Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Pendapat: PAS perlu bergerak lebih..
Monday, May 01, 2006
Assalamualaikum
Umat Islam berada dalam keadaan yang membimbangkan, Tekanan dan Serangan musuh Islam semakin bertambah hebat dari masa ke semasa, Umat Islam yang Beriman perlu bangkit Mempertahankan Islam, Kebenaran, Kesucian dan Kemuliaan Islam di cemarkan serta di rosakkan oleh musuh Islam, Umno yang mewakili Perjuangan Islam Munafik dan Fasiq juga semakin hebat mencemarkan dan merosakkan Islam Yang Sebenar
Parti PAS sebagai Wadah Perjuangan Umat Islam Yang Beriman perlu meningkatkan lagi Usaha Berjihad, Berjuang dan Berkorban Demi Mempertahankan Islam, untuk itu PAS memerlukan Umat Islam yang Beriman, Bertaqwa dan Soleh serta Golongan Yang Bertaubat yang Kembali kepada Islam untuk menguatkan Pertahanan Islam seterusnya Mengembalikan Kegemilangan Islam dengan memberi Kemenangan kepada Umat Islam Yang Beriman (Yang Berjuang dan Berkorban didalam PAS), Ringkasnya PAS perlukan Pejuang Islam yang benar-benar Mencintai ALLAH AWJ DAN RasulNYA iaitu Mencintai Islam

Oleh itu saya ingin memberi pendapat tentang beberapa perkara kepada PAS yang saya rasa bersesuaian dengan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW
1.Tambahkan Ahli
PAS perlu menambahkan Ahli-ahli bagi menguatkan Jamaah Islam Yang Beriman, Bersatu-padu didalam Jamaah PAS (Jamaah Islam Yang Beriman) sepertimana Maksud Ayat Suci Al Quran Surah Al Imraan Ayat 103Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. Ali Imraan 103

Juga mengikut Hadis Rasullullah SAW yang Bermaksud:-Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, "Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah). H.R Ibnu Majah
Menambahkan Ahli Jamaah PAS memang penting dimana dengan Bersatu-padu di bawah PAS di bawah Pimpinan Ulama Yang Sebenar(Beriman, Bertaqwa dan Soleh) Kita sebagai Umat Islam Yang Beriman dapat memantapkan lagi Perjuangan Islam, Musuh-musuh Islam yang cuba menjatuhkan Islam daripada dalam juga begitu mudah dikenalpasti dan di musnahkan
Gerakan besar-besaran menambahkan Ahli PAS perlu dilancarkan, Umat Islam Yang Beriman perlu dikumpulkan dan di satukan, Ulama-ulama Sebenar perlu Bangkit Memimpin Umat Islam yang Beriman (Seperti Ulama PAS lakukan), Menyatukan Umat Islam Yang Beriman seterusnya memberi Kemenangan kepada Islam Sebarang Masaalah untuk menambahkan Ahli perlu diatasi segera, antara masaalah PAS dalam menambahkan Ahli seperti Ketakutan sesetengah Umat Islam Yang Beriman terutama Kakitangan Kerajaan lebih-lebih lagi Polis dan Tentera boleh diatasi dengan PAS menyediakan Ahli-ahli ''Rahsia'' atau Keahlian yang Rahsia atau merahsiakan maklumat Ahli-ahli tertentu supaya tidak memudaratkan mereka, begitu juga dengan masaalah terlalu susah untuk mendaftar sebagai Ahli PAS, PAS diharapkan menyediakan keahlian secara ''Online'' atau melalui internet, Cawangan-cawangan dan Markas-markas PAS juga perlu di aktifkan menjadi tempat Pendaftaran Ahli-ahli baru

Jamaah PAS perlu tingkatkan usaha menambahkan Ahli-ahli baru PAS, PAS boleh melancarkan Kempen besar-besaran penambahan Ahli baru (Umat Islam Yang Beriman), selain terdapat beberapa cara lagi untuk PAS menambahkan bilangan Ahli antaranya:-
1. Pendaftaran Ahli Baru ketika Ceramah-ceramah PAS
2. Pendaftaran Ahli Baru di Masjid-masjid, Surau-surau serta Tempat Awam
3. Pendaftaran Ahli Baru melalui Ibu-bapa atau keluarga yang Beriman contohnya, Bapa atau Ibu iaitu Ketua keluarga perlu Mendaftarkan anak-anak dan cucu-cucu serta keseluruhan Ahli Keluarga serta Saudara serta Jiran serta Kawan-kawan samaada memujuk atau secara paksa menjadi Ahli PAS
4. Melancarkan Kempen dari Rumah ke rumah, seperti Ahli Jamaah Tabligh dapat berjalan dari rumah ke rumah, kenapa Para Pejuang Islam PAS tidak boleh? Malah PAS juga boleh menggunakan Khidmat Ahli Jamaah Tabligh untuk ini kerana Ahli Jamaah Tabligh yang Beriman dan Bertaqwa dan Soleh sudah semestinya menyokong PAS dan menjadi Ahli PAS atas nama Perpaduan Islam
5. Kempen seperti kumpulan MLM(Direct Selling), Markas-markas PAS di gunakan bagi menarik minat Umat Islam Yang Beriman menyertai Perjuangan Islam Sebenar(Perjuangan PAS)
6. PAS juga dapat menambahkan Ahli melalui kaedah Kitab Suci Al Quran Surah Al Buruj Ayat 4 hingga 9 (Kisah Ashabul Ukhdud)
7. Program ''Demam'' sepertimana Demam Piala Dunia dan Demam Akedemi Fantasia, PAS boleh melancarkan Program Demam untuk Berjihad atau Demam Ibadah
Pertambahan dan Penyatuan Umat Islam Yang Beriman didalam PAS akan lebih memantapkan Perjuangan Islam Yang Sebenar, musuh-musuh Islam akan lebih mudah ditewaskan PAS boleh mengadakan kempen Pemulauan besar-besaran barangan musuh Islam, begitu jug Mogok secara besar-besaran dimana Umat Islam Yang Beriman akan melancarkan Mogok besar-besaran sekiranya Umat islam Yang Beriman di tindas dan di Zalimi malah Umat Islam Yang Beriman akan mudah bangkit menentang sekiranya Musuh islam termasuk kaum Munafik dan Fasiq cuba untuk merosakkan dan mencemarkan Islam, Perjuangan Islam akan lebih terjamin dengan adanya Umat Islam Yang Beriman didalam Pasukan Polis dan Tentera serta Pasukan Bersenjata yang bersiap sedia Membela dan Mempertahankan Islam daripada sebarang Ancaman musuh Islam, Umat Islam Yang Beriman juga dapat melancarkan serangan balas kepada musuh-musuh Islam dan menghapuskan Pengkhianat-pengkhianat Islam
2. Lebihkan Peranan Ulama
Ulama Yang Sebenar perlu kembali mengkaji Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW, Banyak Rahsia-rahsia seperti Cara-cara Mudah memberi Kemenangan kepada Pihak Islam dan Untuk menarik Minat Umat Islam terhadap Islam iaitu Mencintai Islam, Dalam keadaan sekarang Banyak Ulama lebih menumpukan kepada persoalan Fekah sahaja, sedangkan banyak lagi perkara yang terdapat didalam Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW tidak di ''keluarkan'' Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".Surah Al Kahfi 109
Umat Islam Awam seperti saya tidak mungkin dapat membongkarkan rahsia-rahsia Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW, Umat Islam Awam ternyata kekurangan Ilmu mengenai Kitab Suci Al Quran dan hadis Nabi SAW, Para Ulama Sebenar sahaja yang dapat menyingkap dan membongkar Ilmu-ilmu serta Teknik-teknik Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW kerana Para Ulama (Sebenar) lebih Ariff tentang Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW, oleh itu di harapkan Para Ulama dapat Mengkaji dan meneliti Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW seterusnya Membimbing Umat Islam ke Arah Kemenangan Dunia dan Akhirat
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.Al Imraan 7
Daripada Maksud Ayat Diatas jelas sekali Para Ulama Sebenar (Ulama PAS) dapat menentang ulama Fasiq dan Munafik terutama Ulama Umno yang sentiasa mencari-mencari fitnah terhadap Islam melalui Kitab Suci Al Quran
3. Menubuhkan Unit-unit Khas
PAS perlu menubuhkan beberapa Unit-unit Khas bagi memantapkan lagi Perjuangan Islam PAS, Saya mencadangkan supaya PAS menubuhkan unit-unit Khas seperti
1. Unit Khas Anti Fitnah, di mana Kitab Suci Al Quran telah menerangkan KEWAJIPAN Umat Islam yang Beriman Memerangi Fitnah Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.Al Baqarah 193
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.Al Anfal 39Unit-unit khas ini akan bertindak memerangi semua fitnah-fitnah musuh-musuh Islam, Sebagai contoh Unit Khas Ulama PAS akan memerangi fitnah-fitnah Ulama fasiq terutama ulama Umno, Unit Khas Muslimat PAS akan Memerangi Kumpulan-kumpulan Fasiq dan Munafik seperti Sisters in Islam(SIS) dan Yayasan Aids (Marina Mahathir), Unit Khas Pemuda PAS akan membantu Ulama dan Kepimpinan PAS memerangi Fitnah
2. Unit Khas Perisikan, Secara tidak langsung Berdasarkan Satu Sunnah Nabi SAW dimana Sahabat Saidina Huzaifah Al Yaman RA di arah oleh Rasullullah SAWsewaktu Perang Khandak untuk menyiasat dan mencari berita daripada pihak musuh Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.An Nisaa 94
Secara tidak langsung terdapat juga Pejuang Islam (Ahli PAS) yang bergerak secara tersembunyi di sebalik Musuh-musuh Islam sepertimana Saidina Huzaifah Al Yaman RA,
4. Mengembalikan Sistem Ekonomi Islam
PAS perlu Mengembalikan Sisitem Ekonomi Islam sepertimana yang telah di buat Rasullullah SAW dahulu (selepas Hijrah), Keadaan ekonomi dunia ketika ini telah kembali kepada Zaman Jahilliyah juga secara tidak langsung telah “menghilangkan” Sistem Ekonomi Islam, Rasullullah SAW telah Membangunkan Ekonomi Umat Islam dengan begitu baik sekali, Taktik dan Teknik Rasullullah SAW Membangunkan Ekonomi amat perlu dilakukan pada masa kini, Ekonomi Malaysia dan Dunia yang di kuasai oleh Musyrikin terutama Yahudi akan dapat di Saingi oleh Umat Islam sekiranya Sistem Ekonomi Rasullullah SAW di Amalkan Semula, Perkara ini kita serahkan kepada Para Ulama yang lebih Ariff untuk melaksanakannyaDaripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".H.R. Muslim
5. Menubuhkan Kumpulan Muhajirin dan Ansar
PAS perlu tubuhkan Kumpulan Muhajirin dan Ansar supaya Pengurusan Perjuangan Islam PAS akan lebih tersusun sepertimana Zaman Rasullullah SAW (Zaman Kegemilangan Islam), Secara Praktikalnya PAS sudah mempunyai Satu Kumpulan Muhajirin iaitu Anak Kelantan Di Perantauan, PAS perlu perluaskan lagi kepada Semua Negeri dan jika boleh menjadi Umat Islam di Perantauan (Muhajirin)Kumpulan Muhajirin dan Ansar Ini penting kerana sudah menjadi Fitrah manusia yang berhijrah(Muhajirin) ingin kembali ke tempat Asalnya (balik kampung), berdasarkan Sunnah Rasullullah SAW kita dapat lihat Kaum Muhajirin mempunyai sesuatu ''kelebihan'' yang tidak di punyai oleh Kaum Ansar
Terjemahan didalam Perjuangan Islam PAS ialah PAS boleh menggunakan Umat Islam Yang Beriman yang Berhijrah bagi membantu Umat Islam Ansar (Asal) untuk meningkatkan perjuangan PAS, Sebagai contoh Cawangan-cawangan PAS yang tidak aktif boleh diaktifkan oleh Ahli PAS yang di ''import'' iaitu yang Muhajirin, Seperti Cawangan PAS di salah satu kawasan di Negeri Selangor yang tidak aktif Ahli PAS di kawasan tersebut (Ansar) boleh meminta bantuan daripada PAS Negeri atau PAS Pusat menghantar Kumpulan Muhajirin bagi membantu Cawangan PAS yang kurang Aktif tersebut, Ahli PAS yang Berhijrah(Muhajirin) perlu menghidupkan Perjuangan Islam dimana sahaja mereka berhijrah
Sekian sahaja untuk kali ini, Saya ingin menyatakan pendapat yang saya kemukakan di sini bukanlah untuk mempertikaikan sesiapa terutama Pemimpin dan Ulama Yang saya Hormati lagi Muliakan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS serta Para Ulama dan Para Saudara saya Seislam Tercinta Insan-insan Soleh serta Beriman dan Bertakwa sekelian, Yang baik daripada ALLAH SWT , Yang Buruk itu datang daripada saya sendiri, Saya memohon Jutaan Kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan menyinggung Saudara-saudara saya Yang Beriman
ibni ahmad
WASSALAM
posted by jasindaily online @ 3:54 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com