Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Kritikan hanya pandangan peribadi - Dr. Mahathir
Tuesday, May 02, 2006
SEPANG 1 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakannya menyuarakan kritikan terhadap beberapa keputusan kerajaan hanyalah pandangan beliau semata-mata.

Beliau berkata, ia adalah sejajar dengan haknya sebagai rakyat negara ini.

''Tindakan saya mengkritik keputusan kerajaan membatalkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana ia menyentuh soal kedaulatan negara.

''Saya mengakui pernah berjanji untuk tidak campur tangan dalam urusan politik negara dan atas janji itu, saya tidak pernah memberi sebarang komen terhadap banyak perkara salah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan masa kini.

''Kita nak buat jambatan pun kena minta kebenaran dari negara lain, mana ada kedaulatan,'' katanya ketika ditemui pemberita sejurus kembali dari London, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau tidak akan mempedulikan apa jua pandangan atau kritikan yang dituju kepadanya ekoran tindakan tersebut.

Dr.Mahathir selanjutnya memberitahu, terserah kepada kerajaan untuk menghargai atau tidak pandangan yang telah diutarakan oleh beliau berhubung keputusan membatalkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor itu.

Malah, beliau menambah, kerajaan masa kini juga boleh buat apa sahaja yang mereka mahukan kerana mereka memiliki kuasa.

''Saya hanya utarakan pandangan saya sahaja kerana saya tidak ada kuasa untuk bertindak lebih daripada itu.

''Tetapi jika rakyat sokongan keputusan itu, okeylah, walaupun kita kena bayar lebih RM100 juta (kepada kontraktor pembinaan) selain bersedia untuk akur kepada Singapura,'' katanya
posted by jasindaily online @ 3:33 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com