Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Bapa Marina lantik tentera upahan serang Abdullah
Tuesday, May 02, 2006
Bekas Perdana Menteri yang juga merupakan bapa Marina dan Mukriz, yang berperasaan dialah yang sempurna, telah melancarkan perang terbuka secara rasmi dengan Abdullah Badawi al-Hadhari. Nampaknya bapa Marina itu tidak boleh menahan sabar lagi dan terpaksa bertindak. Untuk memastikan agendanya tercapai – agar Abdullah jatuh tergolek makan pasir, beliau tidak lagi menyerang secara senyap bersendirian, sebaliknya mula mencari dan mengupah beberapa askar pencen sebagai laska upahan.

Forum anjuran Biro Penerangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda Umno Pulai, yang berlangsung beberapa hari lalu bolehlah disifatkan sebagai wadah terbuka untuk menyerang Abdullah. Sementara ahli panel forum berkenaan adalah tentera upahan bekas PM itu.

Walaupun forum itu tidak menamakan tajuk perbahasanya rasmi untuk memperlekehkan Abdullah, namun itulah intipati dan juga maksud maka forum itu diadakan jauh di Selatan. Ia tidak membawa maksud positif kepada pentadbiran Abdullah Badawi al-Hadhari, melainkan cuba untuk menjatuhkan maruahnya.

Kenapa forum itu diadakan di Selatan bukannya di Kepala Batas? Mungkin untuk menunjukkan ianya tidak ada kena mengena dengan agenda untuk mejatuhkan Abdullah, maka ianya diadakan jauh di Selatan. Lagi pun untuk menayangkan kepada Singapura, bahawa Pemuda Umno berani melawan sesiapa sahaja, maka mereka bersedia berforum hatta di pinggar Selat Tebrau.

Ahli panel utama forum tersebut ialah anak bekas PM, Mukriz. Nampaknya bekas PM itu telah menggunakan anaknya untuk mempertahankan maruah dan juga menjamin penerusan kekuasaan politik mereka ke atas Umno dan Malaysia. Apa yang Mukriz ucapkan dalam forum tersebut, ialah meminta rundingan dengan Singapura dibuka semula.

Mukriz tidak langsung menyebut soal jambatan menggantikan Tambak Johor itu, namun apa yang dimaksudkan di sebalik itu ialah mengenai projek itulah. Dia bercakap agak luas, termasuk soal wang caruman rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF). Itu adalah bunganya saja, namun natijah ialah mengenai projek jambatan yang diilhamkan bapanya dan dibatalkan oleh Abdullah Badawi al-Hadhari itu.

Benar, isu utama forum itu ialah mengenai penutupan projek itu yang mana ianya dianggap sebagai langkah tidak bijak Abdullah. Tetapi apabila Mukriz mempersoalkan itu, tidak salah kalau kita beranggapan mungkin beliau ada kepentingan di sebalik projek bernilai RM620 juta itu. Bagi Mukriz penutupan itu bukan sangat menjejaskan maruah dan wibawa negara, tetapi menjejaskan periuk nasinya anak beranak?

Sekali lagi bagi kita, soal itu tidak timbul. Kerana selama ini pun, anak, menantu, isteri dan apa-apa saja orang yang ada kaitan dengan perdana menteri, menteri malah driver perdana menteri memperolehi apa juga kepentingan dari apa-apa projek yang dibangunkan. Tidak dinamakan Malaysia kalau setiap projek yang dibangunkan itu tidak ada kepentingan peribadi dengan menteri dan Umno.

Yang menarik, cadangan Mukriz itu bertentangan dengan suara kolektif pemuda Umno. Malahan pemuda Umno menjelaskan pandangan Mukriz itu tidak ada kena mengena dengan Umno. Pemuda Umno sebaliknya tetap berdiri teguh dengan keputusan yang diambil Abdullah Badawi al-Hadhari.

Jelaslah, bahawa suara Mukriz itu bukan suara Pemuda, sebalik suara dirinya sendiri. Suara diri sendiri adalah suara yang diludahkan oleh bapanya ke dalam halkumnya untuk menyatakan rasa tidak senang itu. Boleh dianggap Mukriz pada majlis forum itu sebagai mewakili bapanya sendiri.

Begitu juga kalau diperhati dan disiasat kepada latar belakang dan hubungan politik setiap ahli panel lain dengan Abdullah Badawi al-Hadari. Semua mereka ada masalah dengan Abdullah. Sanusi Junid misalnya, sudah lama berdendam dengan Abdullah.

Si Aceh jawi ini cemburu hati dengan Abdullah kerana dia tidak pernah menduga orang yang dianggap lekeh dan lembek berbanding dengannya sampai boleh jadi perdana menteri. Jadi Sanusi sanggup terbang ke Johor semata-mata untuk memuji bekas PM dan serentak melanyak dan membaham Abdullah. Bila dibelek kepada sejarah, persahabatan dan pergaduhan di antara mereka berdua, Sanusi dan Abdullah, ini tidak menghirankan. Sanusi manusia yang merasakan dialah terbijak, terpandai dari segala orang termasuk juga ayam itik, lembu kambing di negara ini, sejak dulu lagi memperlekehkan Abdullah. Dia merasakan Abdullah adalah anak-anak tadika kepada sekolahnya.

Jadi apabila Abdullah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri, terkejut beruk Sanusi dibuatnya. Dia tidak percaya orang yang dianggap tongok, bodoh dan lembek itu rupa-rupanya lebih bernasib baik darinya. Inilah menyebabkan Sanusi jealous dan dengki kepada Abdullah. Baginya perdana menteri bukan Abdullah kalaupun tidak dirinya sendiri.

Jadi kerana dendam dan perangai buruk itulah, Sanusi bersedia menghadiri forum tersebut menjadi kuda kayu kepada bekas PM dan mengambil peluang mengkritik Abdullah sambil memuji bekas PM. Manalah tahu kalau bekas bosnya itu naik lagi boleh tumpang semangkuk menjadi menteri semula dan dapatlah membantu kaum keluarga yang melarat di Aceh sana disebabkan disimbah tsunami setahun lalu.

Begitu juga Abdullah Ahmad, yang mahu dikenali dengan Dolah Kok Lanas, sebaliknya lebih paten (sesuai) kalau disebut Dollah Komunis; ini pun seorang lagi makhluk berkaki dua yang suka membodek. Dendamnya dengan Abdullah Badawi al-Hadhari bermula apabila beliau kena tendang macam bola dari NST. Jadi bila ada peluang luas untuk dia mencari kesempatan kritik Abdullah, tidaklah dilepaskannya.

Sukar untuk dipercayai kalau mereka berdua, Sanusi dan Dollah Komunis tidak ada agenda bersama – menjadi tentera upahan bekas PM, untuk duduk sekali. Tidak mungkin mereka duduk sekali dalam satu majlis. Seorang bersemangat nasionalis seorang sosialis, komunis. Mereka tak ubah seperti minyak dengan api. Tetapi kerana ada agenda, untuk mengampu bekas PM, mereka boleh melupai apa yang bergelora di dalam jiwa mereka. Inilah manusia-manusia munafik!

Jelaslah mereka yang sudah tidak ada kerja itu rela menyediakan diri untuk menjadi laskar upahan bekas PM. Mereka sanggup mendapat 25 sen sehari asalkan dapat melakukan sesuatu kerja untuk kepuasan mereka.

Dengan bermulanya forum yang dianggotai oleh askar upahan itu, akan ada lagi beberapa forum atau majlis untuk memburukkan Abdullah Badawi al-Hadhari selepas ini. Perang sudah bermula, ia tidak mudah untuk dihentikan melainkan salah seorang di antara mereka akan mengangkat bendera putih
posted by jasindaily online @ 3:48 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com