Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Sebuah keGATALan & Kesalahfahaman berkenaan Hukum-Hakam Islam
Monday, May 01, 2006
Assalamualaikum,

Saya tidak berminat untuk mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rantau Panjang yang telah menimbulkan kemarahan kepada banyak pihak kerana pada pandangan saya, ianya adalah pendapat peribadi yang tidak mewakili pandangan sekelompok orang atau sebahagian besar masyarakat Islam (apparently non-muslim pun marah juga) terhadap isu janda & perceraian. Jauh sekali untuk mengatakan ianya adalah pandangan yang dipegang oleh PAS. Saya sebaliknya ingin mengulas kesalah-fahaman (misconception) akan beberapa hukum-hakam dalam Islam yang sering menimbulkan salah-sangka, perselisihan, kesedihan dan juga fitnah.

Mukadimmah
Manusia diciptakan Allah Subhanahu Wa Taala dengan memiliki naluri (gharizah) untuk melanjutkan keturunan yang mana hasil dari naluri ini, timbul keinginan untuk berkahwin, beranak pinak, mengasihi ibu bapa, menyayangi sanak saudara dll. Perkahwinan adalah satu jalan untuk memenuhi tuntutan naluri untuk berkembang biak (procreation instinct) - melanjutkan keturunan melalui zuriat dengan cara yang halal. Justeru, perkahwinan adalah satu SOLUTION. Jalan keluar untuk menjadi benteng kepada orang-orang beriman yang telah mampu untuk bernikah.

"Wahai para pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang mampu berumahtangga, maka bernikahlah. Sebab bernikah itu dapat menundukkan pandangan dan membentengi kemaluan. Namun sesiapa sahaja yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa sebab puasa itu dapat menjadi benteng (bagi seseorang)" [HR Bukhari].

Indahnya hukum-hakam dalam Islam menjadikan umat Islam terpelihara iman dan terpenuh kehendak nalurinya yang mana ada jalan penyelesaian untuk menyatukan seorang ADAM & seorang EVE. [ Tidak seperti undang-undang gila Barat yang meluaskan pemenuhan kehendak seksual kepada sesuatu yang diluar tabii dan fitrah manusia hingga sanggup mengizinkan penyatuan seorang ADAM dan seorang stEVE].

Secara teorinya, perkahwinan itu diharapkan dapat merealisasikan impian untuk menikmati sakinah, mawaddah wa rahmah. Sungguhpun begitu, alam perkahwinan itu mungkin tak seindah yang dibayangkan sewaktu bercintan-cintun. Tidak seindah filem Bollywood yang menyaksikan pasangan bertukar pakaian berkali-kali dan dihiasi warna-warna pelangi. Sinar cerah mentari yang diharap akan mewarnai kehidupan hingga hujung nyawa berkemungkinan tewas dek tempiasan deraian awan kumulus-nimbus di tengahari. Semasa berkasih-kasihan mungkin masing-masing berebut-rebut untuk memintal awan gemawan menjadi pengikat kasih bak puisi Sasterawan, Usman Awang. Tetapi setelah tsunami melanda, segalanya direnggut - meninggalkan istilah ketenangan (sakinah), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah di dalam tulisan-tulisan di novel dan majalah. Perkahwinan yang pada awalnya menjadi jalan keluar, tidak lagi menjadi SOLUTION. Justeru, jalan keluar adalah perceraian. Istilah yang masih 'taboo' dan digeruni banyak pihak khususnya kaum wanita.[ It's the last thing in mind!]

Teringat kisah yang diceritakan oleh pensyarah kami di Akademi Islam UM berkenaan dengan seorang wanita yang meminta nasihatnya. " Saya takut nak bercerai ustaz. Nanti Arasy bergegar. Nanti tak cium bau syurga". Meneliti perjalanan hidup wanita yang mana suami tidak lagi pulang ke rumah, tidak memenuhi nafkah zahir batin malah kena beri nafkah pula kepada suami dan isteri barunya (dipaksa memberi wang kepada suami setiap bulan), ustaz memberi saranan agar dia bercerai. Komen ustaz, "Arasy bergegar kalau laki kau tu baik, kau saje je minta cerai". Ya, wanita itu pasti takut dilabel itu ini jika meminta fasakh termasuk berkemungkinan dicap sebagai 'gatal' atau lain-lain perkataan yang tidak enak didengar.

Persepsi Masyarakat terhadap Perkahwinan & Perceraian
Masyarakat termasuk sebahagian umat Islam melihat perkahwinan itu sebagai sesuatu yang mesti. La budda. Wajib. Tidak boleh tidak. Kahwinlah walau macamana pun. Kalau tak bahagia pun, sekurang-kurangnya dah cuba. You must get married. People don't care less whether you're happy or not. Bahagia atau derita adalah agenda no. 17. Memetik kata-kata Socrates - By all means, get married. If you're lucky, you'll be happy. If not, you'll become a philosopher (merujuk kepada dirinya yang dihalau oleh isteri hingga menjadi ahli falsafah).

Status seseorang di sisi masyarakat dilihat dari status perkahwinan khususnya wanita. Tinggi manapun kedudukan at au pangkat, banyak manapun ijazah yang dikumpul, jauh manapun kaki melangkah - tidak lengkap jika berstatus andalusia (anak dara lanjut usia). Ibu bapa juga seringkali menjadi 'stress' kerana masih menyimpan bunga yang sedang-elok untuk dipetik. [ Siapa yang mahu menyimpan buah yang telah ranum, anyway?].

Masyarakat juga jarangsekali melihat isu-isu seperti poligami dan perceraian sebagai 'jalan keluar' walaupun kedua jenis perbuatan itu adalah jalan penyelesaian yang halal menurut syarak. More often than not, orang yang memilih dua jenis opsyen ini dipandang dari sudut yang negatif. Kenapa?

Kesilapan Pelaksanaan Hukum-Hakam menjadi Ukuran
Tidak jarang kita dengar kenyataan berbau sinis seperti - pakai je tudung tapi...... Lebih baik mcm si XXX, tak pakai tudung pun baik! Belajar agama sampai dapat master tapi..... Perilaku orang yang memilih untuk melaksanakan suatu kewajipan itu dijadikan sebagai ukuran. Begitu juga dengan isu seperti perceraian dan poligami. Pihak-pihak yang memilih untuk bercerai atau berpoligami disampingnya "canggih" dan "efisyen" nya Mahkamah Syariah hari ini dalam memutuskan permohonan cerai dan poligami menjadikan kedua jenis opsyen (pilihan/alternatif) diletakkan dalam kandang orang salah. Pihak berkuasa (hairan a/l ajaib – betulkah Mahkamah Syariah berkuasa ataupun Perlembagaan Persekutuan yang berkuasa?) pula "menawarkan" berbagaikan prosedur yang amat payah hingga menjadikan hukum Islam dan Islam itu sendiri dianggap sebagai jahat, barbaric, ketinggalan zaman dan menyiksa golongan wanita.
Kelemahan akidah yang disulami oleh kegiatan mencucuk oleh NGO mengaku Islam seperti sistersInIslam yang seringkali mentakwilkan hukum syarak sesedap rasa menyemarakkan lagi api kebencian terhadap undang2 berkenaan keluarga, yang mana tempiasnya turut dibabitkan dengan hukum-hakam Islam yang lain. Agenda mereka untuk memusuhi orang-orang yang ikhlas mahukan Islam dapat direalisasikan dengan melihat perilaku sebahagian umat Islam yang memilih bercerai atau berpoligami sebagai jalan keluar kemelut yang melanda rumahtangga.

Ketaqwaan - Kayu Ukur Mulia-Hinanya Manusia
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (QS al Hujurat 49:13)

Mantapnya akidah seseorang Muslim itu dilihat dari kesediaannya menerima hukum hakam yang jelas (qat'iy). Menerima hukum berkenaan solat sama dengan menerima kemubahan hukum poligami, hukum berkenaan talak, selain turut menerima hukum hakam berkenaan dengan sistem hukuman seperti hudud, jinayah (qisas) sama seperti menerima hukum-hakam berkenaan riba', jual beli, sistem pemerintahan dsb.
"Kami dengar dan kami taat" (QS Al-Baqarah 2:285). Dalam apa jua keadaan, kita cuba mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya semaksima kemampuan kita sebagai mematuhi firman Allah "Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu" (QS At-Thagabun 64:16).

Justeru, janganlah kita melihat kesilapan dalam melaksanakan hukum-hakam Islam seperti kezaliman suami dalam melaksanakan kewajipan dalam "kasih-sayang berangkai" membuktikan undang-undang Islam kejam. Begitu juga, umat Islam yang memilih untuk bercerai itu dianggap jahat atau gatal. Sedangkan dari sirah, kita dapati ada pasangan yang bercerai bukan kerana mereka tidak baik, tetapi tidak ada 'chemistry' cukup untuk melayarkan bahtera rumahtangga dengan aman-sentosa ke akhir hayat sebagaimana kisah Zaid dan Zainab (yang kemudiannya dinikahi Rasulullah).

Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya kerana hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "(QS Al-Baqarah 2:216).

Wassalam.
posted by jasindaily online @ 4:22 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com