Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BANTAH CADANGAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK KERANA AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT
Monday, May 01, 2006
Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) membantah sebarang usaha untuk menaikkan tarif elektrik seperti mana yang telah digembar-gemburkan sejak kebelakangan ini. Rakyat hari ini telah mula terasa bebanan dengan kenaikan harga minyak. Sekiranya kenaikan tarif elektrik diluluskan bermakna episod duka dan sengsara rakyat akan berlarutan.
Ura-ura kenaikan kadar tarif elektrik bermula pada 25 Februari 2006 di mana Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik telah mengumumkan bahawa kenaikan ini mungkin diumumkan seawal bulan Mac 2006 atau bulan berikutnya selepas mendapat kelulusan Kabinet. Namun apabila kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.30 telah diumumkan pada 28 Februari 2006, rakyat tertanya-tanya apakah akan berlaku kenaikan tarif elektrik seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.
Untuk meredakan keadaan, Pada 10 Mac 2006, Perdana Menteri Malaysia telah memberi jaminan dengan menyatakan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai kenaikan kadar tarif elektrik biar pun ketika ini TNB menghadapi masalah aliran tunai.
Namun penanguhan ini hanyalah bersifat sementara kerana kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tarif elektrik yang dijadualkan Mac 2006, selepas Kabinet menolak permohonan kenaikan 10 peratus yang diminta oleh TNB. Namun penolakan itu bukannya bersifat total tetapi TNB sebaliknya diminta mengkaji kemungkinan hanya menaikkan tarif berdasarkan penggunaan 200 kilowatt sejam sebulan.
Pemuda BA Johor melihat bahawa kenaikan tarif eletrik pasti akan berlaku apabila Lim Keng Yaik telah membuat kenyataan pada 14 April bahawa bahawa rakyat Malaysia perlu bersedia mengeluarkan wang yang lebih untuk membayar bagi penggunaan tenaga elektrik di masa hadapan. Beliau menyatakan bahawa TNB sekali lagi perlu menjelaskan kepada orang ramai mengapa kenaikan tarif yang begitu dinanti-nantikan oleh TNB wajar dilaksanakan tetapi kerajaan turut memberi jaminan yang kumpulan berpendapatan rendah tidak akan terjejas.
Pemuda BA Johor membantah cadangan menaikkan tarif elektrik kerana masalah yang dihadapi oleh TNB sebenarnya berpuca daripada kelemahan kerajaan dan TNB sendiri. Cadangan untuk menaikkan tarif elektrik untuk mengatasi masalah aliran tunai sebenarnya hanyalah untuk menutup kelemahan tersebut. Melalui maklumat yang disiarkan di dalam media, kerugian TNB sebenarnya berpunca daripada beberapa kelemahan iaitu :
i. Perjanjian berat sebelah di antara TNB dengan IPP yang mana menguntungkan sebelah pihak sahaja. Antara penyumbang kepada masalah itu ialah tanggungan yang membebankan ke atas IPP kerana TNB terpaksa membayar lebih RM4 bilion setahun kepada syarikat penjana tenaga bebas itu tanpa mengira sama ada kapasiti elektrik digunakan sepenuhnya atau tidak. Masa kini sembilan IPP bernaung di bawah lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen. Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mesti mengkaji semula perjanjian ini kerana perjanjian ini akhirnya akan menyebabkan TNB terus mengalami kerugian.
ii. Ketidakseimbangan kos perbelanjaan dengan keuntungan. Kos perbelanjaan modal TNB adalah sebanyak RM6.6 billion setahun melebihi daripada keuntungan purata tahunan iaitu RM 1.5 billion.
iii. Hutang TNB yang tinggi iaitu RM 29.9 billion.
iv. Jumlah kadar tunggakan bil elektrik terlalu tinggi. Sehingga Januari 2006, jumlah tunggakan 10 syarikat teratas sahaja telah terkumpul sebanyak RM295.08 dan Perwaja Steel Sdn Bhd mendahului dengan jumlah RM254.33 jutav. Jumlah tunggakan bil elektrik pengguna seluruh negara pula : RM2.3 billion, ia terbahagi kepada beberapa sektor dan sektor industri mendahului dengan jumlah RM1.12 billion.
Bermakna, sekiranya semua masalah-masalah ini dapat diatasi maka desakan untuk menaikkan tarif elektrik sudah semestinya dapat dielakkan.Pemuda BA Johor melihat bahawa laporan yang ada menyebut bahawa ada “berita baik” untuk para pengguna yang menggunakan tenaga elektrik kurang dari RM 23 sebulan yang mengatakan tiada tambahan bayaran akan dikenakan. Apapun, kita ingin tegaskan bahawa sama ada penggunaan elektrik kurang atau lebih dari RM 23 sebulan, itu bukannya persoalan pokok. Yang penting dan utama ialah implikasi kenaikan tersebut kepada perbelanjaan rakyat, khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Tambahan pula pendapatan majoriti rakyat Malaysia tidak mengalami sebarang peningkatan sepanjang 3 tahun yang lalu.
Pemuda BA Johor memberi amaran pihak pengurusan TNB untuk tidak melakukan sebarang usaha menyukarkan rakyat dengan mencadangkan kenaikan tarif elektrik dan seandainya akan berlaku juga kenaikan ini, kami tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan politik sekiranya perkara ini berlaku.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
PengerusiJawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor
(Ketua Dewan Pemuda PAS Johor)
Nurin Aina Binti Abdullah
Timbalan PengerusiJawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor
(Ketua Angkatan Muda KeADILan Johor)
posted by jasindaily online @ 5:39 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com