 10 minit, saya tentu sahaja boleh menyebabkan ia menangis atau terkencing dalam seluar.''
Berkaitan 9/11, Wittenberg tahu akan kelentungan perihal perampas pesawat -yang tidak pun mampu menerbangkan Piper Cub - tidak mampu menerbangkan ''burung besar'' yang beliau arif untuk bertahun-tahun, beliau juga tahu yang pesawat itu juga tidak mampu melakukan 'maneuvers' berkelajuan tinggi seperti mana didakwa kerajaan.
Beliau juga tahu yang kemungkinan bagi bahan api jet untuk meruntuhkan menara itu tidak masuk akal langsung. Malahan, beliau juga tahu yang keseluruhan kisah 9/11 seumpama menyeberangi Lautan Atlantik dengan sebuah perahu.
Dan sejurus berlaku 9/11 ketika ianya tidak popular atau dianggap hampir satu pengkhianatan untuk mempersoalkan kerajaan, Wittenberg menjadi juruterbang komersial pertama dengan pengalaman menerbangkan jet yang digunakan dalam 9/11 secara terbuka telah menolak cerita rasmi kerajaan.
Walaupun telah berucap secara terbuka dalam banyak majlis tentang cerita pembohongan kerajaan tentang 9/11, hanya setelah 16 September 2004, barulah kenyataan kontroversinya disiarkan dalam Wing TV, mencetuskan perdebatan hangat di kalangan para juruterbang serta golongan lain yang berpaut kepada cerita kelentungan kerajaan.
Beliau amat arif tentang corak penerbangan ''burung besar'' itu seperti belakang tangannya, Wittenberg dengan yakin mempertikaikan betapa tidak mungkin untuk Penerbangan 77 ''turun 7,000 kaki dalam masa dua minit, sambil membuat belokan tajam 270 darjah sebelum menghentam tingkat pertama Pentagon tanpa menyentuh halaman bangunan itu.''
Wittenberg mendakwa pemanduan berkelajuan tinggi tentu sahaja akan menyentap pesawat jet itu menjunam, menambah ianya ''mustahil sepenuhnya bagi seorang amatur yang tidak pun tahu menerbangkan Cessna mengawal jet tersebut lagak seorang profesional yang mahir, suatu tindakan yang kata Wittenberg beliau sendiri tidak dapat melakukannya walau telah 35 tahun memandu jet komersial tersebut.''
''Bagi seseorang untuk terus terjun ke dalam kokpit dan menerbangkan pesawat seperti seorang jagoan adalah mustahil - satu dalam seribu orang pun tak mungkin,'' kata Wittenberg, mengingati betapa ketika ia meningkat dari Boeing 727 kepada pesawat yang lebih maju bercirikan komputer seperti 737 sehingga 767 ianya mengambil masa yang agak lama sebelum selesa menerbangkannya.
''Saya perlu dilatih untuk menggunakan sistem baru yang berkomputer. Saya tidak boleh terus duduk dan memandu begitu sahaja,'' tambah beliau.
Beliau menemui lebih banyak kecelaruan dengan cerita kerajaan berkaitan 9/11, Wittenberg mengingat kembali kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh pengawal penerbangan dalam program televisyen ABC 20/20 tiga bulan lalu.
''Sekiranya anda mendengar dengan teliti hanya juruterbang berpengalaman yang tahu betapa apa yang dicakapkannya itu berpandu kepada skrip,'' kata Wittenberg. ''Ingat transponder telah pun ditutup atas Penerbangan 77 dan ketika ianya terjadi, kesemua data penerbangan seperti kelajuan di udara serta pengenalan penerbangan pesawat turut lenyap.
''Apa yang tinggal atas skrin pengawal ialah titik hijau, itu sahaja. Namun anda melihat pengawal penerbangan dalam rancangan tersebut berkata yang beliau menjejaki penerbangan tersebut dengan kelajuan di udara serta koordinitnya yang sebenarnya mustahil sebaik sahaja transponder dimatikan. Bagaimana mungkin wanita tu tahu nombor penerbangan? Keseluruhan kisah ini adalah sebuah kelentungan dan ini salah satu contoh.''
Dan sejak dari saat Wittenberg menyeru perhatian harus diberi kepada pembohongan itu, beliau terpaksa mempertahankan pendapatnya, mempertahankan ia dengan menggunakan sedikit psikologi, kisah sejarah serta meminta pengkritik menjawab soalan sebelum membuat kesimpulan.
''Saya telah mempelajari sekian lama, ianya adalah sukar untuk mengubah minda seseorang apabila mereka tidak mendengar kata,'' kata Wittenberg. (macam ahli Umno ler!, hehe … - Penterjemah)
''Jadi, saya telah membuat keputusan dengan menyoal balas kepada mereka yang percaya akan cerita kerajaan.
''Saya meminta mereka terangkan bagaimana Bangunan 7 boleh runtuh? Saya bertanya mereka kenapa ''kotak hitam'' tidak dijumpai? Saya meminta mereka terangkan bagaimana bahan api jet- bahan api membakar yang tidak dapat mengumpulkan haba secukupnya bagi meruntuhkan dua struktur bangunan pencakar langit ketika lebih dari 90% bahan api pesawat itu telah pun terbakar di luar bangunan ketika berlanggar?''
Dan Wittenberg mempunyai ratusan soalan berat, namun katanya adalah juga penting untuk melihat 9/11 dan Perang Iraq dari perspektif sejarah.
''Adakah 9/11 dan perang menentang keganasan berbeza atau lebih serius dari Pearl Harbour dan Perang Dunia Kedua?'', soal Wittenberg. ''Hakikatnya kesemua peperangan adalah dirancang dan gerombolan saudagar bank serta kewangan yang kaya raya adalah mereka yang telah menjadi dalang serta melaksanakan kejadian seperti 9/11 dan Pearl Harbor demi kepentingan mereka.''
Mengenai pengeboman London baru-baru ini, Wittenberg berkata yang ia bosan dengan ''kaki cakap'' yang cuba menganalisis bagaimana untuk membalas keganasan apabila ''penyebab sebenar serta isu'' tentang masalah akar dengan Amerika dan dunia tidak dipedulikan.
''Ianya jelas ganjil. Mungkin polisi luar negara kita yang berterusan menjerumuskan kita dalam masalah seluruh dunia perlu dipersoalkan dengan serius,'' kata Wittenberg. ''Sekiranya benar kita benar-benar menentang keganasan, kenapa pula sempadan kita di Selatan terkangkang begitu sahaja? Ianya sungguh melucukan.''
Dengan mendakwa keseluruhan scenario neo-kons kini berjalan di Amerika dan seluruh dunia berdasarkan kepada cubaan menubuhkan kerajaan tunggal dunia yang dikawal oleh mereka yang terpilih, beliau berkata yang adalah sukar untuk menelah motif sebenar mereka, menambah yang beliau hanya mampu menawarkan tekaan ilmiah berdasar kepada apa yang telah ia kaji dan baca.
''Kuasa korup, wang tidak lagi mencukupi dan mereka ini mahukan kawalan sepenuhnya,'' tambah Wittenberg. ''Para elitis ini merasakan yang mereka jauh lebih baik dari orang lain dan secara asasnya mahukan kuasa serta kawalan ke atas sumber yang semakin menyusut dengan mencipta kerajaan tunggal dunia.
Berkaitan dengan satu lagi serangan keganasan ke atas bumi Amerika terjadi berikutan dengan pengeboman London, beliau berkata ''ia bukannya jika bahkan bila,'' seraya mendakwa yang Akta Patriotik yang menyalahi Perlembagaan itu hanya menanti masa untuk menutup mulut mereka yang tidak mematuhi serta mempersetujui rampasan kuasa dalam kerajaan kemudiannya nanti.
''Mereka meluluskan Akta itu dengan alasan. Masalah dengan sistem dua parti kita ialah kumpulan gangster yang sama telah menguasai kedua-dua parti tersebut.'' Kata Wittenberg, yang tidak pun mengundi Bush mahupun Kerry dalam pilihan raya lalu dan beliau juga merupakan pengerusi negeri Arizona bagi kempen presiden Pat Buchanan yang tewas dalam tahun 2000.
Walaupun Wittenberg masih aktif dalam politik serta mengikuti perkembangan dunia, beliau telah meninggalkan barisan hadapan politik, sebaliknya cuba meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya agenda neokons.
''Semakin ramai orang yang mula mengambil tahu, namun ianya bukanlah suatu yang mengejutkan betapa masih ramai lagi yang tidak mahu terlibat, memikirkan yang semuanya molek sahaja di Amerika,'' tambah beliau. ''Golongan seperti itu dengan santainya masih berselera menghayun kayu golf, menonton American football dan tidak melibatkan diri.''
Wittenberg, yang telah bersara sehari sebelum 9/11 telah mengalami ramalan yang aneh dan sukar diterangkan , berkata yang harga minyak tinggi telah menyebabkan ia terpaksa menjual kapal terbang peribadinya, menyatakan yang ianya semakin mahal untuk terbang demi bersuka-suka.
|