Memang benar pendapat bahawa Parti PAS tiada Ideologi, ini kerana Perjuangan PAS adalah berlandaskan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah, Perjuangan PAS adalah sama dengan Perjuangan Rasullullah SAW, tambahan PAS sekarang di terajui oleh Golongan Ulama Yang Soleh lagi Beriman, ''Ideologi'' PAS samalah dengan ''Ideologi'' Rasullullah SAW tidak berubah sedikitpun, Perjuangan PAS akan menang juga akhirnya terutama di Akhirat, Tewas dalam Pilihanraya tidak bermakna tewas dalam Perjuangan Islam, PAS akan menang Pilihanraya jika ramai Umat Islam Yang Beriman, Apa yang penting Perjuangan PAS adalah Wadah Perjuangan Islam sementara ada hayat di muka bumi ini
Politik tidak penting kepada PAS, Parti PAS atau Permainan Politik hanya digunakan oleh Umat Islam Yang Beriman terutama Ulama untuk Mempertahankan Islam, Demi Menjaga dan Memelihara Kemuliaan Islam Para Ulama Yang Beriman dan Soleh (Ulama Sebenar) terpaksa bergelumang dengan Politik, Untuk Berperang atau bergaduh atau berlawan menggunakan senjata adalah sesuatu yang tidak Praktikal kerana Umat Islam sekarang lemah, kerana banyak Umat Islam yang tidak beriman dan menolak Islam atau tidak mahu Beriman, Umat Islam yang Beriman akan dikalahkan dengan begitu mudah jika menggunakan kekerasan memandangkan begitu banyak orang yang mengaku Islam tetapi memusuhi Islam dan mengkhianati Islam, Secara tidak langsung Perjuangan PAS dalam arena politik disebabkan tidak mahu membunuh sesama Islam
Perjuangan PAS akan lebih mudah di fahami jika Umat Islam itu Beriman, Matlamat Utama PAS ialah Membangunkan Islam disamping Tanggungjawap Biasa Umat Islam sepertimana yang di terapkan Rasullullah SAW, PAS ''membawa'' masuk Revolosi Iran semata-mata kerana mahu menyuntik Semangat Mencintai Agama iaitu Semangat Mencintai Islam kedalam jiwa Umat Islam supaya bangkit Memperjuangkan Islam, PAS tidak menggunakan ideologi syiah tersebut, PAS hanya menggunakan caranya sahaja, bukan Semangat Revolusi Iran sahaja yang di bawa masuk PAS bagi meniup Semangat Umat Islam Yang Beriman malah PAS juga membawa masuk Semangat Ikhwan Muslimin di Mesir juga bagi meniup Semangat Umat Islam Yang Beriman di Malaysia dan terbaru PAS membawa masuk Semangat Hamas bagi meniup Semangat Umat Islam di Malaysia
Kegagalan PAS atau Pemimpin PAS terutama Ulama PAS dalam Membangkitkan Semangat Umat Islam Yang Beriman dan memenangi Pilihanraya bukanlah salah Pemimpin PAS atau Ulama PAS, Ia adalah TAKDIR yang telah ditetapkan oleh ALLAH AWJ, mana boleh Makhluk melawan Takdir Pencipta, Apa yang dilakukan oleh Ulama yang menerajui PAS dan Umat Islam Yang Beriman hanyalah sekadar Usaha semasa hayat masih ada, PAS tidak akan menang selagi ALLAH SWT tidak mengizinkan, tetapi usaha yang dilakukan oleh Umat Islam Yang Beriman tetap akan dikira sewaktu di Akhirat nanti, Jelaslah Perjuangan PAS adalah untuk Negeri Akhirat yang akan kekal selama-lamanya, Perjuangan PAS adalah untuk Golongan Umat Islam Yang Beriman sahaja, dalam ertikata lain Kemenangan PAS ialah untuk Akhirat terutama kepada Umat Islam Yang Beriman dengan Hari Kiamat atau Hari Akhirat atau Hari Pembalasan, Kemenangan PAS dalam Pilihanraya hanyalah Bonus diatas muka bumi ini sahaja
PAS tidak gagal melahirkan Ideologi, Pemahaman Wajib untuk berideologi tidak wujud didalam Agama Islam dan Perjuangan Islam, dengan sebab itu ideologi tidak penting kepada Umat Islam dan PAS, Ideologi juga tidak penting langsung kepada Umat Islam Yang Beriman, Ideologi tidak membawa apa-apa faedah kepada Umat Islam Yang Beriman malah ideologi amat merbahaya kepada Umat Islam yang Beriman kerana dengan berideologi Umat Islam terpaksa meninggalkan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW kerana Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Nabi SAW adalah Idealogi Umat Islam Yang Beriman, jika PAS membuat ideologi nya sendiri maka Islam perlu ditinggalkan kerana mengikut kehendak ideologi yang telah di reka tersebut, ideologi hanya menghancurkan Iman dan Taqwa Umat Islam kerana ideologi sebenarnya di reka oleh manusia sendiri oleh akal manusia oleh nafsu manusia yang sudah semestinya bertentangan dengan Kehendak dan Perintah ALLAH AWJ
Ulama-ulama tidak dikaderkan oleh PAS, Ulama-ulama yang Berjuang didalam PAS adalah Ulama-ulama yang Sebenar, Para Ulama PAS Berjuang dengan Rela hati dan penuh Keikhlasan, Para Ulama terpaksa menceburi bidang Politik untuk Berjihad atau Mempertahankan dan Memperjuangkan Islam, Ulama PAS Berjuang dan Berkorban dengan Hebat sekali dimana Mereka(Para Ulama) meninggalkan semua kemewahan dunia dan menceburi arena Politik semata-mata mahu Menyelamatkan Islam, Para Ulama PAS meninggalkan Gaji yang lumayan sebagai Pensyarah dan lain-lain ganjaran dunia kerana Mahukan Pengampunan dan Keredhaan ALLAH SWT, Ulama-ulama PAS di Muliakan kerana sebagai Umat Islam Yang Beriman kita sendiri dah lihat Akhlak dan Perjuangan Ulama PAS tersebut, Para Ulama PAS sanggup bersusah payah menempuh berbagai pahit getir dan rintangan di fitnah dan di zalimi di dalam Perjuangan Islam
Ulama yang Sebenar mengikut Islam yang sebenar adalah Seorang yang Soleh dan Baik Akhlaknya, Ilmu Ulama yang Sebenar tidak bergantung kepada Ijazah, Masters atau Phd, atau sebarang Kertas sijil dunia, Ilmu Ulama Sebenar adalah Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah, Akhlak Ulama pula di lihat dari segi Perjuangan dan Pengorbanan Ulama tersebut, Kekayaan Ilmu dan Iman serta Taqwa telah Membentuk Seseorang manusia menjadi Ulama, Ulama bukanlah gelaran yang diberikan oleh diri sendiri, Ulama adalah Pengiktirafan daripada Umat Islam Yang Beriman kepada Seorang Saudaranya Seagama Seislam yang Paling Terbaik itulah Ulama, ringkasnya Ulama ialah Umat Islam Yang Paling Beriman dan Bertaqwa serta Paling banyak ilmu, Ulama Sebenar sememangnya menguasai semua Bidang Ilmu daripada Ilmu Dunia sehinggalah ilmu Akhirat ini kerana penguasaan Ilmu Al Quran dan Sunnah (Hadis) telah menyebabkan Ulama Menguasai segala peringkat Ilmu samaada Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat
Masalah yang menimpa Umat Islam zaman sekarang ialah Umat Islam menilai Ulama berdasarkan Sijil atau Ijazah atau Masters atau Phd, ini menyebabkan timbul berbagai jenis ulama fasiq, Kebanyakkan Umat Islam juga menilai Ulama dari segi Hujah ulama tersebut dan pandainya berpidato ulama tersebut malah terdapat juga segelintir umat islam yang menilai ulama dari segi mistik atau magik atau sihir ini menyebabkan umat islam tersebut merosakkan Akidahnya sendiri, Ajaran Sesat Ayah Pin telah membuktikan perkara ini, bagaimana Ayah Pin dapat memusnahkan Akidah umat islam yang terpedaya dengan ajarannya perlu dijadikan iktibar oleh Umat Islam yang baru mula berjinak-jinak dengan Perjuangan Islam dan Umat Islam yang baru mengenali Islam
Lahirnya berbagai jenis ulama fasiq (ulama suut) berdasarkan strategi musuh Islam yang mahu menjatuhkan Islam dari dalam, rancangan musuh Islam ini membuahkan hasil yang cukup lumayan kepada musuh Islam dimana ketika ini ulama-ulama fasiq begitu mudah melemahkan dan merosakkan Umat Islam dari dalam, Ulama Yang Sebenar (Ulama Beriman dan Bertaqwa) walaupun sesetengahnya mempunyai Ijazah, Masters dan Phd tetapi Ilmu mereka di tunjukkan melalui Perjuangan Islam, Sifat Mahmudah seperti Zuhud dan Tawakkal ditunjukkan dengan ketara sekali bukannya lahir dari kepura-puraan atau lakonan seperti ulama fasiq, Perbezaan antara Ulama Sebenar dengan ulama fasiq amat besar, Ulama Sebenar lahir dari Semangat Cintakan Islam, Ulama Sebenar lahir dari Perjuangan Islam berbeza dengan ulama fasiq yang dilahirkan oleh musuh-musuh Islam, ulama fasiq di latih oleh musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam dari dalam buktinya lahirnya Islam Hadari, Islam hadari yang dicipta Munafik dan Fasiqterbukti sebagai Fitnah yang paling besar berlaku didalam Islam di Malaysia, Islam hadari juga merupakan Bidaah yang amat terang lagi nyata, Islam hadari memusnahkan Iman dan Taqwa dimana Islam hadari tidak bersumberkan Al Quran dan Sunnah malah Islam hadari juga menolak Hukum Islam (Hudud, Qisas dan Takzir), Islam hadari tidak mencerminkan Akhlak Umat Islam yang Sebenar(Beriman dan Bertaqwa) kerana tiada perbatasan Aurat,
Memang benar Sistem Pentarbiyyahan PAS terlalu Ekslusif ini kerana Sistem Pentarbiyyahan PAS hanyalah untuk Umat Islam Yang Beriman sahaja, Ekslusif untuk yang Beriman dan Mencintai Islam serta Mahu perjuangkan Islam mengikut Panduan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah melalui Kepimpinan Ulama, Sistem Pentarbiyyahan PAS bukannya untuk golongan Islam yang mahu memperjuangkan Islam mengikut teori sendiri atau mengikut kehendak nafsu seseorang kerana jelas umat islam yang memperjuangkan islam mengikut teori sendiri adalah salah dan golongan jenis ini jelas terlalu riak dan takabbur walaupun bodoh Sebenarnya sudah begitu lama Ulama PAS(Ulama Sebenar) berusaha membentuk golongan muda Islam yang Beriman dan Kuat serta Mencintai Islam, Golongan muda yang kerap menjadi sasaran(Target) Ulama dan Umat Islam Yang Beriman ialah golongan pelajar universiti atau siswa dan siswi, tidak dapat dinafikan gerakan pelajar terutamanya gerakan pelajar universiti mempunyai banyak idea-idea dan kreativiti tetapi kreativiti golongan ''terpelajar'' ini perlu disekat kerana tidak berlandaskan Islam yang Sebenar(mengikut Iman bukannya Nafsu), tidak dinafikan PAS banyak menyekat gerakan Siswa/Siswi daripada “melahirkan” idealogi-idealogi yang sudah semestinya bersifat Orientalis dan Sekular dalam ertikata lain Jahilliyah
Memang benar Gerakan Mahasiswa dilatih dengan doktrin Politik PAS dan di sekat dari mengutarakan ekspresi mereka atau membuat idealogi, ini bagi Melatih Para pelajar terutama pelajar Universiti (Siswa) supaya merendah diri dan bersabar, kita dapat lihat golongan umat islam yang paling takabbur dan riak terdiri daripada golongan yang ada Ijazah, Masters atau Phd, musuh islam telah berjaya merosakkan dan menjatuhkan Islam melalui Pendidikan, umat islam telah dilatih untuk berbangga untuk riak untuk takabbur dengan Ijazah, Master dan Phd yang mereka miliki atau perolehi, sekeping kertas Ijazah, masters dan Phd sudah cukup melalaikan umat Islam dan menyebabkan umat islam menjadi angkuh dan sombong dengan Segulung Ijazah, master dan Phd tersebut
Kita dapat lihat daripada pengalaman hidup kita dan dalam Perjuangan PAS seorang remaja yang telah dilatih oleh ibubapa dalam Perjuangan Islam sewaktu dibangku Sekolah menengah pada Pilihanraya sanggup memanjat tiang dan pokok bagi Mengibarkan bendera PAS tanpa di suruh atau diarah, ini membuktikan ''cinta'' remaja tersebut kepada Islam dan PAS, sewaktu zaman permulaan di universiti remaja tadi sudah mula ''liat'' atau mengelak daripada melakukan perkara yang sama (memanjat tiang dan pokok mengibarkan bendera PAS) setelah disuruh berkali-kali terutama daripada bapa atau bapa saudara yang agak garang dan dihormati baru remaja tadi sanggup berbuat demikian(memanjat pokok atau tiang mengibarkan bendera PAS) tetapi hati kecil beliau pasti berkata ''Aku belajar tinggi-tinggi(universiti) diaorang suruh aku panjat tiang dan pokok mana patut'' Nafsunya terus menghasut ''kerja ni hanya patut dilakukan oleh pemuda-pemuda yang tak berpelajaran (tak belajar ke universiti) di kampung aku'' ,selepas tamat pengajian di universiti dan setelah mendapat pekerjaan yang agak baik dan dengan gaji yang banyak berlandaskan ijazah yang beliau miliki, remaja atau pemuda tadi sudah lenyap atau menghilang pada setiap kali pilihanraya jika adapun beliau hanya akan perintah sahaja golongan yang tiada ijazah yang dianggap oleh golongan ''Terpelajar'' (Ada Ijazah, Masters dan Phd) sebagai golongan ''tak terpelajar''
Inilah lumrah yang berlaku didalam kehidupan kita seharian, dalam jangkamasa panjang PAS dan Agama Islam telah kehilangan sebahagian Penyokong Kuatnya ditelan oleh gejala Takabbur dan Riak yang telah di latih sejak permulaan di universiti lagi, tetapi setakat ini PAS dan Umat Islam Yang Beriman berjaya menghadapi tekanan daripada golongan takkabbur dan riak ini yang mahu mengubah Perjuangan Islam mengikut definisi dan teori mereka yang mempunyai ijazah, master dan phd ini pada masa yang sama Teori Al Quran dan Sunnah mereka lupakan kerana mereka ego dengan ijazah master dan phd yang mereka miliki sedangkan teori mereka tidak praktikal langsung berbanding Teori Al Quran dan Sunnah yang telah terbukti sejak daripada Permulaan dunia ini di Cipta oleh ALLAH SWT Rasullullah SAW sendiri tidak mempunyai sebarang Ijazah, Masters atau Phd tetapi Baginda SAW adalah manusia yang paling Bijak atas Muka Bumi ini, kerana itu Pendidikan dalam Islam tidak pernah mementingkan Ijazah, master atau phd, Ijazah master dan phd tidak dapat menolong manusia didalam lubang kubur dan akhirat kelak, apa guna mempunyai ijazah master dan phd jika tidak Beriman dan Bertaqwa ? kenapa terlalu sombong dan angkuh dengan ijazah dan phd sehingga sanggup di gelar dengan ''maha''siswa ? tidakkah gelaran ini membuktikan betapa angkuhnya segelintir umat islam yang mempunyai ijazah, masters dan phd ? apa faedahnya ijazah, master dan phd kepada Islam ? jadi kepada golongan yang mempunyai ijazah, master dan phd itu janganlah berlagak sombong
Para Ulama PAS bertindak bijak mengekang idealogi para pelajar universiti sebagai satu cara untuk mendidik kaum muda ini bersabar, sudah menjadi lumrah manusia yang tak mahu bersabar terutama yang masih muda, setelah angkuh dengan pelajaran yang mereka terima kononnya mereka adalah terpandai kerana mempunyai ijazah, master dan phd maka mereka berusaha pula untuk menjadi pemimpin bukannya atas dasar Islam tetapi atas dasar mengikut Nafsu mereka sahaja, Para Ulama Sebenar dan Pemimpin PAS di bidas kononnya tidak mempunyai idea-idea untuk memberi kemenangan dalam Pilihanraya, ramai juga graduan-graduan angkuh yang memprotes secara senyap, mereka tak sabar untuk menaiki tahta pucuk Pimpinan Parti PAS sedangkan Ilmu dan pengalaman tiada, Ijazah, Master dan Phd bukanlah ukuran tahap Ilmu seseorang ianya hanya sekeping kertas, ijazah master dan phd adalah bukti bahawa mereka pernah belajar dan lulus peperiksaan di universiti sahaja bukannya Ilmu yang mereka ada, Ilmu timbul daripengalaman setelah belajar daripada Seorang Ulama Yang Sebenar, Kanak-kanak tak perlukan teori untuk belajar berjalan, ini dinamakan Ilmu Laduni
Sikap tidak sabar dan takabbur dan riak golongan Umat Islam yang bertaraf graduan telah menjadikan Umat Islam keseluruhannya lemah malah PAS sendiri lemah disebabkan segelintir golongan yang tak sabar dan angkuh ini, golongan umat islam yang angkuh dan tak sabar ini sudah semestinya tidak mahu mengikut Para Ulama yang telah menunjukkan contoh teladan yang baik buat keseluruhan Umat Islam terutama yang Beriman, Presiden PAS Tuan Guru Dato Haji Abdul Hadi Awang adalah Seorang Ulama dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat juga adalah Seorang Ulama, Mereka telah buktikan kepada kita Kepimpinan Islam dan Perjuangan Islam dan Akhlak Mulia yang sepatutnya ada pada Diri setiap Islam Yang Beriman,
Perjuangan Islam bukanlah Berjuang untuk menduduki hiraki tertinggi Parti PAS atau untuk menjadi Pemimpin PAS, Perjuangan Islam adalah Berjuang Memartabatkan atau Menegakkan Agama Islam samaada didalam diri kita sendiri dan keluarga serta masyarakat sekeliling, Perjuangan Islam adalah WAJIB terutama bagi Mempertahankan Islam daripada sebarang Ancaman Musuh Islam, Jika Berjuang hanya untuk menjadi Pemimpin dan mendapat habuan dunia itu bukannya Perjuangan Islam tetapi Perjuangan Nafsu,
Sepatutnya Semua Umat Islam Yang Beriman membantu Para Ulama untuk Membangunkan Islam seperti termaktub didalam Sunnah Rasullullah SAW dimana Para Sahabat RA bertungkus-lumus membantu Rasullullah SAW Berjuang dan Mempertahankan Islam, daripada Sunnah Nabi SAW ini jelas Umat Islam Yang Beriman perlu Bersatu di dalam Satu Wadah Perjuangan, Segala Masaalah yang menimpa Umat Islam Zaman kini sudah pasti tidak timbul jika Sunnah Rasullullah SAW ini diamalkan kembali, Sebagai contoh Masaalah seperti PAS tidak mempunyai Pakar IT tidak akan timbul sekiranya terdapat Pakar IT Islam Yang Beriman dan Bertaqwa serta Soleh yang sudah pasti tahu akan Tanggungjawapnya Membantu Para Ulama mempertahankan Islam, begitu juga ketiadaan Anggota Polis dan Tentera serta Kakitangan Kerajaan Yang Beriman yang sanggup Berjuang dan Berkorban Kerana ALLAH SWT tidak timbul sekiranya Umat Islam memahami akan Islam Yang Sebenar, PAS akan lebih Maju sekiranya Umat Islam Beriman dan Bertaqwa
Apa yang penting sekarang ialah satu Usaha besar-besaran bagi mengembalikan Kegemilangan Islam, dimana Umat Islam Yang Beriman dan Bertaqwa perlu Berjuang dan Berkorban dengan bersungguh-sungguh mengikut Para Ulama Sebenar, Umat Islam tiada Jalan lain lagi kecualai hanya Mengikut Idea-idea yang telah di Tunjukkan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Nabi SAW, itu sahaja jalan Penyelesaian kepada masaalah yang menimpa Umat Islam zaman kini
Sekian WASSALAM |