Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Jambatan Bengkok: Where do we go from here?
Monday, May 01, 2006
Assalamualaikum,

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

Apalah ertinya sebuah janji atau kepentingan rakyat jika ia bisa menggugat periuk nasi dan political survival. Dalam sistem pemerintahan berasaskan ideologi kapitalis, sesuatu perkara dilakukan atau ditinggalkan berdasarkan "cost-benefit". Dalam apa jua keadaan, mereka akan dipastikan 'bottom line' tidak terjejas sungguhpun rakyat jelata yang perlu membayar harganya dalam bentuk harga barangan & perkhidmatan yang semakin mahal, kuasa membeli (purchasing power) yang semakin sedikit.Kepada rakyat yang kurang prihatin dengan sistem politik, yang turut dicengkam kekejaman sistem kapitalis yang merenggut pendapatan boleh-guna (disposable income) mereka, tiada beza samada jambatan lurus atau bengkok dihenti atau diteruskan. They couldnt care less coz they could hardly make ends meet. Sistem Pemerintahan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia ini akan kekal menghimpit dan menyempitkan pemikiran rakyat dan menambah sesak dada golongan bawahan sekiranya hanya pemimpin yang bertukar ganti.

Tanpa ilmu, tanpa kesedaran - kita yang mengaku umat Islam. Umat terbaik, we go NOwhere. Umat terbaik, ie Khairu ummah ~ Surah Ali Imran 110. Kuntum khaira ummatin ukhrijats linNas - kamu adalah umat terbaik dari kalangan manusia. You are the best ummah ever raised up from mankind. Apabila kita mengaku khaira ummah, kita membacakan Inna solati wanusuki wa ma yahya wa mamaati LILLAHIROBBIL 'ALAMIN dalam doa iftitah itu, pasti kita akan memastikan kita memiliki daya untuk berfikir lebih dari kapasiti biasa. Berfikir untuk mencari jalan keluar. Jalan penyelesaian, once and for all. Bukan short-term measure. Bukan gula-gula untuk rakyat tenggelam dalam dengungan Gemilang, Cemerlang, Terbilang.

Mampukah pemikiran dan akal yang Allah kurniakan membawa kita pada penyelesaian menurut syarak yang tidak sekadar membawa kesejahteraan umat manusia (muslim & non-Muslim) di dunia dan akhirat?

Pernahkah kita menoleh sejenak dan mencari-cari dalam lipatan sejarah bagaimana kegemilangan Islam telah membawa rahmat kepada lebih 2/3 penduduk dunia lebih 1300 tahun lamanya? Adakah kisah-kisah itu hanya layak bersemadi di arkib dan di khutubkhanah?

Penyelesaian total bukan sekadar memuaskan hati rakyat dengan isu jambatan bengkok, akan tetapi penyelesaian total adalah dengan mengembalikan semula kegemilangan Islam sebagai Super Power agar bukan si mata sepet dari Temasik sahaja yang gentar tetapi juga Bush Jr Laknatullah 'Alayhi serta kuncu-kuncunya gentar akan umat Islam. All these, need MORE than just writing and discussing it in the NET.

Wassalam.
posted by jasindaily online @ 4:30 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com